Sunday, November 27, 2011

JENIS TAK PAHAM BAHASA, PAYAH


Semalam aku dengan Mr Bapak dan adik aku pegi jalan-jalan dekat Cmart (pasaraya kebanggaan rakyat Perlis). Tengah jalan-jalan, tiba-tiba Mr Bapak stop kat satu kiosk sebab ada students dia tengah promote2 kordial mende ntah. Aku pun sebagai seorang anak yang taat ikot sama stop sambil sengih-sengih. Tiba-tiba.........




Juni!!!

Aku macam dengar ada suara panggil nama aku. Aku pun toleh. Setolehnya aku aku nampak barisan gigi yang terbentang luas jelas di depan mata aku. Seorang perempuan tengah hulurkan tangan dia nak bersalam-salaman dengan aku. Serta merta darah aku menyerbu naik ke muka.

Aku tak kenai hang.

Aku nak cakap camtu sebenarnya, tapi aku tengok adik aku dengan Mr Bapak tengah tengok aku. Aiyoo..aku pun hulurla tangan salam ala kadar, dengan muka yang paling ketat dan menyampah pernah aku buat, lepastu terus aku pusing ke belakang buat bodoh sajeew..

Adik aku : Awat kakak tak cakap ngan P****?
Aku : Jangan dok kalut hal orang.
Adik aku : *diam..

P/s : Da 14 juta kali kau mintak maaf tapi aku tak layan. Takkanla tak paham-paham bahasa lagi...

No comments:

Post a Comment