Friday, November 25, 2011

PENGANTIN(s) BARU

Di hari-hari cuti yang sangat 'membahagiakan' aku ni, ramaila rakan-rakan taulan aku yang dah pun menemui kebahagiaan masing-masing. Tinggalla aku yang pura-pura bahagia ni. Jadi pengapit pun dah, entah bila la plak orang nak kapit aku. Bila tengok orang kawen, tingin gak la aku nak kawen. Tapi bila pikir balik komitmen yang wajib ada sebelum dan sesudah kawen, gerun plak ase. Plus aku nak kawen dengan sape kan. Bak kata Kazen aku, yang ada semua pon da lari abih da. Naisss..




Ini Jihah dan suami. Kami kenal time sama-sama kerja kat Pasaraya Maxima Kangar. Huahuahua!! And since that kami tak pernah lost contact even jarang yang amat sangat bertanya khabar. Muahaha! Sweet kan. Pasangan yang comey dan cute. Bunga bulat-bulat dalam bilik pengantin SANGAT cantik. Owh, tinginnya aku nak kawennn...



Owh, yang ni membe aku since skola rendah lagi. Macam tak percaya pompuan ni da kawen. Macam tak caya gak aku jadi pengapit. Ahaks. Laki dia orang Temerloh. Dulu kitorang pernah plan nak kawen sama sebab bekas laki aku orang Pahang jugeks. Tapi at last aku yang terkandas, derang yang bahagia mengangkang. Muahaha!! Takpe, rezeki masing-masing. Kehkehkeh...



Ha, yang ni bukan membe aku. Sanak saudara aku juga bukan. Tapi apsal aku kelihatan begitu mesra berpelukan dengan dia? Muahaha..no answer. yang aku tao aku nak amik gambo je. Kak Maznah ni dulu jiran adik aku kat hospital. Time adik aku hospitalized sebab sakit dulu, Kak Maznah ni la yang jadi jiran sebelah katil yang sungguh prihatin dan busybody. Beliau seorang India Muslim, so wedding dia memang ala-ala mix jugakla. Siap ada dua orang budak India menari-nari tarian India kat depan pelamin. Nasib baik tak serve tosei, mau kebuluran aku kalau macam tu.



Walaupun hati aku terguris luka pedih tengok orang lain da kawen ada laki sendiri, tapi takpela. Aku doakan semoga anda-anda semua bahagia ke liang lahad. Janganla ada yang cerai berai. Ewahh..

p/s: Suddenly I feel that I'm not able to be like her, dear...


2 comments:

  1. Gambar pertama-kenapakah seperti pengantin lelaki merenung ke arah kau?kau pijak kain wife dia ke?
    Gambar ke2-nampak sgt muka sedihnye
    Gambar ke3-ok,tp bab ulasan x boleh blah kelakarnye.
    #org ckp klu anak dara jd pengapit maka kawin lambatla beliau..

    ReplyDelete
  2. gambar pertama-mungkin kerana menyampah dgn keroveran saya..
    gambar kedua-sapekah yg bermuka sedih??
    gambar ketiga- ulasan tulus ikhlas dari hati..hehe

    kawen lambat pun xpela...jgn xkawen lgsg suda..haha

    ReplyDelete