Thursday, September 29, 2011

A GOOD PEOPLE IN A REAL WORLD

You may be a very good student..
but doesn't mean you are excellent in facing the real world..
just grow up and learn..
don't be arrogant just with your so-called 'older than everyone'..
and don't ever admit that you are superb..
when you couldn't tolerate on the damn silly things..
I am the fucking bastard rebellious GIRL..
but I do have a mind that can THINK

Wednesday, September 28, 2011

CINTA - SEJATI TAK BERMAKNA MATI (ep 1)


Wirda berkawan dengan Adam. Akhirnya persahabatan bertukar menjadi suka. Semakin hari Wirda dapat merasakan kehadiran cinta dalam hatinya, tetapi tidak diluahkan kerana bimbang dengan penerimaan Adam.

Perasaan sayang terus dipendamkan walaupun Adam sentiasa ada bersamanya. Jarak yang jauh langsung tak pernah menjadi alasan Adam untuk terus menghubungi Wirda.

Sehingga pada suatu hari, Adam langsung tidak menghubungi Wirda. Telefon bimbit Wirda sunyi sepi. Wirda gelisah. Menunggu dan terus menunggu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Wirda tetap dengan egonya. Tidak mahu menghubungi Adam walaupun hatinya meronta-ronta, rindu mendengar suara Adam..

Mungkin dia dah tak suka aku

Tetapi Wirda tetap menanti tanpa ada kurang pun sayang dihatinya.

Enam tahun berlalu. Wirda kini menjadi seorang wanita bekerjaya yang disegani. Ramai lelaki yang cuba mencuri hati namun Wirda tetap dengan hatinya yang dulu. Adam tetap di hatinya.

Satu hari, sedang Wirda berjalan-jalan di sekitar ibu kota bersama rakan-rakannya, matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang duduk di kaki lima sebuah bangunan usang.

Lelaki tersebut kurus dan kotor. Kelihatan dia sedang berusaha menyuntik sesuatu di lengannya. Mata Wirda terus memerhatikan lelaki tersebut. Hatinya berdebar-debar. Perlahan-lahan Wirda menyusun langkah mendekati lelaki itu tanpa disedari oleh teman-temannya.

Hampir menitis air mata Wirda melihat susuk tubuh yang menggeletar di hadapannya. Wajah yang sangat Wirda rindu. Enam tahun lamanya Wirda menunggu untuk menatap wajah itu.

Perlahan-lahan Wirda mencapai tangan Lelaki. Lelaki terkejut lantas menarik tangannya.

Adam, kau kenal aku lagi tak?

Adam diam. Pandangannya kosong.

Kenapa kau jadi macam ni Adam..?

Bergetar suara Wirda menahan sebak. Tangan Adam dicapainya sekali lagi. Tiada bantahan lantaran Adam sedang asyik dalam dunianya sendiri. Namun, pandangan Adam tetap di wajah Wirda.


Bersambung~~~

Thursday, September 15, 2011

KAU INGAT KAU PANDAI??


Haiyoo..menyampah betul aku dengan skema pembelajaran sekarang ni. Bosan da aku mengadap buku esymen pen kertas kajang printer Microsoft Word Microsoft Powerpoint ni sume. Letih berpinor-pinor kepala hotak aku. Dari kecik sampaila besar asyik belajar je tak abih-abih. Nak tunggu bulan 5 tahun depan macam nak tunggu orang masuk meminang je. Tak datang-datang pon. Letih aku letih!!

Sekarang ni, aku da memang konfom akan jadi seorang pendidik anak bangsa nusa modal insan masa depan. So, tak payah la rasanya nak bersungguh-sungguh sangat terbeliak-beliak bijik mata mengadap laptop buat esymen study bagai. Result gempak starz pon lastly cikgu gak aku.

Bukanla nak merendahkan martabat cekgu. Bapak aku pun cikgu. Tapi pada pendapat aku la kan, aku taknak la menyusahkan diri aku yang memang sedia malas nak bersusah-susah ni disebabkan benda yang memang da pasti.

Start sambung study dekat UPM aritu, aku memang da tak pernah nak cek result aku. Da 4 sem la kiranya aku belajar ( tak berapa nak belajar sangatla ) tanpa teringin pun nak tao apa benda yang aku belajar. Buat ala kadar je, janji kerja aku semua siap. Da cukup bagus kan?

