Sunday, July 7, 2013

POSTER, BATIK DAN KARAOKE

Kerjaya sebagai seorang guru atau cikgu atau lebih tepat lagi pendidik ni, bukan setakat masuk kelas potpetpotpet sejam dua, lepas tu blah keluar pergi minum teh tarik kat kantin ja. Its more than that. Much much more. Tak percaya tanya aku.

Salah satu pekerjaan lain yang selalu cikgu-cikgi ni kena buat adalah menjadi driver. Lagi-lagi bila sekolah terbabit adalah sebuah sekolah baru yang belum mampu beli van, mahu pun sebuah bas. Jadi, cikgulah yang kena kena bertukar menjadi driver, ataupun secara ringkasnya, pemandu. Sampaikan aku pernah terfikir, tak payahlah beli kereta baru, baik aku beli bas. Senang dan mudah nak mengangkut ke sana-sini. Tapi, itu semua mustahil.

Tapi, selalunya aku memang akan offer diri aku sendiri kalau ada event, competition or any tournaments yang memerlukan students dibawa keluar. Bukan apa, boleh breakfast roti canai, tak pun nasi lemak. Nak harapkan pakcik kantin, segala jenis pucuk daun dia masak. Orang-orang veteran bolehlah nak telan semua tu. Tapi aku, memang taklah aku nak makan gulai batang pisang ataupun peria goreng telur yang dibanggak-banggakan sangat tu. 




Lagi satu, kalau agak-agak event tu membosankan, aku punya kuasa untuk ajak students blah dan kemudian pergi berjimba-jimba. Seronok bukan?

Jadi, pada 25 June yang lalu, aku dengan penuh dedikasinya mengofferkan diri untuk bawak empat orang students pergi Pertandingan Melukis Poster sempena Pesta Buku Perlis 2013. Tak lain tak bukan adalah sebab-sebab yang dah aku nyatakan kat atas tu. Pukul 9 start, 8.30 Ticer Comey ni da tercangak kat kedai mamak depan hospital. Pekena nasi lemak sama roti canai dulu sedas, barula terhegeh-hegeh pergi stadium


Getting ready nak melukis poster. Punyala bawak buncho segala bagai budak-budak ni, last-last  kaler pensel tu jugak yang jadi bahan utama.

Masing-masing penuh komited ala-ala Leonardo Da Vinci nak lukis Monalisa pakai eyeshadow.
Sementara aku tunggu budak-budak ni siapkan lukisan diorang, aku merayau-rayau sekitar tempat pertandingan. Nak tengok ada lagi tak students sekolah lain yang sama level dengan my students. Mestilah ada. Tapi aku macam tak larat pulak nak snap gambar-gambar lukisan yang setaraf, sebab banyak sangat. So, decided to capture lukisan yang really caught my eyes. 


Lukisan kat gambar tengah yang bunga besar gabak tu was the winner for batik painting. Aku bukan orang seni, so I didn't know the art that the painting had sampai boleh menang. Aku rasa aku pon boleh kot setakat lukis camtu. Err... 

Another batiks.
Sebelum lagi banyak aku terpuji batik-batik lain, better aku tunjukkan hasil seni bertaraf Beseri dulu.


Taraa!! Err, aku sebenarnya nak tanya students aku, malu tak bila ada primary school kids yang datang tengok-tengok lukisan ni? Tapi bila memikirkan yang aku pun akan rasa malu kalau budak-budak tengok aku melukis, aku pendamkan saja soalan aku tu. @_@
Bila dah habis event, jam aku baru tersengeh-sengeh kat pukul 12. "Jom melalak?" aku memberi cadangan berbaur arahan kepada students. Oyeahh!!

BATU SOMBAN DAN VIDEO LUCAH.

Di keheningan petang sambil burung-burung berkicauan, itik-itik mengitik *aku tak reti nak mengeja bunyi itik*, kipas berpusing rancak, aku dengan berat hatinya on laptop sambil mengomel-ngomel layan frust sebab tak boleh pergi tengok White House Down. Ingatkan bila dengan paksa rela hatinya teman Mr. Grasshoppa tengok katun Despicable Me yang bodoh-bodoh alang tu, beliau akan membalas budi aku dengan bawak aku tengok White House Down plak. Tapi, hampeh. Atau bahasa yang budak-budak Siam sekolah aku selalu guna, HAMSAP!! HAMSAP U!! Next time, don't you ever ask me to watch cartoon, sebab i was like, "apahal minachi sebelah aku ni mengekek-ngekek gelak tak hengat donia bila Gru jadi pari-pari? Tak lawak langsung kot" sambil jeling minachi sebelah, pastu juihkan bibir aku kat Mr Grasshoppa, sebab beliau pon macam agak retard gelak-gelak. 

Owh, sedar tak sekarang da July? 30 June 2013 itu hari, aku dengan tak berapa sedar dirinya terbaca status Fb my fren, stating that July was coming. And seperti biasa, aku dengan kelampianku macam, "Eh, dah July?" ataupun senang cerita, "Eh, aku dah bertambah tua? camna ni, kawen pon blom ni, ahahaha" Pusing kiri, tengok baju kurung bergantungan. Tengok depan, perghh, eyeshadow, bb cream, eyeliner, lipsticks, perfume. Eh, sejak bila Junilaila seperti itu????

