Sunday, September 12, 2010

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN


hari ini family sebelah arwah tokwan aku buat gathering. ala-ala macam perhimpunan family dari nenek moyang sampailah ke generasi hari ini..and if i am not mistaken la..aku ni second last generation..buat masa sekarang ni la..acara-acara yang diadakan..biasala..makan-makan..then bergambar bersama family masing-masing..then bagi hadiah kepada warga tua..duit raya dekat budak-budak..then the whole big big big family bergambar sama-sama..

best tu memang best..kira agak kurang menyesal la aku hadirkan
diri..bukan apa..sebenarnya kalau majlis-majlis perhimpunan family yang macam ni dihayati betul-betul..especially bagi generasi-generasi muda sekarang ni..banyak kebaikan yang boleh kita dapat..

first..semestinyalah kita dapat kenal sanak-saudara..dan aku pe
rcaya inilah tujuan utama majlis yang seperti ini diwujudkan..orang-orang muda boleh kenal atok nenek..atok nenek pun boleh kenal cucu cicit..lagi pula orang-orang muda yang kebanyakkan bermastautin or study di luar perlis or even di luar negara..contohnya..akula..senang sikit nak bercerita if based on our own experience kan..

sekolah rendah memangla aku ada dalam perlis saja..tapi hidup aku time tu dengan membe-membe saja..tak pernah fikir pun pasal saudara-saudara tak kira jauh dekat..masuk form 1 aku dah keluar dari perlis..naik form 4 lagi jauh aku pergi..sampailah sekarang ni..kalau balik cuti pun sibuk mencari membe-membe saja..kalau mak ayah aku ajak pergi melawat saudara-saudara..jangan harapla..so..di kalangan adik beradik aku yang lain..aku yang paling tak kenal saudara..kira kalau ada berselisih bahu kat tepi jalan pun konfom buat donno saja..

ada pula yang kita kenal..kalau jumpa boleh borak sampai tak ingat dunia..tapi rupa-rupanya sedara sendiri..macam tadi aku jumpa membe sekolah rendah aku dulu..we used to be friends la..quite close sampaila dia kena lompat kelas..ala..exam PTS time darjah 3 tu..kalau lepas bolej terus naik darjah 5..rupa-rupanya dia ada jugak pertalian sedara dengan aku..sumpah sebelum ni kitorang tak tau..

lepas tu..ada jugak yang kenal..cam muka..familiar..selalu sangat terserempak kat Pasaraya Permata Mata Ayaq tu..tapi tak pernah bertegur sapa..senyum lagilah mustahil..rupa-rupanya suku sakat jugak..lepas ni kalau jumpa bolehla senyum-senyum kambing..

tapi mustahil boleh cam semua yang hadir..especially yang memang berkeluarga dan bermastautin di luar perlis..sangat ramai sampai da macam kenduri kawen plak tadi..

tapi..apa-apa pun..diharap agar majlis yang macam ni sentiasa diadakan dari tahun ke tahun supaya tali persaudaraan takkan putus dengan sia-sia..aku pun tak ada apa-apa sumbangan pun..tapi asal pergi tunjuk muka sebagai tanda sokongan kepada penganjur yang bersusah-payah organize majlis ni..rasanya sudah agak berpatutan kot..



No comments:

Post a Comment