Sunday, December 30, 2012

FIRST LITTLE APPLE

       Jam 1.20 petang 29 December 2012, kakak ipar aku selamat melahirkan baby girl. First child, first niece, first grandchild, first greatgrandchild in our family. 2.8kg berat baby. Owh, aku sungguh excited. Over excited sebab dapat dukung baby. Well, sesungguhnya talent aku untuk menjadi seorang ibu mithali memang teserlah. Wtf. Kena tunggu 2 3 4 5 6 7 8 9 tahun lagi kot baru boleh apply kat baby sendiri. Sighhh.

       Aku memang suka baby. Tapi kalau da besar, aku jeling-jeling je. Hahaha. Lagi-lagi kalau budak-budak yang semacam je perangai dia. Semoga my niece ni tak pergi rumah orang sepah-sepahkan pasu bunga bila da besar nanti.




Derang laki bini nak namekan anak dara derang ni Inas Sofea. Tapi belum muktamad lagi. Excited baby berjaya meluncur keluar belum habis lagi.




Baby, mana-mana baby pon comey kan. Mana ada baby yang xcomey kan. 




See the talent? The extraordinary talent? Huahuahua. Tengok, diam baik berhemah je baby dalam dukungan aku. Well...

       Owh, Kak Mawariah cakap doktor cakap baby ade lesung pipit. Sebelah. Sejibik macam aku jugak.Huahuahua. Nanti da dapat gaji aku nak belikan baby celak Simplyct. Macam aku jugak. Hehe.

       Welcome home, baby!

Thursday, December 27, 2012

IT IS ABOUT TO BEGIN YA AA AAW YA AA AAW

27 December 2012, Mesyuarat Guru Kali Pertama yang membawa maksud sekolah da nak dibuka. Sekolah da nak dibuka. Sekolah da nak dibuka. Sekolah da nak dibuka. Meeting dari pukul 830 pagi sampai 230 petang. Apa rahsia aku mampu menahan mata?? Rahsianya adalah rahsia. Wawawa!! Tapi sesungguhnya aku bersyukur yang teramat sangat sebab bila aku dok belek-belek facebook, status-status yang di update, ramai lagi yang lebih malang dari aku. Contohnya..



hahaha!! Cikgu Disiplin haprak! Padan muka kau! And, no. It is not a karma. Trust me. Ko memang layak. *kot*  Hahaha!! 




Ok la tu, at least sehari. Sekolah aku dua hari. Tapi, better dua hari daripada kena duduk keras dalam meeting room sampai petang, kan? hehe


Tu baru dua orang. Ada jugak yang tiba-tiba rasa cikgu bukan profesion yang ditakdirkan pun ada jugak. Hahaha!! Semua meting punya pasal. Tapi, okayla jugak. Dalam meeting, banyak benda yang tak pernah aku tao sebelum ni masuk dalam kepala aku. Walaupun maybe dalam 10% saja. Okayla, dari tak ada langsung kan. *sedap ati sendiri

Aku tak dapat banyak sangat jawatan dalam sekolah and it is awesome, right. Ada membe-membe aku listkan jawatan-jawatan yang dipaksa rela pegang, mak aihhhhhhhh!! Terkedu aku sebentar. Sampai berbelas-belas jawatan pon hadoo! Kesian korang kan. 

Sebenarnya, yang menaip buku pengurusan, aku. So, aku sangat-sangatla berkesempatan kalau nak buang nama aku dari mana-mana jawatan. Biar pegi sekolah lenggang-lenggang kangkung kangkung di tepi jalan saja. Biar cikgu-cikgu lama yang lagi berpengetahuan lagi berpengalaman buat semua kerja. Tapi, takkanla hati aku sebusuk tu kan. Aku pun warasla jugak. Takla bangang sangat pun.

Lagipun bagi aku, tak kisah la jawatan apa pun. At least boleh aku belajar something. *realized this after 24 years of living* Aku tak mintak, aku tak menolak. Hadap sajork bak kata Mami Gajah. Bukan masalah besar pun. Banyak lagi kecelakaaan-kecelakaan yang aku kena hadap selain pikiaukan hal remeh-temeh biskut kering ni.

Ni ha jawatan-jawatan aku, ecewahh...

1. Guru Perpustakaan
2. Guru Pembimbing Rakan Sebaya
3. Guru SPBT
4. Guru Rumah Merah *dem dem dem*
5. Setiausaha Koperasi

Hahaha!! Mesti bertan-tan makian dan cercaan. Bukan masalah besar konon kau Juni. Cakap senangla, ciput je jawatan kau!! Well, masing-masing dengan rezeki masing-masing kan. Hehe.

