Sunday, January 1, 2012

4X4 TRIP - LATA CERMIN, GRIK (Day 2 - Trekking up to the sky))

Seawal 645 pagi aku bangun. Sanggup!! Gosok-gosok gigi, kejutkan Alang ngan Abg Asyraf, bersiap-sedia nak trekking sekali lagi. Bagitau Mr Bapak, dan macam biasa Mr Bapak akan buat-buat terkejut.

"Ha, nak pi ngan sapa?"

"Tu kasut takdak nak naik camna?"

"Ha, bawak tali sama."

"Ish la, hampa ni takdak keja sungguh."

Macam-macam lagi la yang Mr Bapak pesan. Potpet potpet. Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Muahaha. Nak naik jugak! Nak naik jugak! Tak kira! Walau apa pun halangan yang mendatang! Yang aku tau aku wajib bawak camera. Diorang bercerita tanpa bukti, kitorang nak tunjuk bukti. Miahaha!


Aku tak tau apa motif Abg Asyraf snap picture ni. Muahaha! Dengan kaki yang togel, kami memulakan pendakian. Luka-luka di tapak kaki aku tak kuhiraukan. Cewah, janji puas hati.


Camera Abg Asyraf pegang, so aku tak puas hati sebab dia asyik syok sendiri ja snap muka dia sorang-sorang. Alang memang da tak peduli da dengan camera-camera ni.


Tengok betina garit tu. Asal boleh aja, janji sampai. Nasib baik pergi dengan dua orang lelaki yang gagah perkosa. Dengan pacat yang bermaharajalela, selut aka lumpur, kitorang redah ja. Tapi aku tak faham kenapa keadaan aku sangat teruk berbanding diorang. Sampai ke muka lumpur bertamu. Hahaha! Padahal kau tak sedar diri kau tu wanita ayu yang memang akan failed dalam hutan. Jalan sikit jatuh tergelincir. Jalan sikit jatuh terpeleot. Hampeh.


Orang tengah berusaha keras mengharungi halangan, dia syok-syok sendiri snap gambar sorang-sorang.

Setelah hutan direntas, sungai dan air terjun diredah, sampaila kitorang di air terjun Lata Cermin tu. Perghh, rasa puas macam lepas berak ja. Disebabkan air terjun tu sangat kuat dan tinggi, maka kualiti gambar pun jadi kureng. Debu-debu air macam salji. Perghh!





Cantik kan? Kan? Kan? Air terjun yang menjadi idaman semua yang berkunjung. Hahaha! Memang betul kalau ada duit juta-juta pun, takkan mampu nak bina banglo 10 tingkat kat sini. Hanya yang melihat saja mampu merasai nikmatnya. Huhu. Tapi aku tak mandi sebab sejuk gila kot. Duduk kat situ pun da basah macam mandi swimming pool. Pengalaman yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Perghh! Perghh! Perghh lagi sekali!!


Habis menikmati keindahan, kitorang gerak menurun. (gerak menurun??) Tak boleh lepak lama-lama sebab aku anak dara. Eh, bukan, sebab kitorang kena bersiap-siap nak meneruskan ekspedisi ke next campsite. Sampai ke campsite, aku pergi cari Medic nak mintak plaster. Tapak kaki aku luka seribu rindu. Doctor siap kasi aku minyak gamat. Orytela tu daripada Medic yang siap nak kasi aku injection. Takut kena jangkitan la,kencing babi la, macam-macam. Haih, takkanla Junilaila sampai kena injection luka-luka sikit pun. Disebabkan akuberkeras gak takna kena inject, Medic kasi aku ubat siap kapas plaster suruh cuci luka-luka tu semua. Gambar kat atas tu, aku tengah sibuk cuci luka, orang lain tengah sibuk pack barang.


Meja buluh dari alam semulajadi hasil nukilan Mejar. Kreatif dan sungguh berguna sekali.


Sebelum konvoi bergerak, kami beramai-ramai mengabdikan kenangan di depan air terjun. (aku pun tak faham dengan posing aku tu).

p/s : kenapa aku rasa ayat-ayat aku dalam post ni skema semacam je???

No comments:

Post a Comment