Ini sampai nak cari gaduh dengan orang sebab nak tunjuk kaula yang paling genius bijaksana laksana bunga angsana layu. Sudahla, kau dengan aku sama ja. Kau cikgu, aku pun cikgu gak nanti. Tak lari walau seinci pun standard kita kan. Or maybe nanti kau boleh mengajar dekat sekolah budak-budak pandai kan. Tapi kau yakin boleh adapt dengan suasana sekolah budak-budak pandai? Stress kau nanti. Kalau stress jadi student pon kau tak boleh nak handle, ini nak handle budak-budak yang 1001 macam? Forget it. Aku tao la sebab dulu aku belajar kat sekolah budak-budak pandai..muahahaha

So, bersederhanala dalam semua perkara. Aku tau tak semua setuju dengan aku. Tapi, do I look like I care? Tak langsung. Aku hal aku, kau hal kau. ( Ady Putra mesti sayang aku )

p/s : Tiba-tiba asa nak membebel plak malam ni

Tuesday, September 13, 2011

KERANA PENERAJANGKU


Aku suka begitu. Yang lain selalu mellow je. Getik je aku. Menampah. Semak. Meluat.

Tak suka tolong angkat beg? Wa tadak hal. Aku boleh angkat sendiri la. Aku kan gagah perkosa. Takkan angkat beg pun tak mampu kan...

Tak suka mengalah? Ego? Bagusla, tapi hakikatnya senang saja mao pujuk. =)

Baran? Kemonla sayang, hidup aku dengan hidup kao sama saja. Kita serupa..

Kalau aku bawak kereta kao then excidentkan, kau maki aku dulu sebelum selamatkan aku? Ish, kecik punya hal la. Takkanla sanggup korbankan wang riban-riban semata-mata sebab gadis.

Tak ada mood? Kau memang betol jantan la dear.

Tapi, janganla kerek sangat. Senyum-senyumla sikit kalau marah pun. Kan aku cakap senyum itu sweet.

Good luck checkup laporan diri anda nanti =)

Monday, September 12, 2011

FROM JB TO KL WITH LOVE AND MISS

Otak yang kacau bilau sudah ditenangkan. Percutian di Kolumpo yang sungguh enak sekali. Terima kasih kepada Brader TAR kerana menumpangkan aku yang pemalu ni. Pukul 2 petang gerak dari JB, sampai Pagoh Brader TAR dah mengantuk. Singgah RnR Pagoh isi perut buang isi perut isi pundi kencing, Brader TAR suruh aku drive. Takpe, disebabkan saya seorang penumpang, maka saya sanggup drive!!

Excited sebab dapat drive Neo!!! ( Dreamed car tapi Mr Gangsta Sweet xkasi beli sebab ianya Proton ) Langsung takde ciri-ciri rakyat Mesia. Huh!!

Pukul 5.30 lebeh kurang sampaila kita horang di bumi Serdang yang telah lebih kurang dua bulan lebih ditinggalkan. Perghh, berzaman la kononnya kan...Penempatan sementara holiday ini adalah di rumah Amar Yahudi ( bukan nama sebenar hanya nama samaran ) di Desa Serdang. Terima kasih sila datang lagi =)

Brader TAR menghilangkan diri tanpa jejak dapat dikesan kerana tanggungjawab beliau kepada awek terchenta. Aku berseronok seronok seronok seronok bersama yang terchenta(s) jugak. Ewahh!!

Malam lepak dengan Mr Gangsta Sweet. Lepak sampai lebam. Lengan pun lebam sebab berkelakuan ganas. Hish, apa nak jadi dengan anak dara zaman sekarang!!

Hari Sabtu laaagi seronok. Abang Besar buat open house kecil-kecilan sebab baru berhenti kerja. So sweet.... Initially, kira ada 5 orang. Tiba-tiba 9 orang datang menyerbu open house Abang Besar. Nasib baik spagetti bersausage enak bersama 3 botol air berkarbonat cukup menampung keperluan kami sekeluarga.

Karaoke....5 stars....took place....

Tapi aku terpaksa blah awal sebab perlu membahagi masa dengan sebaik-baiknya bersama yang terchenta yang lain....Rugi tak dapat tengok Ms KJ bergelek sakan...haishh....

Round2 Kolumpo dengan Mr Gansgta Sweet melihat aksi rakyat Kolumpo di malam minggu. Seronok btol mereka, tapi aku lagi seronok ok. Pusing2 sampai kene kejar dengan radio car. Ahh, polis pon mabuk, nak tuduh2 orang beralkohol plak. Apa punya turr. . .

Esoknya, Mr Gangsta Sweet dan pakcik dan makciknya hantar aku balik ke rumah penempatan sementara. Terima kasih nanti saya datang lagi. Jangan risao. Ahaks..

Cuti sudah habis bro ( ala2 Aeron Aziz versi wanita ). Tunggu Mr TAR datang pickup. Pukul 8 ok. Curfew maktab terchenta pukul 11. Memang macam superman la Mr TAR tekan minyak. Neo kott....okeii...

pukul 11.15 sampaila....bergelen-gelen angin masuk dalam kepala hotak aku ni sebab laju sangat. Takut sampai maktab lambat nanti Baharom Laknatullah marah. Nasib baik sempat.

Sampai bilik, padan muka kao Juni nak sangat holiday bagai bersengkang mata lah kao buat presentation Makcik Prema.