Ok, kurangkan merapu, tingkatkan makan ikan kerapu untuk sumber protein. Lagi 4 hari sekolah da nak bukak. Semoga hati aku terus ditetapkan untuk berkhidmat dengan ikhlas ya aa aaww ya aa aaww. Semoga kita semua pun dapat rezeki yang diberkati.

TESL Cohort 5 IPTI/UPM, semoga kita sentiasa berjaya. Aminn..

P/s : Ayah kepada one of my bestfriend, Tasha meninggal pagi tadi. Sedekahkanla Al-Fatihah untuk arwah. Kenal ke tak, kewajipan sebagai umat Islam tu yang paling penting kan. And to Tasha, just be strong dear. That is life. Sorry i cant be there for you, tapi aku doakan dari jauh. Semoga roh bapak ko ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. Aminn.

Wednesday, December 26, 2012

OFF



Why so heartless....
Why so mean....

p/s : Sekola da nak bukak!!!! Nak ajar apa?? 

Wednesday, December 12, 2012

FAIR ENOUGH


We always hear "the rules" from the female side. Now here are the rules
from the male side. These are our rules! Please note ... these are
all numbered '1' ON PURPOSE!

1. Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put
it down. We need it up, you need it down. You don't hear us
complaining about you leaving it down.

1. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of
it that way.

1. Crying is blackmail.

1. Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints
do not work! Strong hints do not work! Obvious hints do not work! Just say it!

1. Yes, and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

1. Come to us with a problem only if you want help solving it.
That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for.

1. A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor.

1. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument.
In fact, all comments become null and void after 7 days.

1. If you won't dress like the Victoria's Secret girls, don't expect
us to act like soap opera guys.

1. If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.

1. If something we said can be interpreted two ways, and one of the
ways makes you sad or angry, we meant the other one.

1. You can either ask us to do something or tell us how you want it
done. Not both. If you already know best how to do it, just do it yourself.

1. Whenever possible, please say whatever you have to say
during commercials.

1. Christopher Columbus did not need directions and neither do we.

1. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings. Peach,
for example, is a fruit, not a color. Pumpkin is also a fruit. We have
no idea what mauve is.

1. If it itches, it will be scratched. We do that.

1. If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act
like nothing's wrong. We know you are lying, but it is just not worth
the hassle.

1. If you ask a question you don't want an answer to, expect an
answer you don't want to hear.

1. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine.
Really.

1. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared
to discuss such topics as baseball, the shotgun formation, or monster
trucks.

1. You have enough clothes.

1. You have too many shoes.

1. I am in shape. Round is a shape.

Friday, December 7, 2012

SEKALI KAUT

          Dah lama tak update blog aku ni. Masalah internet sebab berukband aku da diterminate gara-gara enggak ada fulus mau bayar. Memanjang kau ni tak ada duit Juni oii. Well,  normal la tu. Last update November. Itu pon sebab rumah Mr LowkeyBarney pakai unifi, so haruslah dimanfaatkan. Before that in July. When i was really deeply in stupid love. And its December already. Sepanjang aku mendiamkan diri konon-konon No Komen bajet artis, macam-macam malapetaka yang jatuh berdebuk-debuk atas kepala otak aku ni. Daripada masalah cintan cintun membawa kepada masalah kepala aku yang terlampau keras ni sampaila segala kacau bilau dalam hati dan kepala hotak. Dah macam koling dah ayat aku ni ha. 

          Bermula dengan putus chenta dengan Mr Rambo, frustnya tak terkata. Walaupun memangla pengalaman frust tu dah sebati dalam jiwa aku ( macam lawak je?? ), tapi kes ni lain macam sikit. Lain macam yang bagaimana? Aku pun tak mampu nak explain. Macam bagus je kau ni Juni. 

          Disebabkan nak melupakan kekusutan yang berselirat tu, aku carik kerja part-time. Jadi cashier comey kat kedai 24 hours. Cashier comey?? Aah, memang aku tengah puji diri sendiri. Dua bulan mengabdikan diri kat situ, macam-macam yang terjadi. Siries macam-macam. Yang seronok ada, yang tidak seronok sama sekali juga ada mencelah. Polis datang cari kat tempat kerja, keluar masuk balai, pakcik-pakcik gatai mengorat ( walaupun ada caldina tapi tetap pakcik ), kerja 19 hours non stop sebab nak lepak dengan Mr ExSupervisor bercerita pasal Mr Rambo, keluar pagi balik malam. Pendek kata, sangat macam-macam. 

