Wednesday, September 28, 2011

CINTA - SEJATI TAK BERMAKNA MATI (ep 1)


Wirda berkawan dengan Adam. Akhirnya persahabatan bertukar menjadi suka. Semakin hari Wirda dapat merasakan kehadiran cinta dalam hatinya, tetapi tidak diluahkan kerana bimbang dengan penerimaan Adam.

Perasaan sayang terus dipendamkan walaupun Adam sentiasa ada bersamanya. Jarak yang jauh langsung tak pernah menjadi alasan Adam untuk terus menghubungi Wirda.

Sehingga pada suatu hari, Adam langsung tidak menghubungi Wirda. Telefon bimbit Wirda sunyi sepi. Wirda gelisah. Menunggu dan terus menunggu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Wirda tetap dengan egonya. Tidak mahu menghubungi Adam walaupun hatinya meronta-ronta, rindu mendengar suara Adam..

Mungkin dia dah tak suka aku

Tetapi Wirda tetap menanti tanpa ada kurang pun sayang dihatinya.

Enam tahun berlalu. Wirda kini menjadi seorang wanita bekerjaya yang disegani. Ramai lelaki yang cuba mencuri hati namun Wirda tetap dengan hatinya yang dulu. Adam tetap di hatinya.

Satu hari, sedang Wirda berjalan-jalan di sekitar ibu kota bersama rakan-rakannya, matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang duduk di kaki lima sebuah bangunan usang.

Lelaki tersebut kurus dan kotor. Kelihatan dia sedang berusaha menyuntik sesuatu di lengannya. Mata Wirda terus memerhatikan lelaki tersebut. Hatinya berdebar-debar. Perlahan-lahan Wirda menyusun langkah mendekati lelaki itu tanpa disedari oleh teman-temannya.

Hampir menitis air mata Wirda melihat susuk tubuh yang menggeletar di hadapannya. Wajah yang sangat Wirda rindu. Enam tahun lamanya Wirda menunggu untuk menatap wajah itu.

Perlahan-lahan Wirda mencapai tangan Lelaki. Lelaki terkejut lantas menarik tangannya.

Adam, kau kenal aku lagi tak?

Adam diam. Pandangannya kosong.

Kenapa kau jadi macam ni Adam..?

Bergetar suara Wirda menahan sebak. Tangan Adam dicapainya sekali lagi. Tiada bantahan lantaran Adam sedang asyik dalam dunianya sendiri. Namun, pandangan Adam tetap di wajah Wirda.


Bersambung~~~

1 comment: