Thursday, September 15, 2011

KAU INGAT KAU PANDAI??


Haiyoo..menyampah betul aku dengan skema pembelajaran sekarang ni. Bosan da aku mengadap buku esymen pen kertas kajang printer Microsoft Word Microsoft Powerpoint ni sume. Letih berpinor-pinor kepala hotak aku. Dari kecik sampaila besar asyik belajar je tak abih-abih. Nak tunggu bulan 5 tahun depan macam nak tunggu orang masuk meminang je. Tak datang-datang pon. Letih aku letih!!

Sekarang ni, aku da memang konfom akan jadi seorang pendidik anak bangsa nusa modal insan masa depan. So, tak payah la rasanya nak bersungguh-sungguh sangat terbeliak-beliak bijik mata mengadap laptop buat esymen study bagai. Result gempak starz pon lastly cikgu gak aku.

Bukanla nak merendahkan martabat cekgu. Bapak aku pun cikgu. Tapi pada pendapat aku la kan, aku taknak la menyusahkan diri aku yang memang sedia malas nak bersusah-susah ni disebabkan benda yang memang da pasti.

Start sambung study dekat UPM aritu, aku memang da tak pernah nak cek result aku. Da 4 sem la kiranya aku belajar ( tak berapa nak belajar sangatla ) tanpa teringin pun nak tao apa benda yang aku belajar. Buat ala kadar je, janji kerja aku semua siap. Da cukup bagus kan?

Ini sampai nak cari gaduh dengan orang sebab nak tunjuk kaula yang paling genius bijaksana laksana bunga angsana layu. Sudahla, kau dengan aku sama ja. Kau cikgu, aku pun cikgu gak nanti. Tak lari walau seinci pun standard kita kan. Or maybe nanti kau boleh mengajar dekat sekolah budak-budak pandai kan. Tapi kau yakin boleh adapt dengan suasana sekolah budak-budak pandai? Stress kau nanti. Kalau stress jadi student pon kau tak boleh nak handle, ini nak handle budak-budak yang 1001 macam? Forget it. Aku tao la sebab dulu aku belajar kat sekolah budak-budak pandai..muahahaha

So, bersederhanala dalam semua perkara. Aku tau tak semua setuju dengan aku. Tapi, do I look like I care? Tak langsung. Aku hal aku, kau hal kau. ( Ady Putra mesti sayang aku )

p/s : Tiba-tiba asa nak membebel plak malam ni

No comments:

Post a Comment