          Sesungguhnya kepala aku betul-betul berselirat. Dengan masalah kerja yang belum tentu hala tuju, masalah Banduan Bangsat yang tak paham-paham bahasa, masalah kepala hotak asyik melilau-lilau teringat moment-moment indah macam pukemak, masalah orang sekeliling yang seolah-olah tidak merasakan aku pun manusia yang boleh sentap-sentap biol-biol dengan keadaan sekeliling. Ini kalau tak kuat iman ni boley jadi sewel aku camni. Masalah kemurungan atau depression atau ketidakstabilan emosi boley terjadi ni. Apakah??

          Tapi, aku tetap yakin Allah takkan menguji hambaNya melainkan mereka mampu. Ewah, bukanla nak cakap aku ni tudung sampai lutut. Tapi sekurang-kurangnya akal aku masih waras. Semuanya salah sendiri. Sendiri la tanggung kan. 

          Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu ada. Aku bukannya taknak berkongsi semuanya dengan korang, tapi korang masing-masing da ada komitmen. Jadi, biarlah yang single ini hidup cara single. Wahhh, hotakkauuu!! 

          Semoga aku selamat menjalani hidup.



          

Thursday, November 22, 2012

What The Fuck Mother Fucker

                   Have you ever wonder why am i here?



And it heals everything when you come back smiling..
And the stiffness ruined everything..
And i know I am not the only one you have..
And I remain sitting here waiting..
And the confusion grows up too fast..
And the never-apart-promises will be kept deep inside..
And you are the only one.

Saturday, June 30, 2012

MAJU SETAPAK

Haihh..how time flies. Dah ramai member-member yang dah menamatkan zaman bujang masing-masing. Ada yang bakal jadi bini orang, bakal jadi laki orang. Tu belum kira yang dah bertunang-tunangan lagi. Aku je la yang terkontang-kanting kat rumah makan tidur + exercise sket-sket, awww. ( Ye sayang, setia bersabar) 

Tapi terasa sedikit ralat sebab aku tak mampu nak penuhi semua jemputan kawen diorang tu semua. Kekangan utama, apalagi kalau buka uwang, uwang, uwang! Dengan tittle penganggur yang  tengah berusaha sedaya upaya menurunkan berat badan sekarang ni, memang aku tak mampu nak pergi ke mana-mana. Duduk diam-diam jadi anak dara bertauliah di rumah.

Bila aku tiba-tiba sedih tak dapat pergi wedding member aku 1 July ni, secara tiba-tiba jugak aku berazam nanti bila aku da kerja, da ada kereta sendiri, semua wedding aku nak pergi. Yang berjemput ke, tak berjemput ke, semua aku nak sebat aje. Boleh? Tak kira la di pelosok dunia mana pon aku berada. Insyaallah. 

membe yang Ya Allah, sumpah susah nak caya dia da kawen. Bila ingat balik benda-benda bongok kitorang wat time sekolah dulu, memang sekali lagi, sumpah tak percaya. Tapi, da jodoh kan, walaupun gelak syaiton dia still ada on the wedding day, tapi aku doakan semoga hang mampu jadi isteri yang solehah. Hewhewhew. Plus, dah lama sangat bercinta, kawen je la kan. 

Untuk Rabiatul Adawiyah aka Ebit, sorry as im not able to attend your big day. Fulus takdak maa. Btw, super duper congrats to u and your husband. May God bless both of u. Muah muah muah.

p/s: Entry ni macam seolah-olah aku gatai sangat nak kawen kan? Hmm..

Wednesday, June 27, 2012

EXTRAORDINARY













Sometimes it's a form of love just to talk to somebody that you have nothing in common with and still be fascinated by their presence.

Sunday, May 13, 2012

TRANSFORMATION 3

Norjunilaila pada tahun 2004-2005. Time ni aku sekolah di MRSM Kuala Krai. Bahana banyak sangat main + pemalas di Langkawi dulu, result PMR aku macam hampagas so dengan kejamnya diorang tendang aku nun jauh di Kelantan. Tapi, apa salahnya kenal-kenal tempat orang kan. Jauh perjalanan luas pemandangan. Memang luas btollll.....


