Tuesday, December 16, 2014

1 CM

Okay. Sampai Hospital, register semua bagai, aku pun masuk dalam ruang yang diarahkan. Sorang-sorang okay. Sorang-sorang, which is benda yang memang aku paling taknak terjadi. ALONE. Walaupun belum sakit, but I hate it to be alone, especially when I had to face the scariest moment in my life. Acaiboo dengan Mrs Mak tunggu dekat ruangan menunggu. Plus they did not allow me to bring my phone. Macam mana nak Whatsaaps dengan Acaiboo? Macam mana nak bagitau perkembangan semasa aku? Dem.

Starting part yang paling tak boleh blah. Doktor nak check berapa bukaan rahim aku. Meninggal-meninggal aku ingatkan bila kangkang, okay, fine, dah boleh nampak berapa cm dah bukak. It was not like what I have expected. Sama sekali salah. Salah! 

Yang betulnya, doctor tu seluk okay. Apa bahasa baku untuk seluk ha? 

Aku pun tak tahu. Kalau tak faham, boleh tanya kepada yang faham.

Faham tak bila kau langsung tak ready, tiba-tiba doktor memperlakukan kau sebegitu?? Hanya yang pernah rasa saja mengerti perasaan aku time tu. 

"Puan pacak kaki ye"

"Ha, pacak apa?"

"Pacak kaki. Anak first ke?"

"Ya, anak first"

Hah, dah tahu anak first, boleh tak kau bagi warning dulu kat aku before kau terjah alat sulit aku tu?? 

Bukaan baru 1 cm dan aku masih belum sakit. Then, nurse pasangkan alat untuk dengar denyutan jantung baby. Alhamdulillah baby was okay. But I was not. Because I was alone. Bored. Nak cakap dengan siapa pun tak boleh. Lepas tu buat last scan and all praises to God sebab everything was fine.

Ha, ada sorang nurse tu tanya aku.

"Ni duduk perlis, awat mai sini?"

"Dekat Kangaq husband tak bulih masuk dalam labour room"

"Huh, kalau macam tu, kat sini pun kena buat macam tu jugakla" 

Kekwat sial nurse tu.

Then, doctor yang scan aku tu cakap,

"All hospitals should have this husband friendly kind of thing. Support from husband is very important"

Aku senyum ja. Padan muka nurse tu.

Lepas tu aku kembali ke  katil. Ada jugak;a dua tiga kali aku menyusup keluar berjumpa Acaiboo dan Mrs Mak di ruang menunggu. Nak minum air la, lapar roti la. Sampai nurse terpaksa pergi panggil aku di ruangan menunggu.

Jumaat 24 October 2014
11.30 pm

Contraction mula menyerang..

Bersambung..

Thursday, December 4, 2014

HAH!! NAK BERANAK DAH!!





24 October 2014
Jumaat

Memandangkan Friday is Acaiboo's off day, so kami pun meluangkan masa pergi mengecat rumah di Taman Emas. Planningnya lepas deliver baby habis pantang semua, nak pergi menetap semula di rumah tu. I was on my 38 weeks okay time tu. Lagi dua minggu dah due. Tapi tetap jugak terhegeh-hegeh nak pergi mengecat.

Dah petang, so kitorang stop kejap, balik rumah. Planning nak sambung lagi mengecat malam nanti. Gigih sangat. Lepas Maghrib camtu, aku tertido. Dengan Acaiboo sekali tdur. Konon untuk regain energy nak sambung kerja malam.

9 pm
Aku terbangun. Baju aku basah lencun. Sebedirinya aku, bedebushhh!! Air keluar. Campur macam darah sikit-sikit. Dalam kepala otak aku, takkan aku kencing kot. Banyak gila kalau aku kencing camni.

Aku dah gelabah. Acaiboo macam biasa blur. Aku suruh dia pergi panggil Mrs Mak, baru dia bergerak. Dan macam biasa Mrs Mak lagi kelam kabut walaupun dia suruh aku jangan gelabah. Mrs Mak pergi panggil makcik bidan. Makcik bidan datang cek. Sah, aku memang dah nak beranak hokay. 

Tak ready! Tak ready! Tak ready!

Lagi dua minggu baru aku nak ready planningnya.

Aku decide nak pergi Alor Star jugak apa nak jadi pun. Aku taknak deliver dekat hospital Kangar. Sumpah aku taknak.

Acaiboo pun siap-siapkan apa yang patut.

Tapi time tu aku tak lah gelabah sangat sebab aku risau nanti habis seat kereta aku basah sebab air tengah menderu-deru keluar. Sayang kereta dari perut nampak gayanya. Nasib baik adik aku, Kidah ada kat rumah. Dia lapikkan seat kereta aku dengan kain batik setebal alam. Konfom tak basah.

