Saturday, June 30, 2012

MAJU SETAPAK

Haihh..how time flies. Dah ramai member-member yang dah menamatkan zaman bujang masing-masing. Ada yang bakal jadi bini orang, bakal jadi laki orang. Tu belum kira yang dah bertunang-tunangan lagi. Aku je la yang terkontang-kanting kat rumah makan tidur + exercise sket-sket, awww. ( Ye sayang, setia bersabar) 

Tapi terasa sedikit ralat sebab aku tak mampu nak penuhi semua jemputan kawen diorang tu semua. Kekangan utama, apalagi kalau buka uwang, uwang, uwang! Dengan tittle penganggur yang  tengah berusaha sedaya upaya menurunkan berat badan sekarang ni, memang aku tak mampu nak pergi ke mana-mana. Duduk diam-diam jadi anak dara bertauliah di rumah.

Bila aku tiba-tiba sedih tak dapat pergi wedding member aku 1 July ni, secara tiba-tiba jugak aku berazam nanti bila aku da kerja, da ada kereta sendiri, semua wedding aku nak pergi. Yang berjemput ke, tak berjemput ke, semua aku nak sebat aje. Boleh? Tak kira la di pelosok dunia mana pon aku berada. Insyaallah. 

membe yang Ya Allah, sumpah susah nak caya dia da kawen. Bila ingat balik benda-benda bongok kitorang wat time sekolah dulu, memang sekali lagi, sumpah tak percaya. Tapi, da jodoh kan, walaupun gelak syaiton dia still ada on the wedding day, tapi aku doakan semoga hang mampu jadi isteri yang solehah. Hewhewhew. Plus, dah lama sangat bercinta, kawen je la kan. 

Untuk Rabiatul Adawiyah aka Ebit, sorry as im not able to attend your big day. Fulus takdak maa. Btw, super duper congrats to u and your husband. May God bless both of u. Muah muah muah.

p/s: Entry ni macam seolah-olah aku gatai sangat nak kawen kan? Hmm..

1 comment: