Monday, August 5, 2013

DRESS CODES FOR TEACHERS



     Seperti mana yang dunia ketahui, seorang guru haruslah bersikap sopan dan berpakaian sopan DI SEKOLAH. Sopan in sense of tak boleh pakai seksi-seksi, tak boleh pakai pakaian menjolok mata serta urat saraf yang lain, DI SEKOLAH. Makanya, segala ketidaksopanan seorang guru DI LUAR SEKOLAH adalah tidak wajar dipersoalkan. Boleh terima tak corak pemikiran aku yang sebegitu rupa? Kalau tak boleh, no hal. Gua tak kisah. 

     Tapi, perasan tak, cikgu-cikgu ni selalu ada trademark diorang yang tersendiri. Aku pun kurang pandai nak spesifikasikan trademark-trademark seorang cikgu. Mungkin dari cara bercakap, yang penuh dengan fakta ataupun auta yang difaktakan? Ataupun dengan cara melihat tapak tangan. Kalau tapak tangan penuh dengan kesan dakwat pen hitam merah ataupun biru, maka orang itu adalah seorang cikgu. Ataupun dengan melihat jam tangan. Kalau masa disetkan lebih cepat dari waktu sebenar, maka orang itu juga merupakan seorang cikgu. Engineer ataupun doktor tak boleh set jam cepat-cepat. Perlu tepat, punctual. Kalau tak, tak boleh jadi engineer, atau doktor. Err, camtukah?? 

     Sebenarnya, tengah bengang. Disebabkan blazer, tak layak jadi cikgu. Siapa yang pakai blazer fancy-fancy, funky-funky tak layak jadi cikgu. WTF! Itu pun nasib baik pakai baju pergi sekolah, kalau bogel? Err..

     Attire does not define the qualification. Betulla tu kan. According to wikipedia, a teacher is a person who provides education for pupils/students. Maksudnya, kerja cikgu cuma mengajar. Teaching. Memberi ilmu. Bukan menjadi model pakaian muslimah untuk tatapan students. Betullah, perlu jadi role model in every aspect, tapi, tak perlulah menidakkan kelayakan hanya disebabkan sehelai blazer. Rilekla, gua from 80's kot. Lainlah kalau kau pergi sekolah pakai blazer bulu-bulu ayam ke, blazer yang megehlip-meghelap macam M. Daud Kilau ke, lainlah cerita dia. 

     Kesimpulannya, untuk menjadi seorang cikgu, anda perlu menjadi seperti seorang ustazah yang memaksa cikgu-cikgu lain dan students untuk menderma ke tabung surau sekolah supaya segala program yang dah direncanakan dalam paper work beliau berjalan lancar. Atau pun, perlu pandai membawa diri dalam sesi umpat-mengumpat di kantin sekolah. Perlu juga bijak dalam mengeluh dan komplen semua orang setiap masa. Dan perlu pandai berkata-kata supaya setiap kali nak busybody hal orang, setiap perkataan yang diutarakan akan kelihatan logik dan mudah diterima. 




No comments:

Post a Comment