On the way ke Alor Star yang ambil masa kira-kira 45 minit tu, aku tak rasa lagi sakit yang dipanggil contraction tu. Aku cuma rasa macam tak percaya. Betul ke aku dah nak beranak ni? Ke acah-acah je ni. Camtula lebih kurang. Mrs Mak ikut sekali. Mana tau kot-kot aku terberanak dalam kereta, takkan Acaiboo yang nak jadi bidan kan. Silap-silap aku pulak yang bidankan dia nanti. Hahaha.

Tiba-tiba aku teringat dua hari lepas. Ada sorang nenek tu cakap aku dah nak beranak malam nanti. Perghh, meleset sikit ja tekaan nenek tu. Tersasar dua hari. 

Ok, dah sampai Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.

Bersambung..

Owh, kenapa aku taknak deliver di hospital Kangar?

Sebab kat situ tak ada Husband Friendly. Husband tak boleh ikut masuk ke labour room menyaksikan proses beranak. No way aku nak beranak sorang-sorang okay. No way. 

Bersambung..

Sunday, August 10, 2014

PERJALANAN MENUJU KE "JUNI, IBU MITHALI"

Fasa 1
Balik kerja, terasa penat yang melampau. Pergi training petang, berlari-lari dua tiga langkah, dah tercungap-cungap mintak nyawa. Pelik, tapi masa tu aku fikir, itu semua mungkin simptom-simptom orang baru lepas kahwin. So, abaikan.

Fasa 2
Oh, pregnant rupanya gua. Mula-mula pergi klinik bukan dengan niat nak cek aku ni pregnant or x. Sebabnya nak cek kaki aku yang bermasalah. Sembang punya borak dengan nurse kat situ, alih-alih disuruhnya aku cek air kencing. Maka, kencingla aku. Maka positifla air kencing aku itu. Maka tergamamla aku. Maka, maka, maka....

Fasa 3
Bermula episod The Miracle of Pregnancy aku. Tak ada benda yang boleh dimakan. Kalau makan, konfom keluar balik. Aku pun dah tak ingat benda apa yang aku makan. Selera makan jatuh merudum dum dum. Tenaga aku pun habis semua lari tinggalkan aku. 

Fasa 4
Finally, warded. Paras ketone menurut doctor was 4+. Siapa-siapa yang doctor tu retilah hapakejadahnya ketone itu. Maksudnya air dalam badan aku adalah di paras zero. Kira badan aku mengalami musim kemarau yang darurat. Ohoiii...

Fasa 5
Discharged. Pergi kerja dengan muka kalah zombie. Sampai students cakap muka aku pucat macam budak-budak sekolah juvana. What??Apa perkaitannya, aku pun tak pasti. Yang aku pasti, memang aku makan gaji buta. Pergi kerja cuma untuk tidur. Semoga halalla gaji aku.

Fasa 6
Muntah di siang hari berkurangan. Cuma aku terpaksa menahan derita muntah-muntah waktu malam. Siap melelh-leleh hingus sama itu air mata bila muntah. Kejang urat saraf baii..letih aku letih.

Fasa 7
Muntah-muntah berkurangan. Dua atau tiga kali sehari. Masalah lain yang datang, letih tanpa alasan. Letih memanjang. Bayangkan nak pakai baju pon aku boleh tercungap-cungap. Ya tuhann. 

Fasa 8
Seminggu sekali muntah. Letih. Tambah lagi satu masalah, masalah kecekangan perut yang melampau. Aku makan kuih raya 2 3 ketul tambah air sirap segelas pon, dah macam nak meletup gua punya perut bai. Habis, selama ni yang aku selalu dengar orang pregnant suka makan banyak sebab makan untuk dua orang salah la??? Salah la target aku untuk makan non stop tanpa rasa bersalah?? 

Sedar x sedar, dah nak masuk 27 minggu bersamaan 6 bulan 3 minggu aku menanggung keajaiban ni. Perit weyh perit. Semua orang pengalamannya tak sama. Jangan bandingkan sesama sendiri. Jangan cakap "alah, orang lain pun pegnant jugak." Dont judge. Lagi-lagi orang lelaki yang memang takkan pernah rasa keajaiban ini. JUST DONT JUDGE. 

Perempuan pun sama. Yang tak pernah pregnant, or yang dah pregnant berderet-deret anak pon, kalau dah tak ditakdirkan keajaiban anda tak se-extreme orang lain, janganla membabi buta membuat statement. Takdir dan jalan cerita yang dah Allah tetapkan tak sama. Semua orang tau bila pregnant, semuanya jadi tak stabil. So, janganla tambahkan lagi ketidaksetabilan itu dengan beban-beban bodoh sombong yang lain. TERIMA KASIH.

Fasa 9
Muntah (mungkin seminggu sekali) + keletihan melampau + kecekangan perot tahap orang zaman dulu kena paksa minum air sabun + sakit seluruh badan + kepayahan mau tidur + kadang-kadang terlalok + and currently batuk-batuk sampai terkencing + Mr Husband jauh di Kolumpo sana. Sob sob sob.



Saturday, July 19, 2014

KAHWIN DAN TERMENGANDUNG

Owh, dah lama tak diupdate blog. Lama betul. Lagi sebulan cukup setahun. Bapak pemalas gila. Hangat-hangat tahi hanjeng kurap. 

