Tuesday, September 3, 2013

KISAH KENANGAN GUA SAMI

     Dah lebih setahun aku tak pergi jalan-jalan sihatkan badan kat Gua Sami. As far as I remember, last was on June 2012. Went there just because he asked me to. Exercise la sket. Kuruskan sket badan. Itulah yang diperkatakan. Biasalah, orang kemaruk chenta time tu kan. Wadafak! Hahaha! 

     Owh, rakyat Perlis mesti familiar dengan Gua Sami tu. For people out there, Gua Sami tu macam recreation park la. Ada trek untuk joging, ada trek untuk naik atas bukit, ada playground untuk parents nak bawak anak-anak berjimba-jimba, ada benches untuk couples yang nak dating discuss about future, ada monyet kera lutong yang berkejar-kejaran curik food orang, ada nice spots especially for pengantin baru nak buat outdoor fotography ala-ala Hindustan, dan ada jugak pakcik jual air dan rojak. Dah berbelas or maybe berpuluh tahun pakcik tu bertapak kat situ.

     And, yesterday, i went there. Selepas menyedari tahap kesihatan diri yang semakin merosot. Mana taknya, bangun, pergi kerja, makan, balik, basuh baju sket-sket, tidur. Very unhealthy daily routines. Nasib baik Mr. Grasshoppa sanggup korbankan volleyball sebab nak teman gua. Kalau tak, err, kalau tak gua pergi ja sekor-sekor pon. Apadahal. Macam tak biasa.

     Tapi, bukan pasal kecergasan mahupun kesudian Mr. Grasshoppa yang aku nak highlight kat sini. Aku nak cerita pasal pakcik jual rojak tu. Bukan pasal dia nak ngorat aku ke hapa, bukan jugak pasal harga rojak naik doposen, tapi pasal...........

Ermm, aku tak tahu camna nak bina ayat untuk menerangkan apa yang aku nak ceritakan. Aku terus cerita ja la eh.

     I started to go there since i was in primary school. Tapi time tu kena pergi dengan Mr Bapak sebab jauh. Lesen belum ada. And when i got my license, bolehla pergi dengan kawan-kawan. Mula-mula pergi ramai-ramai. Ada Idah, Shahrul yang da jadi bapak orang sekarang, ada Paan yang ntah mana hilang pon aku tak tahu, kadang-kadang ada Pon.

     Seminggu, dua minggu aku balik Perlis, mesti aku pergi Gua Sami tu. Lepas tu, 4, 5 bulan or kadang-kdanag setahun dua pakcik rojak tak nampak muka aku. Balik cuti seminggu dua, aku pergi. Lepas tu hilang lagi. Tapi yang pastinya, setiap kali aku balik Perlis and pergi Gua Sami tu, mesti dengan orang yang berlainan. Imej aku pun bertukar-tukar. Dan keadaan-keadaan seperti ini berlarutan selama berbelas tahun sampailah semalam.

     Sebenarnya aku perasan ja pakcik jual rojak dengan bini dia dok usya ja aku bila tengok aku pergi dengan orang-orang yang berlainan. Tapi macam biasalah, dah nama pun Juni, sah-sahla mukanya tembok. Hmm. 

     Dan semalam, tiba-tiba aku terfikir, betullah kata pepatah, 

all along your life, people come and go. Some hurt you, some make you smile. But each one of them leaves something of theirs with us. The new lesson they teach us, the new aspects of life they show us, making us better equipped to face the world much stronger.

     And this can be applied to everyone, who left or stay with you.