Tuesday, January 3, 2012

4X4 TRIP - LATA CERMIN, GRIK (Day 2 - Aku rasa aku hebat)

Pukul 10 pagi semua orang dah bersiap-sedia nak memulakan ekspedisi. Dari khabar angin yang aku dengar, trek hari ini adalah antara yang paling mencabar. Jaraknya hanya lebih kurang 8km. Permulaan yang meng'frust'kan aku sebab jip Mr Bapak sempuuutttt...Naisss..


Halangan pertama. Sepatutnya bukan giliran aku lagi nak drive. Tapi aku berjaya amik kesempatan drive time Mr Bapak turun tengok Pak Sarip sedang merempuh halangan. Konon nak tolong tukar parking sajeww. Tapi tengok macam best ja, aku cakap kat Mr Bapak aku nak buat. Owh, dalam kata lain, nak cas.


Yeah, ini dia betina garit tengah tunggu giliran nak cas! Sempat gak la aku baca Bismillah puhh sana puhh sini sikit-sikit.



Daihatsu Rocky Bang Wan. Aku paling suka jip ni. Sangat cool ok. Terasa sangat remaja kalau aku bawak jip ni. Tapi ownernya tak la remaja sangat pon.


Huahuahua! Tiba giliran aku. Agak nervous jugak sebenarnya. Tapi, redah saja. Kalau fail ramai yang boleh tolong. Hihihi.


Tengok, ramai yang bersiap sedia nak tolong that rose among the thorns tu. Well, jadi kesayangan la sebab aku sorang ja perempuan yang gedik gatai terhegeh-heges nak cas jugak.


Sekali tersangkut daa. Naiss. Takpe, aku masih lagi amatur. Seorang gadis sunti plak tu. Orang lain pun samgkut jugak ok. Hahaha! Matnen ngan Abg Boy setia membantu dari belakang. Wehuu!


Mr Bapak cakap, "Abihla lingkup jip aku. Orang lain tak lalu situ yang hang pi kona tang tu awat." Sengih-sengih kambing, tu ja yang mampu aku buat.




Ok, kena winch sebab memang da tak boleh bergerak. Naiss. Takpa, aku tenangkan hati dengan mengatakan aku amatur, aku amatur, aku amatur. Tapi orang lain pun sangkut jugak!!!!








Aku berjaya!! Aku memang hebat! Aku tau yang aku hebat! Wehuu. Hahaha!


Ok, giliran Pajero Matnen. Sangkut jugak ok. Muahaha!


Abg Boy, kolek aka co-pilot Matnen yang sungguh setia bersamanya.



Dalam hutan kerjasama adalah elemen terpenting untuk memastikan semua orang dapat cas dengan sepuas hati.



Muka puas sebab berjaya. Jip-jip yang lain tak sempat disnap gambonye. Mintak maaf ye.


Semua jip da berjaya melepasi halangan pertama. Bersiap sedia untuk meneruskan ekspedisi. Tahniah2!

No comments:

Post a Comment