Sunday, December 4, 2011

SISA-SISA TENAGA

Sebenarnya aku nak update pasal ekpedisi 4x4 Mr Bapak pegi Sintok semalam. Tapi memandangkan gambar belum siap edit dan aku pun da tak mampu nak duduk mengadap laptop ni lama-lama, dengan sejuk lagi, lapar lagi, sisa-sisa letih sakit tangan kepala lutut semua pun ada lagi, post pasal ekspidisi tu akan di postpone. Nak upload gambar nak susun-susun ikut sequence yang btol ingat senang ke.

Sekarang ni short update pasal kehidupan seharian je. Ini pun dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yang tinggal. Semalam da charge sket walopun tak full.Sebenarnya enggak ada hape-hape yang menarik pon. Hidup aku macam biasa, aku just tak sabar-sabar nak habiskan cuti and blah dari rumah ni. Aku ni jenis cepat panas. Tak boleh duduk rumah lama-lama. Otak plak jenis cepat jem. Berasap la kepala aku kalau lama-lama cuti.

Nak pegi jalan-jalan pun fulus takde. Tapi jangan terkejut plak kalau tiba-tiba dengan duet takde aku bley sampai ke Danok. Hahaha. Kalau la kan...

Nak cerita pasal cinta hati, belum ketemu dengan tuan punya badan. So, post2 yang jiwang karat geli bulu ketiak hingus leleh-leleh takkan ada da lepas ni.

P/s : Kau ingat kau sorang je yang boleh? Aku pun boleyla..
P/s : Aku bukannya taknak amik tao, tapi.........


No comments:

Post a Comment