Monday, December 5, 2011

4X4 TRIP - HUTAN SIMPAN SINTOK, KEDAH

Da lama aku tak post pasal 4x4 trip, sebab memang da lama aku tak berkesempatan ikot Mr Bapak pegi beriadah. Tapi kali ni ekspedisi ni sekadar nak pegi lunch dalam hutan sambil mereka-mereka yang sangap (termasuk aku) nak caj jip mereka. Biasala, orang kalu da ketagih, apa pun jadi, kan. So kali ni kitorang pegi masuk terkinja-kinja dalam hutan kat Sintok, Kedah saja. Diorang da masuk beberapa kali, aku je la yang baru nak memulakan kegaritan semula ini. Initially ini je jip-jip yang masuk. Tapi time nak balik tiba-tiba bertambah plak bilangannya. Aku pun tak paham.




Halangan hebat yang pertama. Aku da cakap kat Mr Bapak nak drive time keluar nanti. Pastu bila tengok keadaan camni, goyang jugakla. Tapi, yakin boleh, yeah!!



Giliran Suzuki SJ Mr. Bapak..



Semua berjaya. Syabas!! Haha..Seronok bertimpa-timpa dalam kepala hotak aku. Sampai di sungai yang diorang fikir agak strategik (kononnya), semua orang bersiap-siap buat persiapan nak makan. Seperti biasa aku terkial-kial tak tau nak buat apa, last-last pura-pura rajin basuh pinggan magkuk periuk belanga gelas dan sebagainya. Hampeh!!

Kaum wanita atau lebih tepat lagi kaum isteri masakbuat kerja yang sesuai dengan pangkat diorang. Disebabkan aku bukan dari golongan isteri, so kerja masak memasak bukanlah bidang tugas aku.

Sebahagian kaum lelaki bujang dan suami orang menyiang ikan..

Dan membakar ikan..



Abang Ally memperkenalkan Mr Bapak sebagai Hero Veteran, sebab semestinya Mr Bapak antara golongan veteran, dan lepas makan nasi dengan kenyangnya laksana orang yang tiada hutang, Mr Bapak dengan machonya menggulung tembakau hisap rokok dengan gaya Sarip Dol.

Isteri kedua Cik Lipan yang setia menemani suaminya walau ke pelusuk hutan mana pun dibawa.

Da kenyang semua, kitorang bergerak ke air terjun. Air terjun 100 kaki nama diberi. Bukan oleh aku, tapi oleh orang lain yang aku tak kenal. Terpaksa menapak sedikit jauh sebab kereta-kereta tak boleh masuk. Cantik sampai orang-orang tua pun boleh berlagak macam kanak-kanak bila jumpa air terjun neh. Tak caya korang tengokla..




Tinggi kan. Aku tak mandi sebab baju semua tinggak dalam jip. Damn!! terpaksa telan air liur tengok diorang mandi. Excited sampai puji-puji air terjun tu rasa manis sedap bagai. Ceh!!

Da siap manis, turun. Saat-saat yang aku nantikan. Muahaha. Tergedik-gedik perempuan gedik ni nak drive. Sanggup suruh Mr Bapak turun amik gambar aku tengah drive. Mana tahan asyik gambar orang lain je aku amik. Gambar aku tak ada yang nak tolong amikkan pun.

Macam biasa, hon jip Mr Bapak asyik berbunyi je time aku drive. Takpe, Mr Bapak cakap nanti die da ada duet, nak wat power stereng punye stereng. Takdela aku asyik terhon-hon sampai orang depan pun kejap-kejap tanya Mr Bapak, "Cikgu ok cikgu?" Berguna sungguh walkie-talkie diorang.


Perjalanan yang dicemari dengan kesengajaan mencari halangan-halangan baru. Muahaha. Sungguh mengujakan bila aku berjaya menempuh semua halangan walaupun mula-mula Mr Bapak tak konfident dengan anak dara garitnya ini. Muahaha..









Ringkas saja, letih nak cerita panjang-panjang. Winching, dabel winching, ntah ada beberapa lagi term yang diorang pakai aku tak ingat da. Jadual perjalanan yang patutnya da boley ada di jalan raya pada jam 6 petang bertukar kepada 10 malam. Syabas!!

No comments:

Post a Comment