Thursday, December 22, 2011

PERSIAPAN SI BETINA GARIT

Sleeping bag (sebab first night kena tidur tepi highway, naiss)
Khemah (safety first)
Sekotak air mineral (drive jip Mr Bapak dalam hutan penat macam sparring dengan Laila Ali)
Maggi (ini adalah perjanjian)
Losyen (aku tak sanggup berperang dengan agas,serik!!)
Sport bra (paling penting, sakit wooo kalau terhentak-hentak)
Selipar (nak mandi sungai senang)
Lampu (esok kena ingatkan Mr Bapak beli)
Roti Gardenia 60 sen (semestinya aku takkan mampu makan nasi dalam hutan)
Torchlight (kot2 ada harimau jadian senang nak suluh)
Camera (konon-konon camwhorela kan)
Syampoo ngan shower cream (dalam hutan pun mesti mao wangi maa)
IC (nanti kena cop orang asli tak ke naya aku)

ape lagi haa?? Takkan nak bawak buku? Di alam nyata pun aku malas nak mentelaah, inikan plak dalam hutan. Bawak laptop kang kena hempuk ngan Mr Bapak plak. Kalau bawak helmet kang, Mr Bapak tak ngaku anak.

Owh, bantal kecik satu (untuk menjamin sedikit keselesaan)
Sweater (sejuk bangcik oi, aku ni dah la jenis tak tahan sejuk sket, bukan ngada manja tergedik-gedik, memang aku dilahirkan sebegitu)
Telekung (xpayah sebab aku cuti bulanan)
Pisau ngan lighter (pertahanan diri kalau pacat lintah datang menyerang)

Tu je la kot. Esok lepas Isyak kitorang akan bertolak untuk memulakan Ekpedisi Lata Cermin!! Semoga selamat sampai selamat keluar dari hutan jangan kena tangkap dengan orang asli buat sup.

No comments:

Post a Comment