Friday, April 22, 2011

WOI GEMOK!!!!

time2 poket kering tabung kosong wallet buat perhiasan ni la
perut banyak songeh..tu nak makan..ni nak melantak..nak
mengtekedarah..nak balik macam tak logik sebab final exam
baru nak start..kang kalau balik tak pasal2 kena halau plak..

ha..yang ni Pok Eid da janji dari awal bulan lagi..ikan terubuk..
perghh..teringat ikan terubuk hasil Cik Lela aka mak aku..memang
terbaik ah..dapat je gaji nanti..terus aku nak mengorak langkah ke
Pasar Borong Selangor..goreng sendiri pun sanggup walaupun
sebenarnya aku tak reti nak goreng..perghh..perghh..perghh..gila
teruk aku teringin nak makan ikan terubuk ni..


ha..ni la pulut dakap..balik kampung aritu aku tak sempat nak
makan..xtaola mana aku nak cari pulut dakap ni kt KL ni.. =(
sepanjang 2 tahun aku hidup kat sini..tak pernah aku bau pun
haruman dia..(aku xtao pun bau dia cmna) ni rupa luaran pulut
dakap..kenapa diberi nama pulut dakap? aku pun tak tau la..
maybe sebab bentuknya macam bantal dakap (bantal peluk)
kot..

atau pun sebab pisang didakap oleh pulut baru dapat kuih ni
dihasilkan..hehe..ha..ni la rupa dalaman pulut dakap ni..dalamnya
pisang..luar pulut..sedap tak hengat wooo kuih ni..manis pisang
disertai dengan pulut yang masin sikit2..haha..perghh..perghh..
rindu kampung halaman dowh..


ni satu lagi..laksa..feveret aku sepanjang zaman ni..kat belakang
rumah aku ni ada kedai Jelapang Padi..piaw Utara punya..laksa
kat situ memang terbaik...terbaiklah!! tak dapat diungkapkan
dengan kata2..boleh kata tiap2 malam aku dengan Pok Eid pergi
melepas rindu makan laksa kat situ (time poket tebai la) tapi sekarang
kedai tu da tutup..sebab kakak pakar laksa tu cuti memberanakkan
anaknya..sob sob sob..


perghhh..yang ni lagi memang terangkat lagi terberangkat wa
cakap lu..Laicikang uols!! manala aku nak cari laicikang sesedap
dan selazat kedai makcik siam kat kampung aku tu..2 hengget je
sebungkus..tapi..perghhh..makan boleh sampai kembung perut
syialll..


haaa...ni lagi satu..lantakla nak cakap aku orang kampung ke apa..
aku membesar dengan kuih ni kot..wahaha..over gilos..tapi siries..
di saat ini aku memang gila ngidam terok nak makan kuih ni..puas
aku pikir mndela nama kuih ni sebab ak tak ingat..last2 dapat gak..
kuih KETAYAP nama dia..perghh..kulit dia standardla buat dari
tepung..tapi aku tak tau tepung apa..ngeee..dengan pandan flavor
sikit2 kot..sebab tu warna dia hijau..inti dia kelapa aka nyoq aka nyor..
dengan gula perang..perghhh..perghhh..perghhh..perghh..perghh..kat
bawah rumah aku ni ada..tapi.............=(


tolongla hujung bulan..tolongla cepat sikit datang..tak dapat semua
yang aku ngidam pun..dapat sebahagian pun da boleh bikin aku
tersenyum gumbira..walawehhhh.....


2 comments:

  1. berlambak kuih ketayap ni kat kolumpo.. nak pulut dakap!! tak kira! tak kira! waaaaaaa~~ T__T

    ReplyDelete