Tuesday, December 15, 2009

SPENDERKU YANG BERBINTANG BINTANG


lebih kurang pukul 12 semalam..aku balik rumah..saat aku melangkah masuk..adik aku, kidah membuka mulut..

"kak, bra ngan suaq dalam ag kena curi"

"sapa curi?" dengan bahlolnya aku tnya soalan bangang tu..

dipendekkan cerita..

malam tu kidah tengah jemur baju kat luar rumah..sambil dia jemur baju sambil matanya meliar usya jalan raya..penakutnya memang di tahap yang agak menggerunkan sikit..sedang dia mengusya-usya..tiba-tiba ada sehelai motosikal bergerak dengan perlahan sekali di depan rumah di jalan raya..tiba-tiba pemandu motosikal tu berhenti di tepi jalan..kidah terus berlari masuk ke dalam rumah..

lebih kurang setengah jam kemudian..dia kuar lagi untuk menjemur baju..second trip..(dia memang luar biasa rajinnya apabila tiba bab membasuh baju..) kidah sangat terkejut bila tengok spender-spender dan bra-bra yang dijemur tadi dah lesap ditelan kegelapan malam..dengan tempat penyidai sekali diangkutnya..apa lagi..dengan lajunya dia berlari masuk ke dalam rumah dan menginformkan berita tersebut kat ayahandanya..

lepas tu..dua kali jejaka bermotosikal tersebut lalu lalang di depan rumah aku..perlahan-lahan menunggang motosikal..berhenti sekejap sambil usya line..kemudian bergerak kembali perlahan-lahan..cikgu azhar da kuarkan parang yang digunakan untuk tetak tulang lembu raya haji aritu untuk membantai si pencuri barangan dalaman anak-anaknya..

tapi sayangnya usaha aku dan bapakku kuar hingga ke jalan raya ternyata sia-sia..pencuri bermotosikal gagal dikesan..ceh..terasa btol diperbodohkan..

dan malam tu..kidah dan emak tido di ruang tamu..aku plak tido di ruang tv..dan bapak aku?? dengan lenanya dia tido dalam bilik..bersama dengkuran-dengkuran merdunya..hahahaha..

esoknya..aku bangun..mak aku berkata..

"kak,da jumpa da baju dalam kakak,"

"jumpa ktna?"

"dia pi letak kat penyidai umah depan kita ni,"

penghuni rumah di depan rumah aku tiada di rumah kerana beliau pulang ke kampung untuk mengeluarkan anak di dalam perut isteri beliau..

dan akhirnya spender ku yang berbintang-bintang ditemui semula..

cilakak punya orang..

5 comments:

  1. perghh.. berbintang-bintang eh? bole la aku punjam untuk g dinner nanti.. hohoho

    ReplyDelete
  2. xde..bapak aku da bakor da..kalu ade aku bley je kasi sewa..

    ReplyDelete
  3. gler gay joseph pakai bintang2..hahaha

    ReplyDelete