Saturday, March 12, 2011

SIAP READY!!


malam ni..eh..pagi ni..aku nak tidur..sangat-sangat nak tidur..da berapa lama asyik jadi manusia kurang normal..siang tidur..malam celik mata luas-luas..letih..lemao..binjao(???)..da puas aku try tidur..tapi masih belum ada rezeki nak berjaya..sigh..
tiba-tiba otak aku berputar ligat..ohh..aku kan di rumah sekarang..kenapa tak ambil kesempatan..aku pun membulatkan tekad..pasti..
esok nak suruh mak beli nasi lemak maklong kegemaran aku..
lepas tu tengah hari mao pergi makan kenduri membe aku kawen..kalau lauk mengasyikkan..aku mao makan banyak..sangat banyak..
petang..wan da cakap dia teringin nak makan pulut dakap..(kalau tak tau pulut dakap tu apa..cari sendiri)..
bukan setakat pulut dakap je dalam kepala otak aku sekarang ni..aku nak beli laksam..lepat pisang..apom..cucoq keria..tepung talam..dan lain-lain kuih muih yang aku rasa nak lahap nanti..
malam maybe ayahanda buat BBQ..sebab wan cakap dia teringin nak makan itik..itik for my dad is not a big deal.. (",)..banyak sangat kat belakang rumah ni..memandangkan aku tak makan itik..aku bercadang nak makan steambot banyak-banyak..sebab abang aku da janji nak buat steambot..
aku nak makan banyak!!
aku nak makan banyak!!
aku nak makan banyak!!
since aku da ada kat rumah..
since pabila pulang ke Kolumpo aku da miskin..
since aku akan insyaallah berdiet kerana tiada wang..
baik aku ambil kesempatan ni makan semahu-mahunya..
go go go Juni!!!
owh..lupa..hari Ahad kat tempat aku ada "nat"..
"nat" ialah sejenis pasar pagi..
tapi aku belum ada plan apa yang aku perlu beli dan makan dan mengtekedarah kat nat tu nanti..tapi insyaallah aku akan makan banyak lagi..
owhh..lupa lagi..
aku da pesan kat mak aku untuk buat puding roti Ahad nanti..boleh makan dalam kereta..
tiba-tiba aku terfikir nak request mak aku buat daging masak pauzi jugak..(nak tao masak pauzi tu apa..cari sendiri jugak)

perlu sediakan payung sebelum hujan bukan??


No comments:

Post a Comment