Well, people change. @_@

Ok. cukup intro merapu. Aku sebenarnya nak cerita pasal sesuatu yang tiba-tiba mengamit memori silam. Ayat kena ala-ala klasik sikit sebab nak cerita pasal permainan klasik.  Sebelum tu, meh kita tengok clues sket.





Ni lah dia permainan tu. Kalau kat tempat aku, kami panggil Batu Selambut. Sebenarnya, batu sambut, tapi maybe orang-orang zaman dulu ni negeri Perlis ni macam suka sangat nak menokok-tambah, so jadila batu Selambut. Ataupun mungkin ada yang tersasul salah sebut, lepas tu jadi bahan ejek-mengejek, pastu terus kekal begitu. Kalau kat tempat lain, orang panggil Batu Seremban. Bukan orang Seremban ja yang panggil camtu, orang Key Eyll, orang Johor mahupun Kelantan Terengganu pun aku rasa begitu. Eh, ada jugak yang panggil Batu Tujuh. Kenapa tujuh? Sebab mungkin siapa yang xcukup tujuh bijik batu diharamkan bermain, kot.

Al-kisahnya, subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1. Badan Ticer Juni lemau semacam. Nak cakap puasa, macam tak logik. Tapi, perasaan lemau tu begitu rancak menyelubungi jiwa raga aku. So, hampa mainla pa benda hampa nak main. Kalau dah namanya budak-budak, macam-macamla idea dalam kepala hotak diorang neh. Ntah macam mana idea nak maen batu selambut ni keluar, aku pun tak tahu. Dipendekkan cerita *sebenarnya malas nak menaip panjang-panjang*, aku pon join la budak-budak ni maen.

Meh kita tengok aksi-aksi budak-budak ni maen. Eksyen gila dengan aku sebab diorang lagi terer. Diorang tak tau aku dulu jagoan batu selambut Mata Ayer. Cuma sebab dah lebih kurang 11 tahun aku meninggalkan arena batu selambut, tu pasal sedikit kekok. Cuba bagi aku masa practice balek skill, konfom melangut ja diorang tengok aku main. Err....








Seterusnya, muka-muka tak bole blah budak-budak ni. Taola terer pon kan...=D



Ok, tak bole gelak banyak sangat, nanti ilmu lari keluar. Hahahaha!! Sumpah lawak kot muka masing-masing. Ternganga-nganga kot nak sambut batu.

Bila tengok budak-budak ni maen, teringatla zaman-zaman hingus meleleh-leleh di celahan bibir dulu. Kalau kat sekolah rendah aku dulu, time kitorang darjah 1, masing-masing macam cilakak susun-susun meja lepas tu main teng-teng. Ada ke yang tak tahu teng-teng tu jadah hape? Budak-budak bandar yang umur baru 2 tahun tapi dah pakai spek mata 4 inci tu mungkin tak tau la, sebab 24 jam mengadap ipad laptop segala bagai kan. Tapi budak-budak kampung mungkin tau, walaupun tak semua. Jap aku tunjuk..



Inilah dia teng-teng. Aku tak ingat nama asli yang rakyat Perlis pakai untuk permainan ni. Bukan lupa daratan, maklumlah, dah semakin dewasa. Ingatan pun macam agak pudar-pudar gitew. Kitorang dulu lagi expert. Tak mainlah lukis atas tar pakai kapur tulis, kitorang buat petak-petak tu pakai meja kot. Sebab Cegu Norehan cuti bersalin. Apa lagi, memang berdaulat la budak-budak. Macam mana nak main benda ni? Pegila google sendiri. Tak koser aku nak ngajo.

Ada lagi permainan-permainan tradisional lain. Perangkap tikus, zero point, rebut tiang, macam-macamlah. Bila sampai musim satu-satu game tu, semua orang memang komited gila. Contoh bila musim main zero point, berkilo-kilo getah beli sebab nak buat tali zeropoint tu.  Tak cukup kaler oren, ada gak yang mempelbagaikan warna tali getah masing-masing. Tak hebat buat somersault  xpa, janji tali getah I gorgeous okay.



Banyak lagi yang menjadi satu kerugian kepada budak-budak alaf baru ni. Teknologi yang ada walaupun banyak mendatangkan manfaat, tapi kalau setakat guna sebab nak online chatting, cari awek pakwe adik abang kakak mak bapak atuk nenek angkat ja, tak guna jugak. Kalau dari celik mata sampai tutup mata, kerjanya mengadap laptop, games, memang tak ada langsung keseronokan hidup. Samalah macam kalau hidup asyik nak mengadap buku, sekali pun tak pernah cuba nak lompat pagar sekolah, memang tak menariklah jalan hidup. Oppss.

So, dalam kita menikmati segala kesenangan arus kemodenan ni, janganlah lupa ajar anak-anak main perangkap tikus. Explain dekat diorang, permainan perangkap tikus tu bukan digunakan untuk menangkap tikus, tapi ia adalah salah satu cara kita menghargai segala-galanya. Ewahh..