Sunday, January 8, 2012

4X4 TRIP - LATA CERMIN, GRIK (Day 2/3 - Last is blast!!)

Next challenge, Mr Bapak take over. Mr Bapak cakap,

"Mai ayah buatla yang ni. Kakak tak bulih ni."

Sebenarnya aku tau bukan Mr Bapak tak yakin dengan aku, tapi sebenarnya dia pun ketar kepala jugak nak cas. Muahaha!!



Tapi Mr Bapak tetap beralah dengan aku. Hee... Gambar di atas adalah percubaan pertama aku yang gagal. Huh! Tengok semua orang menunggu dan memberi sokongan kat aku. Wahaha!! Padahal yang mengutuk pun tak kurang. Suka hati aku la.


Berjaya okay! Hanya dua kali percubaan saja. Berlagak habis. Time ni aku dengar Abg Boy jerit dari belakang, "Tekan minyak perabihhhhh!!!!!" Hampess..


Suzuki SJ Pak Sarip tersekat dalam lumpur.


Cantik kan hasilnya..hewhewhew..


Warga tua sempat posing. Aku jugak yang jadi photographer berjaya.


Satu demi satu cabaran. Pajero Medic pancit pulak tayarnya.


Okay, memang sempat sangat aku nak camwhore.


Sampai malam kitorang berusaha untuk melepasi halangan-halangan yang ada. Sampai di campsite Sungai Y, ada pulak team lain yang da siap setup khemah bagai. Tapi yang membuatkan aku kureng puas hati, diorang masuk dalam hutan siap bawak PS set karok bagai. Bagi aku, masuk hutan adalah untuk nak menghargai alam, so tak perlula kot semua teknologi-teknologi yang macam tu.

Ada jugak geng-geng India yang siap bawak arak bagai. I am not being racist la kan, tapi disebabkan ketidaksenonohan diorang tu, dua orang budak perempuan kena rasuk hantu hutan. Aku tak taula nama penuh hantu yang merasuk tu, tapi sadis jugakla bila tengah-tengah malam diorang kena pack semua barang blah dari campsite malam tu jugak.

Kitorang pun tak jadi nak berkampung kat campsite tu. Terpaksa merentas halangan lagi untuk ke next campsite.


Lebih kurang jam 11 malam, barula kitorang sampai. Bayangkan jarak perjalanan yang lebih kurang 8km mengambil masa lebih dari 12 jam. Setup khemah, masak, melantak,borak-borak dan semua orang tidur kepenatan. Sampai tak sempat nak snap gambar-gambar buat kenangan. Hmmm..

25 December 2011 Sunday

Bangun dengan bersenang-lenang sebab tak ada apa yang nak dikejar. Tengahari baru setelkan semua barang dan bersiap-siap mau pulang keluar dari hutan belantara. 3 hari tak tau keadaan dunia luar. Cukupla kot.


Suzuki Sj Mr Bapak dan Pak Sarip.


Daihatsu Rocky Mejar dan Bangwan.


Pajero Matnen dan Medic.




Otw balik, singgah wedding aku tak kenal sape. Yang aku tau pengantin pun ialah seorang 4 wheeler jugak. Black and red were so damn gorgeous!! Dengki!!

Tamat..

No comments:

Post a Comment