Tuesday, November 29, 2011

WISHLIST AKU YANG MISKIN

Nak teringin ketaq kepala tengok Twilight : Breaking Dawn ini. Tapi, apakan daya..fulus enggak ada. Miskin dan hina sekali di kala ini. Sungguh rindu perasaan tengok muvie yang cambest dalam cinema bersama popcorn dan ice lemon tea. Tiadakah insan yang sudi membelanja daku menonton muvie terhebat ini. Owhh...jangan sampai aku bertukar menjadi vampire!!

Sunday, November 27, 2011

JENIS TAK PAHAM BAHASA, PAYAH


Semalam aku dengan Mr Bapak dan adik aku pegi jalan-jalan dekat Cmart (pasaraya kebanggaan rakyat Perlis). Tengah jalan-jalan, tiba-tiba Mr Bapak stop kat satu kiosk sebab ada students dia tengah promote2 kordial mende ntah. Aku pun sebagai seorang anak yang taat ikot sama stop sambil sengih-sengih. Tiba-tiba.........




Juni!!!

Aku macam dengar ada suara panggil nama aku. Aku pun toleh. Setolehnya aku aku nampak barisan gigi yang terbentang luas jelas di depan mata aku. Seorang perempuan tengah hulurkan tangan dia nak bersalam-salaman dengan aku. Serta merta darah aku menyerbu naik ke muka.

Aku tak kenai hang.

Aku nak cakap camtu sebenarnya, tapi aku tengok adik aku dengan Mr Bapak tengah tengok aku. Aiyoo..aku pun hulurla tangan salam ala kadar, dengan muka yang paling ketat dan menyampah pernah aku buat, lepastu terus aku pusing ke belakang buat bodoh sajeew..

Adik aku : Awat kakak tak cakap ngan P****?
Aku : Jangan dok kalut hal orang.
Adik aku : *diam..

P/s : Da 14 juta kali kau mintak maaf tapi aku tak layan. Takkanla tak paham-paham bahasa lagi...

Friday, November 25, 2011

KRISIS IDENTITI

Ada seorang makhluk Allah ni hantar sms kat aku di suatu malam..

Dk.demo nk main guano. Xde doh nk saen2 gni gk. Hutang2 tu bilo nak byr. Kn kawe pgil sex nakotik kn.

Pastu aku pun reply..

Salah no

Lepas tu dia reply plak..

Yeke ke, Capeww nie?

Hahaha, kelakar tak? Kelakar la lahanat...Hahahaha..aku da macam nak pegi rel ketapi gelak guling-guling.

PENGANTIN(s) BARU

Di hari-hari cuti yang sangat 'membahagiakan' aku ni, ramaila rakan-rakan taulan aku yang dah pun menemui kebahagiaan masing-masing. Tinggalla aku yang pura-pura bahagia ni. Jadi pengapit pun dah, entah bila la plak orang nak kapit aku. Bila tengok orang kawen, tingin gak la aku nak kawen. Tapi bila pikir balik komitmen yang wajib ada sebelum dan sesudah kawen, gerun plak ase. Plus aku nak kawen dengan sape kan. Bak kata Kazen aku, yang ada semua pon da lari abih da. Naisss..




Ini Jihah dan suami. Kami kenal time sama-sama kerja kat Pasaraya Maxima Kangar. Huahuahua!! And since that kami tak pernah lost contact even jarang yang amat sangat bertanya khabar. Muahaha! Sweet kan. Pasangan yang comey dan cute. Bunga bulat-bulat dalam bilik pengantin SANGAT cantik. Owh, tinginnya aku nak kawennn...



Owh, yang ni membe aku since skola rendah lagi. Macam tak percaya pompuan ni da kawen. Macam tak caya gak aku jadi pengapit. Ahaks. Laki dia orang Temerloh. Dulu kitorang pernah plan nak kawen sama sebab bekas laki aku orang Pahang jugeks. Tapi at last aku yang terkandas, derang yang bahagia mengangkang. Muahaha!! Takpe, rezeki masing-masing. Kehkehkeh...



Ha, yang ni bukan membe aku. Sanak saudara aku juga bukan. Tapi apsal aku kelihatan begitu mesra berpelukan dengan dia? Muahaha..no answer. yang aku tao aku nak amik gambo je. Kak Maznah ni dulu jiran adik aku kat hospital. Time adik aku hospitalized sebab sakit dulu, Kak Maznah ni la yang jadi jiran sebelah katil yang sungguh prihatin dan busybody. Beliau seorang India Muslim, so wedding dia memang ala-ala mix jugakla. Siap ada dua orang budak India menari-nari tarian India kat depan pelamin. Nasib baik tak serve tosei, mau kebuluran aku kalau macam tu.



Walaupun hati aku terguris luka pedih tengok orang lain da kawen ada laki sendiri, tapi takpela. Aku doakan semoga anda-anda semua bahagia ke liang lahad. Janganla ada yang cerai berai. Ewahh..

p/s: Suddenly I feel that I'm not able to be like her, dear...