Monday, October 31, 2011

BOLEH TAK?

Boleh tak kalau aku dah malas nak sambung cerita ni? Macam dah takde mood aku nak taip panjang-panjang. Sangat malas nak mampus sebab otak aku sekarang da bersimpang-siur. Tapi insyaallah kalau satu hari nanti hati aku da terbukak nak sambung, aku sambung je la. Terima kasih.

Saturday, October 8, 2011

CINTA - SEJATI TAK BERMAKNA MATI ( ep 3 )


Cik pasti dengan laporan ini?

Wirda mengangguk. Lelaki beruniform bermisai di hadapannya itu dipandang penuh harapan. Dia tidak mahu penantiannya selama ini berakhir begitu sahaja. Wirda tekad.

Baiklah, pihak kami akan terus menghubungi cik setelah semuanya selesai.

Wirda tersenyum hambar. Setelah mengucapkan terima kasih, perlahan-lahan dia keluar dan menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan. Wirda kaku di tempat duduk pemandu. Telefon bimbit dikeluarkan, nama Mama dicari lantas punat call ditekan.

Belum sempat taliannya disambung, Wirda lantas menekan punat off. Telefon bimbitnya itu digenggam sambil matanya dipejam rapat. Mencari kekuatan untuk bercakap dengan Mama.

Akhirnya Wirda membuat keputusan. Mama tidak perlu tahu selagi semuanya belum selesai. Wirda risau dengan penerimaan Mama apabila mengetahui perkara yang telah terjadi. Wirda tidak mahu Mama berfikir yang tidak sepatutnya.

Pedal clutch ditekan. Belum sempat gear dimasukkan, telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Mama di skrin. Wirda mengeluh. Kesal dengan kecuaiannya yang tidak menyedari talian panggilan yang dibuat tadi telah bersambung.

Mama ni pantang betul kalau orang call. Hish. Ngomel Wirda dalam hati.

Wirda berkira-kira untuk tidak mahu menjawab panggilan itu, tetapi apabila mengenangkan wajah Mama, hasratnya dimatikan. Wirda tidak mahu wanita itu risau dan berfikir yang bukan-bukan.

Hello, assalammualaikum Mama.

Waalaikummusalam. Wirda call mama ke tadi. Mama tak sempat nak jawab tadi. Mama kat dapur tadi. Kenapa Wirda call mama? Wirda tak apa-apa ke?

Bertalu-talu soalan diaju Mama. Wirda tersengih. Faham benar dengan peel Mamanya itu.

Tak ada apa-apalah Mama. Wirda nak tanya kabar Mama je tadi. Wirda tengah drive ni. Fikir-fikir balik Wirda nak call Mama bila dah sampai rumah nanti.

Alasan terbaik yang dapat difikirkan di kala fikirannya sedang berkecamuk. Wirda tidak mahu menggores hati Mama. Sungguh dia tidak sanggup.

La..Wirda ni bikin Mama suspen la.

Terdengar tawa dihujung talian.

Wirda bila nak balik sini? Aiman asyik sebut nama Kak Wirda je. Baliklah, nanti Mama masak ayam masak merah. Dah lama kita tak makan sama. Mama rindu la kat Wirda.

Senyuman di bibir Wirda mati tatkala mendengar kata-kata Mama. Pertanyaan dalam rajuk itu benar-benar menyesakkan dadanya.

Mama, minggu depan Wirda balik ye. Sekarang ni Wirda busy sangat. Nak tolong Mama cari husband pun belum sempat lagi ni.

Wirda berseloroh, sekadar mahu menyedapkan hatinya. Tak sanggup dia menghampakan permintaan wanita yang terlalu banyak membahagiakan dirinya itu.

Setelah persutujuan Mamanya diperoleh, salam diucap. Panggilan ditamatkan, Wirda terus memecut keretanya pulang ke rumah. Sesekali telefon bimbitnya dijeling, mengharapkan akan tertera nama Insp. Faiz di skrin.


PESANAN PENAJA

Post ini dipublished atas sebab-sebab kededikasian aku dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang bakal cikgu. Wtf!!

Esymen aku requires a blog, so takkanla aku rajin sangat nak design blog baru semata-mata untuk satu post yang akan ditayangkan dalam masa tak sampai lima minit depan Mak Lelatul tu?? Tak, aku tak la serajin sebagus seextreme itu.

Kerja yang boleh dipermudahkan jangan sesekali disusahkan. Tukar banner, copy paste biodata Pakcik Martin Luther King tu from Wikipedia, edit2 kaler sket tapi tetap nak jadi putih jugak..sigh.. Dah, siap!!

Aku tak suka buat kerja susah. Sape yang nak susah dalam dunia ni? Jawab!!

Takde kan. Sebab tu Tuhan bagi kepala hotak suruh berfikir. Perghh..

Berhenti melalut Juni!!

