Friday, December 7, 2012

SEKALI KAUT

          Dah lama tak update blog aku ni. Masalah internet sebab berukband aku da diterminate gara-gara enggak ada fulus mau bayar. Memanjang kau ni tak ada duit Juni oii. Well,  normal la tu. Last update November. Itu pon sebab rumah Mr LowkeyBarney pakai unifi, so haruslah dimanfaatkan. Before that in July. When i was really deeply in stupid love. And its December already. Sepanjang aku mendiamkan diri konon-konon No Komen bajet artis, macam-macam malapetaka yang jatuh berdebuk-debuk atas kepala otak aku ni. Daripada masalah cintan cintun membawa kepada masalah kepala aku yang terlampau keras ni sampaila segala kacau bilau dalam hati dan kepala hotak. Dah macam koling dah ayat aku ni ha. 

          Bermula dengan putus chenta dengan Mr Rambo, frustnya tak terkata. Walaupun memangla pengalaman frust tu dah sebati dalam jiwa aku ( macam lawak je?? ), tapi kes ni lain macam sikit. Lain macam yang bagaimana? Aku pun tak mampu nak explain. Macam bagus je kau ni Juni. 

          Disebabkan nak melupakan kekusutan yang berselirat tu, aku carik kerja part-time. Jadi cashier comey kat kedai 24 hours. Cashier comey?? Aah, memang aku tengah puji diri sendiri. Dua bulan mengabdikan diri kat situ, macam-macam yang terjadi. Siries macam-macam. Yang seronok ada, yang tidak seronok sama sekali juga ada mencelah. Polis datang cari kat tempat kerja, keluar masuk balai, pakcik-pakcik gatai mengorat ( walaupun ada caldina tapi tetap pakcik ), kerja 19 hours non stop sebab nak lepak dengan Mr ExSupervisor bercerita pasal Mr Rambo, keluar pagi balik malam. Pendek kata, sangat macam-macam. 

          Sesungguhnya kepala aku betul-betul berselirat. Dengan masalah kerja yang belum tentu hala tuju, masalah Banduan Bangsat yang tak paham-paham bahasa, masalah kepala hotak asyik melilau-lilau teringat moment-moment indah macam pukemak, masalah orang sekeliling yang seolah-olah tidak merasakan aku pun manusia yang boleh sentap-sentap biol-biol dengan keadaan sekeliling. Ini kalau tak kuat iman ni boley jadi sewel aku camni. Masalah kemurungan atau depression atau ketidakstabilan emosi boley terjadi ni. Apakah??

          Tapi, aku tetap yakin Allah takkan menguji hambaNya melainkan mereka mampu. Ewah, bukanla nak cakap aku ni tudung sampai lutut. Tapi sekurang-kurangnya akal aku masih waras. Semuanya salah sendiri. Sendiri la tanggung kan. 

          Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu ada. Aku bukannya taknak berkongsi semuanya dengan korang, tapi korang masing-masing da ada komitmen. Jadi, biarlah yang single ini hidup cara single. Wahhh, hotakkauuu!! 

          Semoga aku selamat menjalani hidup.



          

No comments:

Post a Comment