Kat rumah lama. Gemok sialll. Bilik memang bersepah sebab jarang ada kat rumah. Time cuti je balik rumah, so tak sempat nak kemas. Alasan.... 



Bilik aku dekat hostel. Eh, ni bukan bilik aku. Eh, yela, bilik aku ni. Ada bantal peluk warna biru tu, btolla tu. Muslimah kan aku. Hikhok. 




Siap-siap nak pergi prep. Sungguh muslimah sekali lagi. Tudung jahit sendiri tu beb. Tapi kalau sekarang orang suruh aku tolong jahitkan tudung ke, butang baju seluar ke, aku cakap, "ingat aku belaja tinggi-tinggi nak tolong jahit baju korang ke?"  



Hip Hop yaww!! Baju feveret aku time sekolah dulu. Besar gabak. Kata hiphop kan. WTF! Sekolah dulu kalau pakai baju kecik-kecik, memang cari pasalla. Dengan cikgu-cikgu yang sesetengahnya mulut kalah Mak Jemah tu.  



Time sekolah dulu aku da konvo ok. So, kalau tak konvo lepas abes study ni, takdela aku heran sangat pon. Eh, heran, heran. Kesian mak bapak aku mesti nak tengok aku konvo. Ye ke?  



Peace!! Tabiat tampal-tampal benda lagho kat dinding bilik masih belum berubah. Batman siap. Sampai atas meja pun ada proses penampalan. 


Ini ja gambar-gambar yang aku ada sepanjang dua tahun aku kat Kelantan. Gamba aku gedik sorang-sorang. Gamba perjalanan hidup aku kat sana banyak lagi, tapi next post ya. Perut aku da macam ada baby Edward Cullen dengan Bella dah ni, menendang-nendang mintak isi. Kena tunggu Adik Katang balik nak pegi lunch dengan beliau. 


p/s : status kau buat aku rasa sungguh sadissss...

Thursday, May 10, 2012

DECLARE JE SUWEY


THE HEAVEN AND THE HELL 1

The Heaven and The Hell will tell you everything about my 3 months of practicum In Sekolah Seni Johor Bahru.  I did not even know about the existence of this school until i was assigned to complete my study here. Sekolah yang ditubuhkan khas untuk pelajar yang mempunyai bakat yang awesome in art. Here they have 4 major department in art. Theater, dancing, music and visual. And, guess what, diorang perlu diinterview sebelum diorang diterima masuk ke sekolah ni. 

So, those parents out there, or people who will become parents yang berminat nak anak-anak korang jadi orang-orang seni, u better plan it now. 



pokok besar yang kene tebang sebab tak nak nyamuk bermaharajalela disenikan. 


hasil kerja students yang somehow buat aku kagoooooommm. 


cikgu2 tengah practice untuk Launching Language Week. From left, Cikgu Azrin, Bonda Eliza and Cikgu Bakrul.

Owh, for your information, sekolah ni ada dua kategori cikgu. First, cikgu-cikgu akademik and second jurulatih-jurulatih kesenian yang ada qualification dalam bidang-bidang seni masing-masing. Jurulatih-jurulatih kat sini semuanya digelar bonda, of course perempuan, dan ayahanda. So, aku sangat tak suka bila ada students yang panggil aku bonda. Awww..macam dah sangat tua and most important, aku langsung tak ada bakat seni yang layak untuk dipanggil bonda. Oh, no!! 


keadaan meja aku time buat lesson plan yang sungguh demyuh itu!!! 


superb talent! diorang practice untuk Launching Language Week. The boy with his guitar is Johan from 4 Cindai and the amazing saxophoner is Muadz from 4 Songket, my class. Yaaaaawww.... Dia cakap kat aku, nak tiup bende alah tu, kena pandai control breathing kita. it's like kena breath in and breath out at the same time. What the?? Camno tu??? Practice makes perfect Miss Juni. Owh, aku memang takkan practice suma ni.   


Potluck!! Banyak sial food yang cikgu-cikgu bawak. Mentekedarah ja sepanjang hari. Aku sebagai seorang gadis bujang yang tinggal di hostel maktab "terchenta" hanya mampu bawak jajan-jajan beli kat kedai Aki depan Cenderawaseh je. Ok la tu dari bawak perut semata-semata. Bukan setakat kuih je, siap ada laksa johor nasi lemak bagai. Semoga cikgu-cikgu semua dimurahkan rezeki. Aminnn.. 


I can't remember the song but i know this is Form 2 Students, singing and playing guitar time assembly.  






