Wednesday, October 20, 2010

SHUTTING DOWN

semua orang pernah melakukan kesilapan dan aku akui..aku sendiri sangat susah nak memaafkan kesalahan orang lain..lebih-lebih lagi bila kesilapan yang dilakukan itu adalah satu pengkhianatan. satu-satu aku cuba betulkan..dan bila orang tidak mahu menerima pembetulan itu, aku lepaskan. tak ada guna aku memaksa bila orang tidak mahu menerima.

tapi bila aku dikatakan angkuh kerana keegoan aku, dan aku disalahkan kerana dikatakan tidak pernah cuba membetulkan kesilapan yang telah aku buat, aku hanya berdiam diri. kerana aku tahu dan kenal siapa diri aku yang sebenarnya.

engkau..sejak lama dahulu, aku sudah cuba betulkan apa yang tersilap, tetapi engkau menolak..dan sekarang engkau seolah-olah menyalahkan aku walaupun engkau sebenarnya yang tidak mahu menerima. dan sekarang engkau bergembira dengan percanggahan ini sedangkan dahulu engkau yang menafikan sekeras-kerasnya.

aku belajar dari kesilapan. aku tidak mahu membuka segala-galanya kerana kebahagiaan engkau lebih penting. aku gembira melihat engkau gembira. aku tidak mahu merosakkan semua itu kerana aku juga bahagia. apa yang tidak mampu aku dapat telah aku perolehi.

aku mampu bersabar kerana mereka dan dia ada di belakang aku. sejauh mana aku mampu?? aku pun tak pasti..

ingatlah, aku bertekad untuk berdiam diri demi kebahagiaan engkau...

2 comments:

  1. tak guna orang bahagia kita merana.. hidup kene balance.. sama2 kene happy..

    ReplyDelete