Sunday, May 19, 2013

HADIAH HARI GURU DAN ITIK KACA

16 Mei 2013 - Hari Guru, celebrated it for the second time. Bolehla, macam seronok jugakla Hari Guru SMKB tu. Students pon ciput, cikgu-cikgunya lagi super ciput sedut.

Ada perarakkan cikgu-cikgu masuk dewan sambil students lempang-lempang kompang. Ntah betul ntah x pitching kompang derang tu. 


Lepas tu prefects line up bagi souvenirs. Bersalam-salaman macam Raja Puan Muda. Gitew.


Lepas tu, as usual lah, ucapan-ucapan, pantun-pantun, nyanyi-nyanyi. And of course the best part is nyanyi lagu Kami Guru Malaysia. Wtf.


Lepas tu melantak. Nasi ayam makcik kantin. Reti pulak makcik tu masak nasi ayam. Selalu jamu nasi tomato, nasi tomato, nasi tomato. Nasib baik nasi ayam beginner makcik kantin lazat. 


Owh, awal-awal pagi aku sampai sekolah, tengok atas meja da ada tiga ketul hadiah. Nasib baik senyum sorang-sorang cikgu-cikgu lain xnampak. 


"Sonokla tu Juni tu pagi-pagi da ada hadiah atas meja" 


Situasi yang normal. Pedulikan.


One of the hadiah was from my Form 1 student. Azim. The day before aku marah dia sebab tergelak-gelak macam betina sundal. Jem betul aku. 


Lepas makan nasi ayam makcik kantin, ada sukaneka pulok. Boling buah nyoq, basikal lambat, belon air, satu lagi aku tak ingat sebab sebok tengok students prepare untuk band. 



MC itu hari. Firdaus ke Fikri ntah. Budak ni ada twin kat sekola. And yes, aku memang lampi sebab da 5 bulan skola, still cannot differentiate which one is Firdaus, and which one is Fikri. Hensem kan? Susah budak-budak skola ni nak berpakaian selengkap sekemas dan seskema ini.



Yang macam agak menyentuh hati

Arun, antara budak Siam pencetus huru hara sekola bagi aku hadiah. 

Monlekit : Ticer, ni Arun nak bagi Ticer hadiah. ( pelat Siam sambil tarik-tarik baju Arun )

Arun pulak malu-malu kucing. Budak perot hijau ni reti pulak malu kan.

Bila asyik main tarik-tarik baju, aku pon malasla layan, angkat kaki blah.

Tengah jalan-jalan dengan Cegu Sakinah, Monlekit datang, kasi Cegu Sakinah hadiah. 

Cegu Sakinah : Weyh Juni, terharu gila aku si Monlekit tu bagi aku hadiah. 

Sambung balik jalan-jalan dengan Cegu Sakinah. Tiba-tiba datang lagi si budak dua ekor tu. Monlekit ulang balik ayat yang sama sambil tarik-tarik baju si Arun.

Arun pon malu-malau keluarkan kotak kecik dari poket dia. Hulurkan kat aku. Aku pun macam nak terharu jugak. Hahaha. Tak tau nak respond cmno, aku pon gosokla kepala si budak Arun tu. 

Akibat daripada unexpected moment tu, perkataan terharu jadi topik aku dengan Cegu Sakinah. 

Aku macam nak teka-teka apa hadiah si Arun tu bagi aku. Dalam kepala hotak aku ni, ntah-ntah batu seketul. Tak sabar aku nak balik rumah bukak. Bila dah bukak, sumpah aku betul-betul terharu, xde da nak bajet-bajet terharu ke apa, memang terharu dengan serious sekali.


The most precious gift from Arun. Sob sob sob. Jahat gila otak aku ingatkan budak tu kasi aku batu seketul. Bongok Juni. Kau bongok!! 


Ticernya mestila kena over. Kalau bukan Ticer, then who else? Mana bole students overshadow Ticer kan. 



Hasil yang agak memberansangkan for the first year. Tak bagi Ticer hadiah pon xpe, janji  tolong Ticer abehkan SPM. Dapat sijil SPM, that is only my wish. Tolong jangan quit skola just because of you don't feel like reading, writing or calculating. 

Thanx everyone!! Thank you so much!!

No comments:

Post a Comment