Tak lah, bukan begitu. Bukan bukan bukan ye. Sebenarnya, symptom orang baru kawen, beginilah. Kejutan budaya. 

Aah, dah kawen pon pompuan ni. Percaya ke tak, percayalah. Bukan main nak kawen paling lewat, tup-tup kompang dipalu pengantin malu. Eh, mana ada malu pon, seronokla. seronok gila. 

Kawen aku simple sajork. Walaupun yang berlaku bukanlah my dream wedding yang berangan nak diarak dengan 4X4, pastu ada fresh flowers disana-sini, then ada event potong kek yang berbentuk hati berwarna merah yang sangat cantik dan yang paling penting aku sangat slim dan cantik time tu, tak apalah. Semuanya dah berlaku dan alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya. Sangat-sangat dipermudahkan. Syukur. 

Part yang paling best adalah, when i was surrounded by some annoying people yang busy body semua kau nak buat macamlah kau tu aku hire jadi mak andam, tiba-tiba time aku keluar dari bilik untuk mencari sedikit nafas, terpacul muka Lialuvhatetragedy dan Pn Suraya depan bilik aku. Tiba-tiba dua makhluk yang langsung tak pernah sampai rumah aku da ada dalam rumah. Terus bawak masuk bilik pasang cadar. Super excited okeh!

Dan peristiwa NaniSiHot musnahkan cadar dan langsir aku dengan inai, tetap akan menjadi ingatan hingga akhir zaman. 

And that was the best part. Supposedly, the solemnisation should be the best ever part kan, tapi disebabkan aku tak dipanggil time Mr Grasshoppa salam tok kadi, maka tak apalah. Ok lah. Dimaafkan lah.

Ok, nak skip cerita kawen. Sebab da basi. 

Nak cerita pasal plan yang tak menjadi. Konon nak hornymoon dua laki bini dulu selama setahun.

Tup-tup termengandung plak. Bunting pelamin pulak tu. Mula-mula macam mengeluh jugak. Konon belum ready. Tak puas lagi enjoy macam couple. 

Tapi bila Mr Husband cakap,

"Tak apala, rezeki kan tu. Kalau nak tunggu kita ready, kita sendiri pon tak tau bila kita dah betul-betul ready. Allah ja yang tao."

Haa, sentap tak bila Juni dapat husband ala-ala Ustaz Don? 

Dan hati ini pon menjadi lega.

Dan orang cakap, pregnant is miracle. Tak semua orang dapat rasa experience yang sama. And mine was like a disaster.

First time masuk ward disebabkan pregnant. Totally dehydrated. Berbotol-botol air masuk. Mc dekat dua bulan, itu belum masuk aku ponteng kerja lagi tu. Siksa weyh. Nak cerita pon tak tau bagaimana mahu dimulakan. Yang pastinya, time tu aku tobat nak pregnant lagi da. Cukuplah yang ini.

Dan aku sangat-sangat bersyukur dapat husband yang sebaik Mr Husband. Walaupun pernah gaduh teruk disebabkan pembawakan budak aku ni, dia tetap ada layan aku bak permaisuri yang paling cun dari Izarra Aisyah. Sampaikan masa aku kat hospital, dia temankan aku masuk dalam toilet sekali. Yalah, leceh kot bila wayar berselirat kt badan, pastu nak membuang. Oh, sumpah leceh.

Bak kata Lialuvhatetragedy, nasib baik aku tak kawen dengan *****, kalau tak, tak merasalah aku layanan bak puteri itu. Hahaha.

Berbalik kepada cerita keterukkan kealahanan aku tadi. 

Kadang-kadang aku sampai rasa nak berputus asa. Tapi, bila aku tengok member-member lain yang berbeza-beza jenis alahannya, bila Mr Husband sentiasa layannnnnn ja apa perangai aku, and bila mengenangkan orang-orang cakap alahan selalunya last up to 4 months of pregnancy, aku bertahan. Dengan harapan, habis ja 4 bulan, aku akan ok. Bertenaga. Cergas. Boleh berlari-lari anak.

And, yes. i'm getting better. Walaupun approximately, 30 - 40 % ja better aku tu, tapi at least, aku tak perlu nak tidur kat hospital. Cucuk sana sini. Gerun oihh. Siksa jiwa raga.

And now, its already 6 months!! Terasa begitu cepat masa berlalu. Kadang-kadang kelakar pulak aku tengok perut aku bergoyang-goyang penangan flying kick, tak pun head banging baby kat dalam. TaSha cakap kalau baby tendang-tendang, nanti kita akan rasa syahdu je. Tapi aku belum lagi rasa syahdu. Maybe naluri keibuan belum fully develop lagi kot. Aku cuma rasa kelakar saja tengok perut goyang-goyang. 

And so far, baby is as healthy as horse!

Owh, aku berharap nanti baby comey macam aku, tapi otak bijak macam Mr Husband. Sebab kalau otak macam aku...hmm..