Sunday, May 13, 2012

TRANSFORMATION 3

Norjunilaila pada tahun 2004-2005. Time ni aku sekolah di MRSM Kuala Krai. Bahana banyak sangat main + pemalas di Langkawi dulu, result PMR aku macam hampagas so dengan kejamnya diorang tendang aku nun jauh di Kelantan. Tapi, apa salahnya kenal-kenal tempat orang kan. Jauh perjalanan luas pemandangan. Memang luas btollll.....


Kat rumah lama. Gemok sialll. Bilik memang bersepah sebab jarang ada kat rumah. Time cuti je balik rumah, so tak sempat nak kemas. Alasan.... 



Bilik aku dekat hostel. Eh, ni bukan bilik aku. Eh, yela, bilik aku ni. Ada bantal peluk warna biru tu, btolla tu. Muslimah kan aku. Hikhok. 




Siap-siap nak pergi prep. Sungguh muslimah sekali lagi. Tudung jahit sendiri tu beb. Tapi kalau sekarang orang suruh aku tolong jahitkan tudung ke, butang baju seluar ke, aku cakap, "ingat aku belaja tinggi-tinggi nak tolong jahit baju korang ke?"  



Hip Hop yaww!! Baju feveret aku time sekolah dulu. Besar gabak. Kata hiphop kan. WTF! Sekolah dulu kalau pakai baju kecik-kecik, memang cari pasalla. Dengan cikgu-cikgu yang sesetengahnya mulut kalah Mak Jemah tu.  



Time sekolah dulu aku da konvo ok. So, kalau tak konvo lepas abes study ni, takdela aku heran sangat pon. Eh, heran, heran. Kesian mak bapak aku mesti nak tengok aku konvo. Ye ke?  



Peace!! Tabiat tampal-tampal benda lagho kat dinding bilik masih belum berubah. Batman siap. Sampai atas meja pun ada proses penampalan. 


Ini ja gambar-gambar yang aku ada sepanjang dua tahun aku kat Kelantan. Gamba aku gedik sorang-sorang. Gamba perjalanan hidup aku kat sana banyak lagi, tapi next post ya. Perut aku da macam ada baby Edward Cullen dengan Bella dah ni, menendang-nendang mintak isi. Kena tunggu Adik Katang balik nak pegi lunch dengan beliau. 


p/s : status kau buat aku rasa sungguh sadissss...

2 comments:

  1. alalalalaaaa...sanggup x kuar bilik tggu adik katang blik yer...so scheewwttt!! :D :D :D

    (komnen ak langusng takde kaitan ngn ko nyer post. hahahaaa)

    ReplyDelete