Saturday, October 1, 2011

AYAH!! KAK DAH JEM!!

SBE - School Based Enrichment..ke Experience..aku pun tak pasti..nampak sangatla lima tahun setengah aku sia-sia..wtf..

SBE ni memerlukan kami bakal2 cikgu pegi ke assigned school konon2 untuk observe dan menghayati suasana sebenar sekolah. Dulu pegi sekolah as students, sekarang kena tukar view, as a teacher. Wahh..kagum aku dengan diri sendiri.

Lima hari kat SMK Tasek Utara. Sekolah kawalan kata Makcik Pengetua, so no terrible horrible rebellious students. Setakat gangster kecil-kecilan tu adala kot.

First day, the moment aku turun jejak kaki kat parking keta sekolah tu, aku dah..alamak, nak buat expression muka yang bagaimana ya? Terus ayat jadi skema. Cikgu kann... Jumpa GPK 1, GPK HEM, sembang2 muhong (borak2 tipu) sikit, GPK 1 bawak pergi masuk staffroom. Owh, tempat yang paling aku lembik lutut nak masuk. Dapat satu table for four of us. Ok la tu dari kena berjalan je dari pukul 720 sampai 230 kan.
BOSAN NAK MAMPUS. Three words that best describe the first day of mine kat sekolah tu. Jalan2 interview cikgu disiplin misai macam A.Galak dan dia memang galak pon, duduk atas kusyen dalam staffroom sampai mata rabak, lepak2 kat kantin sampai kena jeling2 dengan cikgu2 pompuan sebab lepak macam kat kedai mamak lamanya dan jalan then masuk staffroom dan jalan then masuk staffroom dan jalan then masuk staffrom lagi dan lagi dan lagi. BOSAN kan?? Lastly, emosi ak da tak stabil nak tunggu lama2, terus ajak Leftenan Muda Suraya berambus. Cikgu takpe balik awal, students tak boleh =)

Second day, pun sama. Rutin yang sama. Bezanya dapat tidur dalam library. Cikgu sebenarnya tak boleh bagi students nampak kita tidur. Ada aku kisah? Bangun tidur pegi kantin melantak. Bila otak da jem sebab bosan, sekali lagi aku bersama Leftenan Muda Suraya berambus, lagi awal dari first day. Sorry Makcik Pengetua, kitorang da berusaha mencari kerja yang boleh dibuat, tapi GPK 1 cakap nothing to do. Terima kasih.

Third day- barula rasa macam cikgu, sebab kena pegi dewan gunting2 kertas untuk launching penutup KoKurikulum. Da abih kerja, bosan start balik. Bila da bosan, da kenyang, lagi sekali aku dan Suraya ( letih ah nak taip panjang2 pangkat ko ) berambus pulang untuk tidur di katil hostel yang "begitu" empuk dan enak.

Fourth day- dapat join Sir Ganesan masuk class dia mengajar. Walaupun sebenarnya sangat2lah bosan, tapi kitorang berjaya plastikkan muka masing2 untuk act kononnya class dia sangat beshh macam pegi tengok movie. Wahhh...Abih class Ganesan, terus pulang ke maktab sebab sangat mustahil nak tunggu loceng sekolah bunyi pukul 230. Tidak sama sekali!!

Last day- mula2 plan nak pegi sekolah pukul 8. Sebab hujan, delayed pukul 830. Sebab hujan tak stop lagi, delayed sampai pukul 9. So, sampai sekolah 930. Kalau cikgu da macam ni, bagaimana nak mengajar nanti. Owh, aku bukan cikgu lagi ok. Sampai sekolah dapat tao kena masuk class Form 1 sebab cikgu derang ilek. Excited jugakla aku nak masuk class kan. Da 4 hari asyik jadi pemantau je. Tapi, masuk je class budak2 tu, aku da jem. Dengan lesson plan takde..baru teringat kepentingan lesson plan time tu...aisey, tiba2 perasaan aku time first day kat sekolah tu datang balik, and it worst actually. Cmon Juni, eh, Teacher Juni, you can do it!! Wtf..

Owh, hari ni balik ikut waktu yang ditetapkan. Kena jumpa Makcik2 Pengetua GPK 1 GPK HEM bagai salam2 mintak ampun maaf terima kasih semua selamat tinggal takmao jumpa lagi.

p/s : tolong pegi bakar sekolah yang aku nak pegi praktikum next year boleh?

No comments:

Post a Comment