Sunday, October 24, 2010

KAMU SANGAT SALAH!!!

ya..aku mengaku..dulu hidup aku memang tak ada arah tujuan..memang hidup aku terumbang-ambing..semuanya kerana kebodohan aku yang terlalu mengikut kata hati. tapi sekarang, aku sudah bahagia. teramat-amat bahagia. aku dapat semuanya yang tak pernah aku dapat sebelum ini. kasih-sayang, perhatian, duit dan persahabatan yang seakrab adik beradik.

ya..aku mengaku..dulu aku selalu bertindak tanpa akal. tapi aku telah lama cuba membetulkan semuanya, tapi tidak pernah diterima dan akhirnya, aku disalahkan sehingga ke hari ini. tapi aku tak kisah, sebab aku tahu hidup aku tak akan terjejas walaupun aku dikatakan hidup tanpa arah tujuan.

ya..aku mengaku..dulu aku terlalu mementingkan keegoan..tapi sekarang aku telah belajar dari kesilapan, dan jika aku masih dikatakan hidup dalam penyesalan, itu semua salah. aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.

selepas aku sedar semuanya..aku tak pernah rasa ingin masuk campur urusan sesiapa. aku tak mahu peduli pun dengan apa yang orang lain buat..aku tak mahu merosakkan kebahagiaan sesiapa..kerana..aku bahagia bila kau bahagia.....


Wednesday, October 20, 2010

SHUTTING DOWN

semua orang pernah melakukan kesilapan dan aku akui..aku sendiri sangat susah nak memaafkan kesalahan orang lain..lebih-lebih lagi bila kesilapan yang dilakukan itu adalah satu pengkhianatan. satu-satu aku cuba betulkan..dan bila orang tidak mahu menerima pembetulan itu, aku lepaskan. tak ada guna aku memaksa bila orang tidak mahu menerima.

tapi bila aku dikatakan angkuh kerana keegoan aku, dan aku disalahkan kerana dikatakan tidak pernah cuba membetulkan kesilapan yang telah aku buat, aku hanya berdiam diri. kerana aku tahu dan kenal siapa diri aku yang sebenarnya.

engkau..sejak lama dahulu, aku sudah cuba betulkan apa yang tersilap, tetapi engkau menolak..dan sekarang engkau seolah-olah menyalahkan aku walaupun engkau sebenarnya yang tidak mahu menerima. dan sekarang engkau bergembira dengan percanggahan ini sedangkan dahulu engkau yang menafikan sekeras-kerasnya.

aku belajar dari kesilapan. aku tidak mahu membuka segala-galanya kerana kebahagiaan engkau lebih penting. aku gembira melihat engkau gembira. aku tidak mahu merosakkan semua itu kerana aku juga bahagia. apa yang tidak mampu aku dapat telah aku perolehi.

aku mampu bersabar kerana mereka dan dia ada di belakang aku. sejauh mana aku mampu?? aku pun tak pasti..

ingatlah, aku bertekad untuk berdiam diri demi kebahagiaan engkau...