Ala....keje simple je pon. Bukan susah sangat. Janji siap ajeww....

p/s: Sangat seronok sampai kepala bergetar hebat

Wednesday, September 7, 2011

SALAH NI..TAPI...XPELAH......


this is a very wrong feeling....i really need time for my mind to recover....haihh....ingatkan cuti seminggu kat rumah da cukup....bala lain pulak datang.....it is wrong and it is nice actually....wtf....
dada da berombak-ombak....kepala da terketar-ketar....otak da melilau-lilau....

kadang2 need someone to say "No, dont go!!"

tapi kang aku plak yang terkedok kat sini....semakin hari semakin Nak Pegi Jugak!!!

aku insan biasa................

apa salahnya sekali sekala merehatkan otak....kannn....

nak jugak cakap "Eh, kau...boley tak kau janji jangan macam-macam? nanti aku janji gak aku tak macam-macam..."

macam boley la kan....konfom2 la tak boleh....

celaru ku celaru....rinduku menghantui....

betolla aku rindu....ke sebab aku bosan?? eh...tu la....sape suruh kau suruh aku pegi Padang Besar itu hari....

ORYTE!!!

KL!!!! AKU DATANG!!!!!!!!!

Sunday, September 4, 2011

MAWAR OWH MAWARIAH

abang aku da bertunanggggg!!!! yaa..memang aku yang terlebih excited...bukan aku sorang ja...family aku yang lain pun semua terlebih excited...alkisah si tunang abang aku ni..rumah dia punyala jaoooohhhh nun di Felda Lubuk Merbau...sila google kalau tak caya pada kejauhan itu...perghh...abang aku memang da siap warning awal2 lagi jalan nak ke felda tu memang seswai bawak jip Mr Bapak je...tapi xpa..kerana cinta...hutan getah sanggup redah....err....bukan aku..abang aku...

nama tunang abang aku Mawariah...wtf Mawariah?? takkanla mak bapak dia sanggup bagi nama anak dia camtu sekali kan.....alkisahnya dulu2 adik aku tanya abang aku full name awek dia sebab dalam enset abang aku save namanya Mawar...bajet retro lari2 keliling pokok rambutan nyanyi lagu Saloma dengan P.Ramlee la...then abang aku dengan tanpa ragu2 jawab Mawariah...

so..nama Mawariah memang da sebati dengan family aku up until now sampai maksu aku boley tersasul panggil my kakak ipar to be ni Mawariah kat depan2...





mula2nya family Mawariah ni cakap pegi merisik je..so tak payah la nak bawak cincin bagai..nanti bawak cincin time bertunang ja...aku memang xbrapa nak setuju la kalau pegi sekadar nak merisik sebab derang da berkapel cintan cintun since abang aku dekat poli lagi...da lama la maksudnya tu.. (tiba2 aku plak nak cbok2 tak setuju itu ini)...

so...kesimpulannya...xdela cincin di hari mulia tersebut...tapi adala maksu aku yang memang terlebey2 excited bawak sikit kuih raya yang dia cakap mahal cokelat buah as hantaran tunang la lebey kurang...(nasib baik bawak..kalau pegi bawak perut semata2?).....

ditakdirkan Toklang aku ejas2 sampai la family Mawariah ni setuju nak terus tunangkan derang dua orang....setuju jugak nanti cincin abang aku bagi di lain hari di lain masa.....senang sungguh berurusan dengan family derang neh....




tapi aku plak tak puas hati sebab nanti kalau abang aku bagi sendiri...sape nak snap2 gamba sarung cincin bagai.... ( aah..memang aku yang paling bising time sesi tunang menunang tu )... lepas tu disebabkan nak jugak amik gambar mak mentua sarung cincin dekat bakal menantu...maksu aku pinjamkan cincin dia untuk buat simbolik pertunangan tu la konon2nya... Mak Lela pun berpeluangla menyarung cincin di jari manis bakal menantunya itewww.....ahaks..



owh...nama sebenar Mawariah ni Siti Zunaidah bt aku tak ingat....jaoh beno la dengan nama samaran yang abang aku bagi tu...Kak Zu..Kak Zu..Kak Zu..ahaks...nanti next year punya raya Kak Zu sila buat kuih raya tukar langsir sarung kusyen masak rendang tolong Mak Lela balut ketupat....saya mao tido saja.... ( wlopun mmg tiap2 thn aku hanya tido sajoooo )...




cincin tunang....sian abang aku...aku kutuk kaw2 punya cincin ni...sebab aku tak berkenan..muahahaha....tapi xpala...da si empunya yang nak kawen berkenan...oryte la tu....

tak sabar aku nak tunggu kenduri kawen derang....abang aku yang first nak kawen dalam family aku...semua orang pon sungguh excited macam nak berkawen ramai2.....

p/s : sapela yang nak bagi aku cincin tunang kannn......