Sunday, April 7, 2013

WHO SAYS MARRIAGE STOPS OUR FRIENDSHIP?

22 Mac 2013, aku gerak dari Perlis pukul 8.30 malam. Setelah 7 tahun aku da xnaik bas menyelusuri Tasik Banding, mengharungi jalan-jalan berliku untuk ke Kelantan, akhirnya aku berpeluang sekali lagi mengimbau kenangan dan pengalaman yang sama. Sampai di Terminal Bas Kota Bharu pukul 5 pagi, kepala hotak kau terus teringat zaman-zaman bila aku terpaksa tidur di stesen bas KB tu sekor-sekor. Berbantalkan beg balik kampung, aku baring atas kerusi panjang kat situ, lena dengan nyenyaknya macam dunia itu aku yang punya. Aku cari port betul-betul depan tempat bas yang akan ke Kuala Krai park. Tepat pukul 7, bas sampai, aku pong bangun dan meneruskan perjalanan lagi dua jam untuk sampai ke Kuala Krai. Da macam golongan geladangan pon ade. 

Ok, cukup cukup sudah mengimbau kenangan. Negeri Tok Guru menerima kehadiran aku sebab one of my dearest friend were getting married. So, sesampainya aku di KB, Ned dengan Abah datang amik aku. Sampai Jeram Perdah, tidur kejap, pastu bangun sebab ada Majlis Khatam Al-Quran. Pastu aku pong bajet-bajet muslimah tudung sampai lutu nak join jugak.  Tengok Ned pakai jubah, aku pon sebok nak pakai jubah. Mencanak-canak Anis tolong aku carikan jubah. Gedik betul. Pastu tudung pon sebat yang orang jugak.

Tiba-tiba aku jadi keras bila duduk dalam majlis tu. Yang ada semua makcik-makcik. Nasib baik Anis join aku sekali. Ned dengan Deqya jadi batu sebab masing-masing bercuti bulanan. Segan silu tersipu-sipu guwe sebab all the makciks baca Quran dengan sangat sedap dan enak sekali. Dah la lama beno duduk bersila. Kaki kebas lu jangan cakapla. Aku da asa macam nk bangun stretching2 dekat situ. Lenguh yang amat! 

But, that was a very precious moment sebab aku memang tak pernah, never never ever merelakan diri join majlis khatam Quran seumur hidup aku. part baca Quran aku memang tak ada masalah, walopong Ned dok bising bebel-bebel suruh kuatkan volume, tapi bab kena duduk bersimpuh laksana gadis desa yang ayu tu la yang paling macam, aduhhh...bila nak abeh niiii...penantian itu satu penyiksaan. *tibe-tibe..



23 Mac 2013, Nadiazul Fareha selamat menjadi seorang bini kepada Mohd Salmizi. Mekap by aku and Nani yang langsung tak bertauliah. But, seriously u look good Ned, Thanx to me and Nani. Walopong dua tiga kali tonyoh padam tonyoh padam muko mung, the result was like a professional, kan? 

Walaupun terpaksa dua kali akad, semua itu tidak penting. *gaya tengah bermanifesto. Yang penting da sah jadik laki bini. Pegilah beromen di tnegah-tengah bandaraya KB, Tok Guru takkan marah punya. Huahuahua!!

Best moment ever, walaupun koya malu-malu kucing.



It is not matter of being somebody's wife or not, it is a matter of how we value the relationship. May God bless ur marriage and our friendship. All the bittersweet that we've done are those that strengthen our love. I love u all, with all my heart. NADIAZUL FAREHA, NADIA HIDAYAH and NUR HANANI. 


No comments:

Post a Comment