My Form 4 Songket presenting role play during my lesson. Even though some of them were not serious, but i know they have the talent. Why? I'll tell you in the next post. 


 And, this is the way they greet their teachers and JU (jurulatih). Creative, da macam bersilat sambil menari pon ada ak tengok. Kalaulah aku ada camera canggih macam android tu, bley la aku record sume ni. Tapi...........teettt...hahaha..WTF!!

Okay, that's all for this entry. Sakit belakang aku menaip bahana seminggu deret tido dalam keta. What? 

p/s : kalau da gedik tu, post la ribu riban pasal wanita solehah bagai, gedik tu tetap gedik. Tak boley sembunyi punya. DUST.

Tuesday, May 8, 2012

MY BEST




When we first talked to each other, I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing and I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem and help dry the tears from my face. You take away my sorrow and put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had. Laughing 'til our faces turn blue. Talking of things only we find funny. People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks, for catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend, and being here with me through it all.


Thanx for being here with me...

Friday, May 4, 2012

KESALAHAN

Salahnya aku kerana terpukau dengan keikhlasan kau
Salahnya aku kerana merelakan sayang
Salahnya aku kerana sanggup menunggu tanpa arah
Salahnya aku kerana menagih jawapan
Salahnya aku kerana sangat bersyukur dengan keputusan kau
Salahnya aku kerana menaruh harapan 
Salahnya aku kerana terus menyayangi sepenuh hati
Salahnya aku kerana terasa begitu bahagia
Salahnya aku kerana mampu melihat masa depan bersama
Salahnya aku kerana bersedia menerima segala kekurangan
Salahnya aku kerana tidak pernah kisah dengan kelebihan
Salahnya aku kerana bertekad mahu membaiki segala keburukkan
Salahnya aku kerana sentiasa mahu berada di sisi
Salahnya aku kerana berharap kau sentiasa di sisi
Salahnya aku kerana mahu kau  menjaga diri ini
Salahnya aku kerana begitu berbangga dengan kehadiran kau dalam hidup
Salahnya aku kerana terasa sakit dengan sikap kau
Salahnya aku kerana mampu membuat sesuatu yang mustahil 
Salahnya aku kerana hanya mahu melihat senyuman
Salahnya aku kerana menjatuhkan ego dan harga diri 
Salahnya aku kerana sanggup menagih kemaafan di atas kesalahan kau
Salahnya aku kerana setia menanti kata-kata
Salahnya aku kerana terus setia menunggu
Salahnya aku kerana masih mahu terus menagih sayang
Salahnya aku kerana sudah tidak mampu
Salahnya aku kerana terasa sakit dengan keputusan ini
Salahnya aku kerana rela...


Salahnya aku kerana tidak mampu menjadi yang terbaik
Salahnya aku kerana tidak mampu meletakkan diri dalam kelebihan kau


Terima kasih untuk sayang kau 
Maaf di atas kekurangan sayang aku

Tuesday, March 6, 2012

AKU CIKGU. KE??

Dah masuk minggu ketiga aku menjadi seorang cikgu. Ya, Junilaila sekarang sudah pun bergelar Miss Juni. Ewahh! Tapi, jiwa aku belum sepenuhnya lagi berjiwa seorang cikgu. Macam mana aku tau? Aku tau laaa..

Ada member aku yang sampai menangis-nangis kat luar. kelas sebab students tak respect, tak dengar cakap, tak bagi salam. So, mereka sememangnya berjiwa cekgu sebab aku, kalau students tak dengar cakap aku, kau pegi mampus. Malas aku nak layan lebih-lebih.

Bak kata Encik Hamdan, ciri yang paling freaking damn important untuk menjadi seorang guru yang baek adalah, adanya perasaan sayang kepada students.

Ok, aku masih belum dapat mencapai tahap itu. Maybe sebab baru 2 minggu. Mungkin perlu ambil sedikit masa lagi untuk mewujudkan perasaan sayang itu.

So far, sekolah aku oryte. Students sangat sporting dan supportive. Nakal sikit-sikit tu adatlah budak sekolah. Aku dulu maybe lagi teruk dari diorang kot. Cikgu-cikgu pun ok. Peramah dan tak ada yang bagi jelingan maut. Setakat bergurau senda sikit-sikit kadang-kadang agak kasar tu normal la. Lagi pulak selalu diorang nampak aku lepak dengan Mr CEO kat kantin sekolah tu. Alah, dah biasa dengan gurau kasar dengan orang keliling sebelum ni. Bukan setakat kasar, gurauan kurang ajar babi pukimak nokhorom pun da lali, so tak menjadi masalah.