Thursday, October 6, 2011

MARTIN LUTHER KING

Martin Luther (10 November 1483 – 18 February 1546) was a German priest and professor of theology who initiated the Protestant Reformation He strongly disputed the claim that freedom from God's punishment of sin could be purchased with money. He confronted indulgence salesman Johan Tetzel with his Ninety-Five Theses in 1517. His refusal to retract all of his writings at the demand of Pope Leo X in 1520 and the Holy Roman Emperor Charles V at the Diet of Worms in 1521 resulted in his excommunication by the pope and condemnation as an oulaw by the Emperor.

Luther taught that salvation is not earned by good deeds but received only as a free gift of God's grace through faith in Jesus Christ as redeemer from sin. His theology challenged the authority of the Pope of the Roman Catholic church by teaching that the Bible is the only source of divinely revealed knowledge and opposed sacerdotalisme by considering all baptized Christian to be a holy priesthood. Those who identify with Luther's teachings are called Lutherans.

His translation of the Bible into the language of the people (instead of Latin ) made it more accessible, causing a tremendous impact on the church and on German culture. It fostered the development of a standard version of the German Language, added several principles to the art of translation, and influenced the translation into English of the King James. Bible His hymns influenced the development of singing in churches. His marriage to Katharina von Bora set a model for the practice of clerical marriage, allowing Protestant priests to marry.

In his later years, while suffering from several illnesses and deteriorating health, Luther became increasingly antisemitic, writing that Jewish homes should be destroyed, their synagogues burned, money confiscated and liberty curtailed. These statements have contributed to his controversial status.

Tuesday, October 4, 2011

SESAL DAHULU PENDAPATAN


Alamak, kalau aku bagi tadi, mesti aku tak sebosan gila macam ni.
Apsal font aku tak nak jadi warna merah malam ni? Taik kuda btol.
Yes, malam ni tak kena iron baju kurung!!
Yes, berjaya menunaikan ikrar malam ni!!
Jangan lupa set alarm, semoga esok bermula dengan senyuman bangun pagi tak terhantuk dinding.
Handphone da siap sedia dicharge untuk keberangkalian diguna sepanjang malam.
'Beb' kau panggil aku? Takpe, esok aku tanya balik.
Duit oh duit, datanglah engkau sayang.
Macam mana aku nak datang, nanti kau melayang, nanti kau melayang.
Duit oh duit, aku janji tak melayang.
Aku cuma nak makan, dengan beli topup, dengan beli topup.
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
I miss you.......

NADIA - SALAM UNTUK KEKASIH

Aku dah jatuh chenta dengan lagu ni. Tapi aku malas nak upload video sebab internet yang sangat 'dramatik' di malam-malam hari begini. Tapi disebabkan mood aku nak menaip-naip berkobar-kobar sekarang ni, aku sangat rajin nak taip lirik lagu ni. Sebab aku da hafal!!! Seminggu naik kereta Leftenan Muda Suraya pergi sekolah, seminggu lagu ni aku dengar.Radio kereta beliau dah macam jadi hak milik aku. Muntah la kau kalau kau nak muntah, tapi aku tetap nak dengar jugak =p

Disebalik kalbu yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah cinta tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walu kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salah mu sayang kira kau jatuh cinta
Akanku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Kuundur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Mengisi luka ini
Kekasih sekeras aku
Terguris kerna kamu

Kutinggalkan cinta kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini takku relai
Salam maaf permisi
Kuundur diri

YOU THINK YOU ARE DIFFERENT?


Jadi, tak payah la nak bajet kau tu bagus
otak geliga berdisiplin berdedikasi
semangat waja DEWASA sangat.

Saturday, October 1, 2011

CINTA - SEJATI TAK BERMAKNA MATI (ep 2 )


Sambungan dari episod 1

Adam memerhatikan wajah putih mulus dihadapannya. Sesekali matanya dipejam rapat menikmati nikmat yang bagaikan syurga itu. Seolah-olah wanita di hadapannya itu adalah bidadari dari syurga. Apabila matanya dibuka kembali, ternyata wanita itu adalah realiti. Pada ketika dia masih di awang-awangan, sentuhan lembut di tangannya tetap terasa. Adam kebingungan.

Adam, aku tau kau kenal aku. Aku tau Adam.Wirda cuba menahan sebak. Disentuhnya muka cengkung Adam.

Ikut aku balik ye Adam. Aku janji aku akan tolong kau. Wirda memujuk dalam rayuan.

Adam tiba-tiba tersentak. Sentuhan lembut Wirda di wajahnya seolah-olah menyedarkan dia. Adam renung wajah wanita di hadapannya itu. Ya, dia kenal, dia tahu siapa wanita yang sanggup membelai wajah kotornya itu.

Tiba-tiba Adam menolak bahu Wirda. Pergi! Aku tak kenal kau!

Wirda terkejut. Dia melihat Adam cuba bangun dan berdiri. Dalam keadaan terhoyong-hayang, Adam cuba berlalu untuk meninggalkan Wirda. Wirda lantas bangun dan menarik tangan Adam.

Adam..

Suara lembut itu mematikan langkahnya. Adam menoleh, hatinya tersentak mendengar panggilan Wirda. Tetapi mindanya masih belum mampu untuk berfikiran normal lantas tangannya ditarik kasar. Apabila Wirda sekali lagi cuba memegang tangannya, Adam dengan pantas menolak Wirda sehingga terjatuh di kaki lima bangunan tersebut. Wirda terkedu dengan tindakan keras Adam itu. Dia tidak mampu bangun mengejar. Matanya hanya mampu memandang Adam yang terhoyong-hayang berjalan sehinggan kelibat lelaki yang ditunggu hampir enam tahun itu hilang dari pandangan.

Bersambung....

AYAH!! KAK DAH JEM!!

SBE - School Based Enrichment..ke Experience..aku pun tak pasti..nampak sangatla lima tahun setengah aku sia-sia..wtf..

SBE ni memerlukan kami bakal2 cikgu pegi ke assigned school konon2 untuk observe dan menghayati suasana sebenar sekolah. Dulu pegi sekolah as students, sekarang kena tukar view, as a teacher. Wahh..kagum aku dengan diri sendiri.

Lima hari kat SMK Tasek Utara. Sekolah kawalan kata Makcik Pengetua, so no terrible horrible rebellious students. Setakat gangster kecil-kecilan tu adala kot.

First day, the moment aku turun jejak kaki kat parking keta sekolah tu, aku dah..alamak, nak buat expression muka yang bagaimana ya? Terus ayat jadi skema. Cikgu kann... Jumpa GPK 1, GPK HEM, sembang2 muhong (borak2 tipu) sikit, GPK 1 bawak pergi masuk staffroom. Owh, tempat yang paling aku lembik lutut nak masuk. Dapat satu table for four of us. Ok la tu dari kena berjalan je dari pukul 720 sampai 230 kan.
BOSAN NAK MAMPUS. Three words that best describe the first day of mine kat sekolah tu. Jalan2 interview cikgu disiplin misai macam A.Galak dan dia memang galak pon, duduk atas kusyen dalam staffroom sampai mata rabak, lepak2 kat kantin sampai kena jeling2 dengan cikgu2 pompuan sebab lepak macam kat kedai mamak lamanya dan jalan then masuk staffroom dan jalan then masuk staffroom dan jalan then masuk staffrom lagi dan lagi dan lagi. BOSAN kan?? Lastly, emosi ak da tak stabil nak tunggu lama2, terus ajak Leftenan Muda Suraya berambus. Cikgu takpe balik awal, students tak boleh =)

Second day, pun sama. Rutin yang sama. Bezanya dapat tidur dalam library. Cikgu sebenarnya tak boleh bagi students nampak kita tidur. Ada aku kisah? Bangun tidur pegi kantin melantak. Bila otak da jem sebab bosan, sekali lagi aku bersama Leftenan Muda Suraya berambus, lagi awal dari first day. Sorry Makcik Pengetua, kitorang da berusaha mencari kerja yang boleh dibuat, tapi GPK 1 cakap nothing to do. Terima kasih.

Third day- barula rasa macam cikgu, sebab kena pegi dewan gunting2 kertas untuk launching penutup KoKurikulum. Da abih kerja, bosan start balik. Bila da bosan, da kenyang, lagi sekali aku dan Suraya ( letih ah nak taip panjang2 pangkat ko ) berambus pulang untuk tidur di katil hostel yang "begitu" empuk dan enak.

Fourth day- dapat join Sir Ganesan masuk class dia mengajar. Walaupun sebenarnya sangat2lah bosan, tapi kitorang berjaya plastikkan muka masing2 untuk act kononnya class dia sangat beshh macam pegi tengok movie. Wahhh...Abih class Ganesan, terus pulang ke maktab sebab sangat mustahil nak tunggu loceng sekolah bunyi pukul 230. Tidak sama sekali!!

Last day- mula2 plan nak pegi sekolah pukul 8. Sebab hujan, delayed pukul 830. Sebab hujan tak stop lagi, delayed sampai pukul 9. So, sampai sekolah 930. Kalau cikgu da macam ni, bagaimana nak mengajar nanti. Owh, aku bukan cikgu lagi ok. Sampai sekolah dapat tao kena masuk class Form 1 sebab cikgu derang ilek. Excited jugakla aku nak masuk class kan. Da 4 hari asyik jadi pemantau je. Tapi, masuk je class budak2 tu, aku da jem. Dengan lesson plan takde..baru teringat kepentingan lesson plan time tu...aisey, tiba2 perasaan aku time first day kat sekolah tu datang balik, and it worst actually. Cmon Juni, eh, Teacher Juni, you can do it!! Wtf..

Owh, hari ni balik ikut waktu yang ditetapkan. Kena jumpa Makcik2 Pengetua GPK 1 GPK HEM bagai salam2 mintak ampun maaf terima kasih semua selamat tinggal takmao jumpa lagi.

p/s : tolong pegi bakar sekolah yang aku nak pegi praktikum next year boleh?