Sunday, July 7, 2013

POSTER, BATIK DAN KARAOKE

Kerjaya sebagai seorang guru atau cikgu atau lebih tepat lagi pendidik ni, bukan setakat masuk kelas potpetpotpet sejam dua, lepas tu blah keluar pergi minum teh tarik kat kantin ja. Its more than that. Much much more. Tak percaya tanya aku.

Salah satu pekerjaan lain yang selalu cikgu-cikgi ni kena buat adalah menjadi driver. Lagi-lagi bila sekolah terbabit adalah sebuah sekolah baru yang belum mampu beli van, mahu pun sebuah bas. Jadi, cikgulah yang kena kena bertukar menjadi driver, ataupun secara ringkasnya, pemandu. Sampaikan aku pernah terfikir, tak payahlah beli kereta baru, baik aku beli bas. Senang dan mudah nak mengangkut ke sana-sini. Tapi, itu semua mustahil.

Tapi, selalunya aku memang akan offer diri aku sendiri kalau ada event, competition or any tournaments yang memerlukan students dibawa keluar. Bukan apa, boleh breakfast roti canai, tak pun nasi lemak. Nak harapkan pakcik kantin, segala jenis pucuk daun dia masak. Orang-orang veteran bolehlah nak telan semua tu. Tapi aku, memang taklah aku nak makan gulai batang pisang ataupun peria goreng telur yang dibanggak-banggakan sangat tu. 




Lagi satu, kalau agak-agak event tu membosankan, aku punya kuasa untuk ajak students blah dan kemudian pergi berjimba-jimba. Seronok bukan?

Jadi, pada 25 June yang lalu, aku dengan penuh dedikasinya mengofferkan diri untuk bawak empat orang students pergi Pertandingan Melukis Poster sempena Pesta Buku Perlis 2013. Tak lain tak bukan adalah sebab-sebab yang dah aku nyatakan kat atas tu. Pukul 9 start, 8.30 Ticer Comey ni da tercangak kat kedai mamak depan hospital. Pekena nasi lemak sama roti canai dulu sedas, barula terhegeh-hegeh pergi stadium


Getting ready nak melukis poster. Punyala bawak buncho segala bagai budak-budak ni, last-last  kaler pensel tu jugak yang jadi bahan utama.

Masing-masing penuh komited ala-ala Leonardo Da Vinci nak lukis Monalisa pakai eyeshadow.
Sementara aku tunggu budak-budak ni siapkan lukisan diorang, aku merayau-rayau sekitar tempat pertandingan. Nak tengok ada lagi tak students sekolah lain yang sama level dengan my students. Mestilah ada. Tapi aku macam tak larat pulak nak snap gambar-gambar lukisan yang setaraf, sebab banyak sangat. So, decided to capture lukisan yang really caught my eyes. 


Lukisan kat gambar tengah yang bunga besar gabak tu was the winner for batik painting. Aku bukan orang seni, so I didn't know the art that the painting had sampai boleh menang. Aku rasa aku pon boleh kot setakat lukis camtu. Err... 

Another batiks.
Sebelum lagi banyak aku terpuji batik-batik lain, better aku tunjukkan hasil seni bertaraf Beseri dulu.


Taraa!! Err, aku sebenarnya nak tanya students aku, malu tak bila ada primary school kids yang datang tengok-tengok lukisan ni? Tapi bila memikirkan yang aku pun akan rasa malu kalau budak-budak tengok aku melukis, aku pendamkan saja soalan aku tu. @_@
Bila dah habis event, jam aku baru tersengeh-sengeh kat pukul 12. "Jom melalak?" aku memberi cadangan berbaur arahan kepada students. Oyeahh!!

No comments:

Post a Comment