Monday, September 12, 2011

FROM JB TO KL WITH LOVE AND MISS

Otak yang kacau bilau sudah ditenangkan. Percutian di Kolumpo yang sungguh enak sekali. Terima kasih kepada Brader TAR kerana menumpangkan aku yang pemalu ni. Pukul 2 petang gerak dari JB, sampai Pagoh Brader TAR dah mengantuk. Singgah RnR Pagoh isi perut buang isi perut isi pundi kencing, Brader TAR suruh aku drive. Takpe, disebabkan saya seorang penumpang, maka saya sanggup drive!!

Excited sebab dapat drive Neo!!! ( Dreamed car tapi Mr Gangsta Sweet xkasi beli sebab ianya Proton ) Langsung takde ciri-ciri rakyat Mesia. Huh!!

Pukul 5.30 lebeh kurang sampaila kita horang di bumi Serdang yang telah lebih kurang dua bulan lebih ditinggalkan. Perghh, berzaman la kononnya kan...Penempatan sementara holiday ini adalah di rumah Amar Yahudi ( bukan nama sebenar hanya nama samaran ) di Desa Serdang. Terima kasih sila datang lagi =)

Brader TAR menghilangkan diri tanpa jejak dapat dikesan kerana tanggungjawab beliau kepada awek terchenta. Aku berseronok seronok seronok seronok bersama yang terchenta(s) jugak. Ewahh!!

Malam lepak dengan Mr Gangsta Sweet. Lepak sampai lebam. Lengan pun lebam sebab berkelakuan ganas. Hish, apa nak jadi dengan anak dara zaman sekarang!!

Hari Sabtu laaagi seronok. Abang Besar buat open house kecil-kecilan sebab baru berhenti kerja. So sweet.... Initially, kira ada 5 orang. Tiba-tiba 9 orang datang menyerbu open house Abang Besar. Nasib baik spagetti bersausage enak bersama 3 botol air berkarbonat cukup menampung keperluan kami sekeluarga.

Karaoke....5 stars....took place....

Tapi aku terpaksa blah awal sebab perlu membahagi masa dengan sebaik-baiknya bersama yang terchenta yang lain....Rugi tak dapat tengok Ms KJ bergelek sakan...haishh....

Round2 Kolumpo dengan Mr Gansgta Sweet melihat aksi rakyat Kolumpo di malam minggu. Seronok btol mereka, tapi aku lagi seronok ok. Pusing2 sampai kene kejar dengan radio car. Ahh, polis pon mabuk, nak tuduh2 orang beralkohol plak. Apa punya turr. . .

Esoknya, Mr Gangsta Sweet dan pakcik dan makciknya hantar aku balik ke rumah penempatan sementara. Terima kasih nanti saya datang lagi. Jangan risao. Ahaks..

Cuti sudah habis bro ( ala2 Aeron Aziz versi wanita ). Tunggu Mr TAR datang pickup. Pukul 8 ok. Curfew maktab terchenta pukul 11. Memang macam superman la Mr TAR tekan minyak. Neo kott....okeii...

pukul 11.15 sampaila....bergelen-gelen angin masuk dalam kepala hotak aku ni sebab laju sangat. Takut sampai maktab lambat nanti Baharom Laknatullah marah. Nasib baik sempat.

Sampai bilik, padan muka kao Juni nak sangat holiday bagai bersengkang mata lah kao buat presentation Makcik Prema.

Ala....keje simple je pon. Bukan susah sangat. Janji siap ajeww....

p/s: Sangat seronok sampai kepala bergetar hebat

No comments:

Post a Comment