Thursday, December 29, 2011

4X4 TRIP - LATA CERMIN, GRIK (Day 1 - The Beginning)

Thursday 22 December 2011

Second 4x4 trip untuk cuti kali ni. Ekpedisi kali ni adalah ke Lata Cermin, Grik, Perak Darul Ridzuan. Full name aku bagi. Mengikut perjanjian rasmi, konvoi akan bertolak lepas Isyak, tapi disebabkan yang membuat perjanjian rasmi tu orang Melayu, maka jadila janji Melayu. Dalam pukul 1030 baru gerak. 7 biji/buah jip yang join konvoi kali ni. Dua Suzuki SJ, tiga bijik/buah Rocky dan dua bijik/buah Pajero. Kalau tak silap aku la. Aku tau tergedik-gedik nak ikot ja. Yang lain tak amik tao pun.

Last stop untuk topup minyak. Parit Panjang, Baling. ( Ni pun kalau tak silap gak )

Tengok, tengok betina garit tu. Kalut ja dia tu, hish..


Sampai di Grik, dalam pukul 3 pagi. Kitorang tidur kat RnR sebab ekpedisi kena start awal pagi. Baru murah rezeki. Ada yang tidur dalam jip, ada yang bentang tikar, yang bukak khemah yang konon canggih pun ada. Ada gak yang ada katil mudah alih macam katil ajaib. Dengki gila aku tengok. Nanti aku nak beli semua macam diorang. Siap almari dressing table ajaib semua aku nak beli. Muahaha..


Friday 23 December 2011

Expedition began at 730 in the morning. Perghh..Junilaila bangun awal seyhh..Kagum aku dengan diri sendiri. Lepas briefing sket-sket dari ketua ekpedisi (cmna nak spell expedisi? Ekspedisi ke ekspidisi? ) yang aku tak tau sape sebab aku tak turun dengar, semua jip pun bergerakla.



Rehat sebentar bersama Kitkat, walaupun takde sorang pun yang bawak Kitkat. Berhenti kejap ni sebab nak kasi semua jip ada dalam konvoi. Tak ada yang tertinggal.


Aaaa..jip Mr Bapak bikin hal daa. Enjin semput. Haihh..Kena winch. Sadissss..


Rehat sebentar lagi dengan macam-macam makanan. Pak Sarip dengan isteri tercinta, Cik Ma memang terbaik. Duduk dalam hutan rasa macam duduk kedai anei. Siap ada roti canai roti telur sama sambal siap. Dengan kopi Radix buatan aku, cewahh!!



Berhenti lagi sebab jumpa pokok besar. Aku yang tak berapa nak faham sangat trus jadi faham bila orang-orang veteran bersungguh-sungguh kagum dengan kebesaran pokok tu. Banglo 2 tingkat la, beratus tahun la. Macam-macam. Kadang-kadang amat berguna kalau bergaul dengan kaum-kaum veteran camni. Kadang-kadang okay. Bukan selalu. Lagi sekali saya tekankan, KADANG-KADANG. Hehehe..


Aku da tak ingat pukul berapa kitorang sampai di campsite. Ni semua pasal lambat sangat nak update. Abih hilang daya ingatan aku. Tapi, inilah dia waterfall yang sangat cantik. Phew..Sungguh indah ciptaan Ilahi. Terasa macam ustazah bila aku teristighfar sorang-sorang bila aku tengok pemandangan ni.


Pastu, semua orang bergotong royong setup khemah semua. Aku macam biasa tak reti nak wat apa. Tolong-tolong sket, tolong tengok banyak. Lepas khemah da siap semua, aku tolong Cik Ma masak untuk lunch. Perghh, aku masak kot walaupun terhegeh-hegeh nak goreng papadom pon. Persetankan semua yang kata aku anak dara reject. Hahaha, ada aku kesah?

Tengah syok-syok aku goreng papadom, aku nampak Alang dengan Abg Asyraf dengan anak-anak Medic naik atas waterfall. Oih, takkan aku kena duduk kat khemah goreng-goreng papadom? Aku pun sengeh-sengeh kat Cik Ma, sengehan yang kalah kerang busuk. Cik Ma pun, "takpala, kakak pegila. Biar Cik Ma wat"

Wuhuu..

Kitorang pegi trekking sebab Alang dng Abg Asyraff nak cari air terjun Lata Cermin. Mula-mula aku tak nak pegi dengan kaki bogel je, tapi kena marah dengan Alang. Dia suruh pakai kasut. Aku plak bangang tak bawak kasut, aku pakai je slipar pemberian roommate terchenta. Akibatnya, abih rabak tapak kaki aku. Bayangkan masuk hutan dengan kaki ayam, boleh bayangkan? boleh??

Niat sebenar nak mencari air terjun Lata Cermin, tapi naik punya naik, daki punya daki, tak jumpa. Dengan taik dan bau kencing gajah yang makin lama makin kuat, kitorang (bukan aku sebab aku tukang ikut saja) buat keputusan turun balik. Frust jugak sebab tak jumpa.

Pemandangan salah satu tingkat air terjun yang berjaya dirakam, ewahh!!


Otw turun, kitorang terserempak dengan geng2 tua yang nak jugakpegi cari air terjun Lata Cermin tu, termasukla Mr Bapak. Disebabkan aku, Abg Asyraf,Alang dengan anak2 Medic belum menikmati luch, so kitorang terus turun ke campsite. Redha bila tak dapat ikut diorang yang lain pergi mencari.

Yang tersentap hati nurani aku, bila diorang balik, dengan penuh ghairah diorang bercerita pasal kejayaan diorang jumpa air terjun tu.

Ada sejuta pun, kalau mai sini tak jumpa Lata Cermin tu, memang rugila.

Situ takdak angin, tapi sebab ayaq terjun tu tinggi, ayaq deras, angin berderu-deru.

Nak cakap pa pon tak dengaq.

Antara ayat-ayat diorang yang bikin panas. Aku pun ajak Alang dengan Abg Asyraf pegi gak cari air terjun tu esok. Memang aku mudah terpengaruh, so what? Tak ke rasa rugi kalau kita susah payah pergi ke satu tempat tu, then balik hampa sebab target tak tercapai. Rugi kan? Kan? Yeah, aku mesti pergi!

Suasana di campsite di waktu malam. Aku tidur dalam jip sebab malas nak bukak khemah. Hehe. Tengok2, dalam hutan pun aku masih mampu mengekalkan gaya sopan santun aku.









Tengok post Abg Boy (baju hijau) macam sama ja kan dalam semua pic. Spak.


Peneman malam aku, Alang dan Abg Asyraf.


Da letih sembang, semua orang masuk tidur. Perlukan energy yang cukup untuk mengharungi hari esok yang dikhabarkan sangat-sangatlah mencabar.

No comments:

Post a Comment