Thursday, December 27, 2012

IT IS ABOUT TO BEGIN YA AA AAW YA AA AAW

27 December 2012, Mesyuarat Guru Kali Pertama yang membawa maksud sekolah da nak dibuka. Sekolah da nak dibuka. Sekolah da nak dibuka. Sekolah da nak dibuka. Meeting dari pukul 830 pagi sampai 230 petang. Apa rahsia aku mampu menahan mata?? Rahsianya adalah rahsia. Wawawa!! Tapi sesungguhnya aku bersyukur yang teramat sangat sebab bila aku dok belek-belek facebook, status-status yang di update, ramai lagi yang lebih malang dari aku. Contohnya..



hahaha!! Cikgu Disiplin haprak! Padan muka kau! And, no. It is not a karma. Trust me. Ko memang layak. *kot*  Hahaha!! 




Ok la tu, at least sehari. Sekolah aku dua hari. Tapi, better dua hari daripada kena duduk keras dalam meeting room sampai petang, kan? hehe


Tu baru dua orang. Ada jugak yang tiba-tiba rasa cikgu bukan profesion yang ditakdirkan pun ada jugak. Hahaha!! Semua meting punya pasal. Tapi, okayla jugak. Dalam meeting, banyak benda yang tak pernah aku tao sebelum ni masuk dalam kepala aku. Walaupun maybe dalam 10% saja. Okayla, dari tak ada langsung kan. *sedap ati sendiri

Aku tak dapat banyak sangat jawatan dalam sekolah and it is awesome, right. Ada membe-membe aku listkan jawatan-jawatan yang dipaksa rela pegang, mak aihhhhhhhh!! Terkedu aku sebentar. Sampai berbelas-belas jawatan pon hadoo! Kesian korang kan. 

Sebenarnya, yang menaip buku pengurusan, aku. So, aku sangat-sangatla berkesempatan kalau nak buang nama aku dari mana-mana jawatan. Biar pegi sekolah lenggang-lenggang kangkung kangkung di tepi jalan saja. Biar cikgu-cikgu lama yang lagi berpengetahuan lagi berpengalaman buat semua kerja. Tapi, takkanla hati aku sebusuk tu kan. Aku pun warasla jugak. Takla bangang sangat pun.

Lagipun bagi aku, tak kisah la jawatan apa pun. At least boleh aku belajar something. *realized this after 24 years of living* Aku tak mintak, aku tak menolak. Hadap sajork bak kata Mami Gajah. Bukan masalah besar pun. Banyak lagi kecelakaaan-kecelakaan yang aku kena hadap selain pikiaukan hal remeh-temeh biskut kering ni.

Ni ha jawatan-jawatan aku, ecewahh...

1. Guru Perpustakaan
2. Guru Pembimbing Rakan Sebaya
3. Guru SPBT
4. Guru Rumah Merah *dem dem dem*
5. Setiausaha Koperasi

Hahaha!! Mesti bertan-tan makian dan cercaan. Bukan masalah besar konon kau Juni. Cakap senangla, ciput je jawatan kau!! Well, masing-masing dengan rezeki masing-masing kan. Hehe.

Ok, kurangkan merapu, tingkatkan makan ikan kerapu untuk sumber protein. Lagi 4 hari sekolah da nak bukak. Semoga hati aku terus ditetapkan untuk berkhidmat dengan ikhlas ya aa aaww ya aa aaww. Semoga kita semua pun dapat rezeki yang diberkati.

TESL Cohort 5 IPTI/UPM, semoga kita sentiasa berjaya. Aminn..

P/s : Ayah kepada one of my bestfriend, Tasha meninggal pagi tadi. Sedekahkanla Al-Fatihah untuk arwah. Kenal ke tak, kewajipan sebagai umat Islam tu yang paling penting kan. And to Tasha, just be strong dear. That is life. Sorry i cant be there for you, tapi aku doakan dari jauh. Semoga roh bapak ko ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. Aminn.

No comments:

Post a Comment