Masalahnya cuma dengan orang yang berlagak bijak pandai tapi sebenarnya bodoh. Konon-kononnya bila ada tittle LECTURER, kau bagus dalam semua aspek, semua kategori, semua ciri dan semua-semuanyalah. Adab tak pernah ada, sopan santun macam tak wujud, pemikiran rasional macam tak kenal.

Layankan aje. Janji aku buat kerja aku. Aku tak ada masa nak jilat-jilat kipas-kipas kau.

Dah, aku nak pergi mengaja anak bangsa.


Sunday, March 4, 2012

CLEARING THROAT

Hesitation comes
when you stop
doing things that
you did and I just
wonder am I wrong...
again?

Wednesday, February 22, 2012

SYOK SENDIRI




Form 3 Bangsawan

Natirah Cempaka Layla (perghh, nama taknak unik la plak kan budak2 zaman sekarang)

Are you a new teacher?

Aku

No, I'm a practical teacer.

Budak nama unik/pelik

What's your name?

Aku

Just call me Miss Juni (perghh..aku pun rasa nak muntahhh!!)

Budak nama unik/pelik tapi comey

Owh, are you going to teach us Miss Juni?

Miss Juni (terus tukar nama okayy)

Yes, but only for three months.

Budak nama unik/pelik tapi comey dan bersopan

Owh, alright. (smiling)

For the second day, aku berasa amat terharu dengan diri sendiri sebab berjaya mengexplain the differences between ACCIDENT and INCIDENT to one of the students. Aww..walaupun koman sahaja, tapi ianya satu permulaan yang agak baik for my communication skill. Wehuu...

Tuesday, February 21, 2012

MISS JUNI...MISS ME??

Okay, selalu bangun pukul 7 nak pegi kelas, hari ni aku bangu seawal 5.30 pagi. LIMA SETENGAH PAGI!! Semua sebab nak jadi cegu. Okay, like i said, there is no turning turning turning back!

Sekolah Seni Johor Bahru. Awesome. Sebab apa? Sebab memang sangat berseni. Aku ingat lagi time Siti Nurhaliza buat konsert kat UITM Shah Alam, budak-budak sekolah aku *sekolah aku??* ni la yang buat opening. Awesome kan?

Dipendekkan my very super duper long day kat sekolah tu, lepas jumpa Pengetua briefing segala bagai, kena masuk assembly. Oryte, no hal punya kalau setakat duduk kat atas stage dan nasib baik Pengetua tak introduce aku dengan Bob kat assembly. Maklumla aku ni kan pemalu orangnya. Haktuii!

Then jumpa my supervisor, En Zulkifli or aku lagi suka address him as Sir. And aku dapat mengajar kelas F4 and F3. F3 tu pun sebab nak cukupkan period yang ditetapkan oleh maktab. Kalau tak, memang takkanla derang bagi cegu-cegu yang masih suci tanpa noda ni ngajor kelas exam kann.

And what was i feel? Of course la macam, "What, betolkan aku nak jadi cegu??" Seriously aku memang zero tahap kereadyan aku. Bukanla nervous, tapi macam sangat-sangat tak percaya yang aku wajib jadi cegu untuk 3 bulan ni. Demyuh!

Aku betol-betol jem sebab leceh kerja jadi cegu praktikal neh. Portfolio pukimak hape ntah, dengan reflection, journal bagai. Dapat pulak supervisor yang sangat-sangat perfectionist. Demm! Tapi, okayla tu. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar jadi cegu yang Insyaallah bagusss. Dang!

Owh, pagi-pagi lagi aku da sms Mr Bapak

1st day skola..selalu bangun pukul 7..arini kena bangun 530..jemm...

And reply from Mr Bapak,

Proses ini akan berjln slama 30 thn lagi cik ooii..xjem dah..

Ok, sangat cegu..*sigh..

3 bulan aku kena bangun seawal 530 pagi. TIGA BULAN, LIMA SETENGAH PAGI. Sekian terima kasih..

owh, one thing that i really love about this school, semua students stay kat hostel. Maksudnya, aku takkan jumpa students aku berkeliaran di waktu malam sekitar JB. Dan yang paling penting, students pun takkan nampak aku berpeleseran di sekitar JB jugaaaa. =)

Tuesday, January 31, 2012

PAKCIK vs ABANG BAS

Salam..pkck..beg sye trtgl dlm bas td..cne nk pg amk?

Aku dah mentioned pakcik ye disitu..

Troott..troott..troott..Tipon bunyi..

Aku : Ha, pkck, saya budak Perlis tadi.
Pakcik bas : Ha, beg letak kat mana?
Aku : Kat atas seat.
Pakcik bas : Erm..cane ea. Takpe, nanti saya kirim dekat bas belakang. Awak pegi amik dekat kaunter Sns Larkin.
Aku : Ok, time kaseh pakcik.

Awk pe nme

Norjunilaila

Punye skema aku kasi full name siap.

K

Pendek je jawapan pakcik bas. Aku dah dupdapdupdap. Gerun weih laptop tertinggal.

Abg trpkse bke taw beg ju, sbb nk krim kat owg, jd abg kne amek twu ape ad kat dlmnye, sory ea

ABG?? WTF!! Cilakak punya orang tua. Haihh..kang kalau aku macam2 kang, tak dapat plak beg aku tuu. Seramm.

Owh..xpe2..jnji beg 2 smpai kt sye je..huhu..mamai2 td smpai trlupe nk amk..

Jawapan selamat yang termampu aku bagi dekat pakcik bas. Barua punya orang tua. Tersengih aku sekor-sekor dalam bas tu. Hampehh..

Nsb bek amek no fon td, law x ag sush, dlm beg 2 cme ad lptop ngn bra je kn ju.

Perghh..open sgt pakcik neh. Dala panggil aku ju. Hishh..

Aah..lptp ngn brabeg..chrger lptp..phone chrger..cmera chrger, brdband ngn cardreader.

Semua benda yang ada dalam beg tu aku listkan. Cuak gila kalau hilang wehh.

Abg tgk yg besa2 jek,cme nmpk lptop ngn bra beg jek,beg bra tu da tbke,jd nmpkla branye..hu3x.

Pukimak punya orang tua. Penipu!! Bra beg tu sangat mustahil nak terbukak. Lahanat. Miang tua gatal tak sedar diri. Tapi aku mampu maki hamun dalam hati jela. Maunya lesap beg aku kalau aku maki-maki dia. Serammm..

Haha..xpela..da ade org amkkn ke? Nt sye amk kt kaunter Sns Larkin?

Aku cuba mengubah topik. Pundek.

Bru smpai bas ni, da bg kat dy, t smpai lakin dy col abg, ju tggu jek yek kat lakin, x smpat nk mntk bra 1 wat knang2an..he3x

Babi la orang tua ni. Pervert sial. Haii..biol aku rasa..Haha..

Haha..jgnla cm2 plk..ok..nt sye tgu kt lrkin..tme kaseh ea.. :)

Malas aku nak panjang2kan cerita, nanti lain plak jadinya. Pakcik pakcik..kenapala berkelakuan demikian rupa..

Sje graw2,law ad pe2 mslh kat jb, bg twu ea

Takpela pakcik, da cukup ramai orang yang menyayangi saya dan mampu menjaga saya di jb ni. Khidmat pakcik langsung tak diperlukan.

Hehe..insyaallah..

Itu yang mampu aku reply dalam usaha memastikan beg aku sampai dengan selamat.

Kesimpulannya..janganla bersikap sombong dengan siapa-siapa pun walaupun dengan pakcik bas yang gatai miang nak mampus. Kalau aku buat bodoh saja time dia offer no tipon tu, mesti laptop kesayangan pemberian Mr Bapak terchenta lesappppp..

Saturday, January 21, 2012

MANGSA KEADAAN

Baharom Laknatullah : Semalam saya ada kejar, bukan kejarla, saya ikut sorang pelajar perempuan ni. Dengan pakaian ketatnya, dengan tak pakai tudungnya. Tak berubah dari dulu sampai sekarang. Pergi kelas pakai macam cikgu, bila keluar lain jadinya.

Okay, serba sedikit lebih kurang ayat yang Ketua HEP merangkap Ketua Warden maktab aku cakap time assembly hari tu.

Tiba-tiba ada sms kat handset aku.

IPTI K**** : Ko ke yg dmksudkan tu? =P

Okay, siap ada smiley konon kiut lagi kan ko K****....Aku pun menafikan pertanyaan itu. Bukan aku la. Aku da tak pernah jumpa Baharom Laknatullah tu sejak balik dari UPM.

Eh, ada. Pernah sekali. Time budak-budak ponteng kelas dipanggil mengadap. Sekali tu je. Sekali jeeee..Lepas tu da tak pernah ok.

Rupa-rupanya, bukan K**** je yang suspek aku mangsa Baharom Laknatullah tu, classmate aku pun fikir aku yang menjadi mangsa. Ceh, En TAS dengan Mr CEO pon pikirkan itu aku. Naiss.. Aku tido kot malam tu. Tak keluar berjimba-jimba pon...

En TAS cakap

Ko kan ade history yang tak baik dengan Baharom.. Ok, fine..mengaku..

Semalam K**** kasi explanation.

Mane ade orang lain yang berani wat macam tu pon...

Rekod aku da bersih sekarang. Takde dah aksi kejar mengejar aku dengan Baharom Laknatullah tu. Tu zaman jahiliah aku. Even sekarang pun masih sedikit jahil, tapi aku dah bijak mengatur strategi. Hahaha!




Friday, January 20, 2012

PMS

I don't want to call it a 'mistake' because I am so damn sure that is the truth.
And my heart will never lie......

Tuesday, January 10, 2012

PREPARING


Because I've been waiting too long and it was not an easy job after struggling damn hard to persuade my little humble heart to say that yes, i want it.

Sunday, January 8, 2012

4X4 TRIP - LATA CERMIN, GRIK (Day 2/3 - Last is blast!!)

Next challenge, Mr Bapak take over. Mr Bapak cakap,

"Mai ayah buatla yang ni. Kakak tak bulih ni."

Sebenarnya aku tau bukan Mr Bapak tak yakin dengan aku, tapi sebenarnya dia pun ketar kepala jugak nak cas. Muahaha!!



Tapi Mr Bapak tetap beralah dengan aku. Hee... Gambar di atas adalah percubaan pertama aku yang gagal. Huh! Tengok semua orang menunggu dan memberi sokongan kat aku. Wahaha!! Padahal yang mengutuk pun tak kurang. Suka hati aku la.


Berjaya okay! Hanya dua kali percubaan saja. Berlagak habis. Time ni aku dengar Abg Boy jerit dari belakang, "Tekan minyak perabihhhhh!!!!!" Hampess..


Suzuki SJ Pak Sarip tersekat dalam lumpur.


Cantik kan hasilnya..hewhewhew..


Warga tua sempat posing. Aku jugak yang jadi photographer berjaya.


Satu demi satu cabaran. Pajero Medic pancit pulak tayarnya.


Okay, memang sempat sangat aku nak camwhore.


Sampai malam kitorang berusaha untuk melepasi halangan-halangan yang ada. Sampai di campsite Sungai Y, ada pulak team lain yang da siap setup khemah bagai. Tapi yang membuatkan aku kureng puas hati, diorang masuk dalam hutan siap bawak PS set karok bagai. Bagi aku, masuk hutan adalah untuk nak menghargai alam, so tak perlula kot semua teknologi-teknologi yang macam tu.

Ada jugak geng-geng India yang siap bawak arak bagai. I am not being racist la kan, tapi disebabkan ketidaksenonohan diorang tu, dua orang budak perempuan kena rasuk hantu hutan. Aku tak taula nama penuh hantu yang merasuk tu, tapi sadis jugakla bila tengah-tengah malam diorang kena pack semua barang blah dari campsite malam tu jugak.

Kitorang pun tak jadi nak berkampung kat campsite tu. Terpaksa merentas halangan lagi untuk ke next campsite.


Lebih kurang jam 11 malam, barula kitorang sampai. Bayangkan jarak perjalanan yang lebih kurang 8km mengambil masa lebih dari 12 jam. Setup khemah, masak, melantak,borak-borak dan semua orang tidur kepenatan. Sampai tak sempat nak snap gambar-gambar buat kenangan. Hmmm..

25 December 2011 Sunday

Bangun dengan bersenang-lenang sebab tak ada apa yang nak dikejar. Tengahari baru setelkan semua barang dan bersiap-siap mau pulang keluar dari hutan belantara. 3 hari tak tau keadaan dunia luar. Cukupla kot.


Suzuki Sj Mr Bapak dan Pak Sarip.


Daihatsu Rocky Mejar dan Bangwan.


Pajero Matnen dan Medic.




Otw balik, singgah wedding aku tak kenal sape. Yang aku tau pengantin pun ialah seorang 4 wheeler jugak. Black and red were so damn gorgeous!! Dengki!!

Tamat..