Sunday, January 20, 2013

JIWANG SKEEETTT....



 I've never go through any of my day without thinking of you and all those memories keep on haunting, following and disturbing. 

You walked away and left all the promises. 

And how I wish i had missed the first time that we fell in love. The first time that we kissed. The first time that we loved. But it just too hard..

As time flies, the thing that i really afraid of is when my mind is slowly forgetting everything. 

You, your smile, your kindness, your love, your kisses and hugs, your love and our memories. 

I know you are not coming, not even think of coming, but please don't stop me from waiting.


Tuesday, January 15, 2013

BABY INAS KENA DERA!!!

       Happy New Year!! Walaupun 15 hari lambat, tapi tetap nak wish jugak. Bermulanya tahun baru, maka bermulalah episod baru dalam kehidupan. Kerja, kerja, kerja, berbakti dekat Mr Bapak dan Mrs Mak. 11 tahun hidup bergeladangan di negeri orang lain, semoga Allah permudahkan segala urusan aku untuk mencurah bakti membalas jasa mereka sementara masih ada masa. Ayat macam drama Setia Hujung Nyawa, ala-ala jiwang giteww.

       My new year, or dalam bahasa yang lebih tepat dan padat lagi, OUR new year started withhhh..... INAS SOFEA!!!  My sweety little apple muahh muahh muahh!!

INAS SOFEA BINTI MUHAMMAD ADZFAR

       Sehari lepas keluar dari perot ibunya, Inas da boleh balik rumah. Sila jangan terkejut kalau aku lah yang menjadi babysitter kepada budak kecik ni. Kencing I basuh, berak I cuci, pampers I pakaikan. Pendek kata kalau tetek aku ada susu, aku da boleh jadi ibu susuan dia da. Tapi disebabkan fakta-fakta yang tak boleh dinafikan, hanya ibunya saja yang layak menyusukan beliau.

       Beberapa hari lepas balik rumah, Baby Inas diserang sejenis penyakit bewarna kuning. Disebabkan abahnya seorang yang agak tradisional, maka berbagai-bagai petua orang zaman dahulu kala dipraktikkan. Susu kambinglah, sampai sanggup pegi perah susu kambing fresh dari tetek kambing di kandang kambing Pakcik Majid. Tapi, akhirnya tidak juga bekesan.

       Disebabkan juga abahnya seorang yang bekerja dengan hospital, maka light treatment yang selalu hospital guna untuk bayi-bayi kuning ni pula dipraktikkan. Homemade Light Treatment namanya. Kesian Baby Inas kena dera.

Hair band aku jadi mangsa. Takpe, rela berkorban apa saja demimu..ahaha..


Disebabkan budak ni buas, maka terpaksa diperlakukan sebegini. Meraung dia bila nak bukak plaster tu. Kesiann..

Last-last ibunya terpaksa mengkreatifkan diri. Hairband aku dipotong persis rayban. Ikat, da xnak letak plaster, merana budak ni kang.

Inilah yang dinamakan Homemade Light Treatment for Jaundice.

Tak berjaya jugak, try style ni pulak. Meraung beliau. Last-last abah ngan ibu dia da give up. Hehe..buas sangat.

       So, esoknya, Baby Inas kena masuk wad. Semalaman di wad, doktor da kasi balik rumah. Abahnya si Inas curik "rayban" ori dari hospital. Homemade Light Treatment for Jaundice tetap akan dilaksanakan. Hasilnya....

Mana-mana parents yang nak belajar skill ni, meh aku boleh bagi tutorial.

       Abeh style la tu tido sampi macam tu sekali gaya?? Lu bikin gua panas la derr..geram aku tengok.

       Genap tujuh hari melihat donia, majlis cukur kepala pong berlangsung. Dua ekor kambing menjadi korban Inas. Tok Sodah yang menjalankan upacara cukur-mencukur. Gambar xsempat disnap sebab aku bangun lewat. Macam biasalah, macam tak biasa..kan..

Abahnya juga sebok nak botak. Tapi bukan Tok Sodah yang cukur, jangan salah paham.

       Upacara-aku-xingat-nama pong ado. Tujuannya xnak kasi nanti da besar anak-anak cakap benda-benda xelok, mencarut contohnya. *Mr Bapak n Mrs Mak xbuat kot upacara ni kat aku dulu* Imam Besar Masjid Oran, Yang Ali yang menyempurnakan upacara ni. Suap air zam-zam n buah kurma dengan diiringi ayat-ayat Al-Quran kat Baby Inas. 

Baby Inas tengah tido pong boleh minum air zam-zam. Hikmat Yang Ali.

       Dan, akhirnya.......