Saturday, October 8, 2011

CINTA - SEJATI TAK BERMAKNA MATI ( ep 3 )


Cik pasti dengan laporan ini?

Wirda mengangguk. Lelaki beruniform bermisai di hadapannya itu dipandang penuh harapan. Dia tidak mahu penantiannya selama ini berakhir begitu sahaja. Wirda tekad.

Baiklah, pihak kami akan terus menghubungi cik setelah semuanya selesai.

Wirda tersenyum hambar. Setelah mengucapkan terima kasih, perlahan-lahan dia keluar dan menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan. Wirda kaku di tempat duduk pemandu. Telefon bimbit dikeluarkan, nama Mama dicari lantas punat call ditekan.

Belum sempat taliannya disambung, Wirda lantas menekan punat off. Telefon bimbitnya itu digenggam sambil matanya dipejam rapat. Mencari kekuatan untuk bercakap dengan Mama.

Akhirnya Wirda membuat keputusan. Mama tidak perlu tahu selagi semuanya belum selesai. Wirda risau dengan penerimaan Mama apabila mengetahui perkara yang telah terjadi. Wirda tidak mahu Mama berfikir yang tidak sepatutnya.

Pedal clutch ditekan. Belum sempat gear dimasukkan, telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Mama di skrin. Wirda mengeluh. Kesal dengan kecuaiannya yang tidak menyedari talian panggilan yang dibuat tadi telah bersambung.

Mama ni pantang betul kalau orang call. Hish. Ngomel Wirda dalam hati.

Wirda berkira-kira untuk tidak mahu menjawab panggilan itu, tetapi apabila mengenangkan wajah Mama, hasratnya dimatikan. Wirda tidak mahu wanita itu risau dan berfikir yang bukan-bukan.

Hello, assalammualaikum Mama.

Waalaikummusalam. Wirda call mama ke tadi. Mama tak sempat nak jawab tadi. Mama kat dapur tadi. Kenapa Wirda call mama? Wirda tak apa-apa ke?

Bertalu-talu soalan diaju Mama. Wirda tersengih. Faham benar dengan peel Mamanya itu.

Tak ada apa-apalah Mama. Wirda nak tanya kabar Mama je tadi. Wirda tengah drive ni. Fikir-fikir balik Wirda nak call Mama bila dah sampai rumah nanti.

Alasan terbaik yang dapat difikirkan di kala fikirannya sedang berkecamuk. Wirda tidak mahu menggores hati Mama. Sungguh dia tidak sanggup.

La..Wirda ni bikin Mama suspen la.

Terdengar tawa dihujung talian.

Wirda bila nak balik sini? Aiman asyik sebut nama Kak Wirda je. Baliklah, nanti Mama masak ayam masak merah. Dah lama kita tak makan sama. Mama rindu la kat Wirda.

Senyuman di bibir Wirda mati tatkala mendengar kata-kata Mama. Pertanyaan dalam rajuk itu benar-benar menyesakkan dadanya.

Mama, minggu depan Wirda balik ye. Sekarang ni Wirda busy sangat. Nak tolong Mama cari husband pun belum sempat lagi ni.

Wirda berseloroh, sekadar mahu menyedapkan hatinya. Tak sanggup dia menghampakan permintaan wanita yang terlalu banyak membahagiakan dirinya itu.

Setelah persutujuan Mamanya diperoleh, salam diucap. Panggilan ditamatkan, Wirda terus memecut keretanya pulang ke rumah. Sesekali telefon bimbitnya dijeling, mengharapkan akan tertera nama Insp. Faiz di skrin.


No comments:

Post a Comment