Saturday, October 1, 2011

CINTA - SEJATI TAK BERMAKNA MATI (ep 2 )


Sambungan dari episod 1

Adam memerhatikan wajah putih mulus dihadapannya. Sesekali matanya dipejam rapat menikmati nikmat yang bagaikan syurga itu. Seolah-olah wanita di hadapannya itu adalah bidadari dari syurga. Apabila matanya dibuka kembali, ternyata wanita itu adalah realiti. Pada ketika dia masih di awang-awangan, sentuhan lembut di tangannya tetap terasa. Adam kebingungan.

Adam, aku tau kau kenal aku. Aku tau Adam.Wirda cuba menahan sebak. Disentuhnya muka cengkung Adam.

Ikut aku balik ye Adam. Aku janji aku akan tolong kau. Wirda memujuk dalam rayuan.

Adam tiba-tiba tersentak. Sentuhan lembut Wirda di wajahnya seolah-olah menyedarkan dia. Adam renung wajah wanita di hadapannya itu. Ya, dia kenal, dia tahu siapa wanita yang sanggup membelai wajah kotornya itu.

Tiba-tiba Adam menolak bahu Wirda. Pergi! Aku tak kenal kau!

Wirda terkejut. Dia melihat Adam cuba bangun dan berdiri. Dalam keadaan terhoyong-hayang, Adam cuba berlalu untuk meninggalkan Wirda. Wirda lantas bangun dan menarik tangan Adam.

Adam..

Suara lembut itu mematikan langkahnya. Adam menoleh, hatinya tersentak mendengar panggilan Wirda. Tetapi mindanya masih belum mampu untuk berfikiran normal lantas tangannya ditarik kasar. Apabila Wirda sekali lagi cuba memegang tangannya, Adam dengan pantas menolak Wirda sehingga terjatuh di kaki lima bangunan tersebut. Wirda terkedu dengan tindakan keras Adam itu. Dia tidak mampu bangun mengejar. Matanya hanya mampu memandang Adam yang terhoyong-hayang berjalan sehinggan kelibat lelaki yang ditunggu hampir enam tahun itu hilang dari pandangan.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment