Wednesday, January 4, 2012

4X4 TRIP - LATA CERMIN, GRIK (Day 2 - Jip Rosak Satu Cabaran)

Halangan hebat yang kedua, satu lagi dugaan datang. Jip Cik Lipan the King plak rosak. Mounting putus. Aku pun tak tau hapakabenda mounting tu, tapi nak repair benda alah tu makan dua jam jugakla. Dalam sungai pulak tu.



Alang, pomen terulung dengan gaya tersendiri merepair jip Cik Lipan the King.



Ok, siap kena angkat enjin bagai. Aku memang takkan ambik tau la bab-bab enjin ni semua.



Sementara tunggu kaum lelaki yang gagah perkosa repair jip Cik Lipan the King, inilah antara kerja-kerja aku. Posing sana posing sini sengeh sana sengeh sini. Nak tolong repair kang, buat cari penampar orang je, baik aku duduk diam-diam.


Apa yang penting, kerjasama!! Aku tengok enjin tu macam kecik ringan je, tapi bila tengok muka kaum lelaki yang bersatu-padu angkat enjin tu, hmm........






Da setel repair Rocky, semua jip bergilir-gilir merentas sungai tu. Walaupun hampir kesemua jip perlu di'winch', tapi berkat kesangapan semua, kami semua berjaya. Hoyeah!!

P/s : Cuba korang tengok benda apakah di gambar bawah ini..
-
-
-
-
-
-




Sebuah pacuan empat roda yang dibuang oleh pemiliknya disebabkan kerosakkan yang memang sampai mati pon tak boleh repair. So, daripada buang duit banyak-banyak, baik amik semua yang diperlukan kat jip tu, then tolak ramai-ramai ke dalam gaung. Naisss..


No comments:

Post a Comment