Saturday, July 19, 2014

KAHWIN DAN TERMENGANDUNG

Owh, dah lama tak diupdate blog. Lama betul. Lagi sebulan cukup setahun. Bapak pemalas gila. Hangat-hangat tahi hanjeng kurap. 

Tak lah, bukan begitu. Bukan bukan bukan ye. Sebenarnya, symptom orang baru kawen, beginilah. Kejutan budaya. 

Aah, dah kawen pon pompuan ni. Percaya ke tak, percayalah. Bukan main nak kawen paling lewat, tup-tup kompang dipalu pengantin malu. Eh, mana ada malu pon, seronokla. seronok gila. 

Kawen aku simple sajork. Walaupun yang berlaku bukanlah my dream wedding yang berangan nak diarak dengan 4X4, pastu ada fresh flowers disana-sini, then ada event potong kek yang berbentuk hati berwarna merah yang sangat cantik dan yang paling penting aku sangat slim dan cantik time tu, tak apalah. Semuanya dah berlaku dan alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya. Sangat-sangat dipermudahkan. Syukur. 

Part yang paling best adalah, when i was surrounded by some annoying people yang busy body semua kau nak buat macamlah kau tu aku hire jadi mak andam, tiba-tiba time aku keluar dari bilik untuk mencari sedikit nafas, terpacul muka Lialuvhatetragedy dan Pn Suraya depan bilik aku. Tiba-tiba dua makhluk yang langsung tak pernah sampai rumah aku da ada dalam rumah. Terus bawak masuk bilik pasang cadar. Super excited okeh!

Dan peristiwa NaniSiHot musnahkan cadar dan langsir aku dengan inai, tetap akan menjadi ingatan hingga akhir zaman. 

And that was the best part. Supposedly, the solemnisation should be the best ever part kan, tapi disebabkan aku tak dipanggil time Mr Grasshoppa salam tok kadi, maka tak apalah. Ok lah. Dimaafkan lah.

Ok, nak skip cerita kawen. Sebab da basi. 

Nak cerita pasal plan yang tak menjadi. Konon nak hornymoon dua laki bini dulu selama setahun.

Tup-tup termengandung plak. Bunting pelamin pulak tu. Mula-mula macam mengeluh jugak. Konon belum ready. Tak puas lagi enjoy macam couple. 

Tapi bila Mr Husband cakap,

"Tak apala, rezeki kan tu. Kalau nak tunggu kita ready, kita sendiri pon tak tau bila kita dah betul-betul ready. Allah ja yang tao."

Haa, sentap tak bila Juni dapat husband ala-ala Ustaz Don? 

Dan hati ini pon menjadi lega.

Dan orang cakap, pregnant is miracle. Tak semua orang dapat rasa experience yang sama. And mine was like a disaster.

First time masuk ward disebabkan pregnant. Totally dehydrated. Berbotol-botol air masuk. Mc dekat dua bulan, itu belum masuk aku ponteng kerja lagi tu. Siksa weyh. Nak cerita pon tak tau bagaimana mahu dimulakan. Yang pastinya, time tu aku tobat nak pregnant lagi da. Cukuplah yang ini.

Dan aku sangat-sangat bersyukur dapat husband yang sebaik Mr Husband. Walaupun pernah gaduh teruk disebabkan pembawakan budak aku ni, dia tetap ada layan aku bak permaisuri yang paling cun dari Izarra Aisyah. Sampaikan masa aku kat hospital, dia temankan aku masuk dalam toilet sekali. Yalah, leceh kot bila wayar berselirat kt badan, pastu nak membuang. Oh, sumpah leceh.

Bak kata Lialuvhatetragedy, nasib baik aku tak kawen dengan *****, kalau tak, tak merasalah aku layanan bak puteri itu. Hahaha.

Berbalik kepada cerita keterukkan kealahanan aku tadi. 

Kadang-kadang aku sampai rasa nak berputus asa. Tapi, bila aku tengok member-member lain yang berbeza-beza jenis alahannya, bila Mr Husband sentiasa layannnnnn ja apa perangai aku, and bila mengenangkan orang-orang cakap alahan selalunya last up to 4 months of pregnancy, aku bertahan. Dengan harapan, habis ja 4 bulan, aku akan ok. Bertenaga. Cergas. Boleh berlari-lari anak.

And, yes. i'm getting better. Walaupun approximately, 30 - 40 % ja better aku tu, tapi at least, aku tak perlu nak tidur kat hospital. Cucuk sana sini. Gerun oihh. Siksa jiwa raga.

And now, its already 6 months!! Terasa begitu cepat masa berlalu. Kadang-kadang kelakar pulak aku tengok perut aku bergoyang-goyang penangan flying kick, tak pun head banging baby kat dalam. TaSha cakap kalau baby tendang-tendang, nanti kita akan rasa syahdu je. Tapi aku belum lagi rasa syahdu. Maybe naluri keibuan belum fully develop lagi kot. Aku cuma rasa kelakar saja tengok perut goyang-goyang. 

And so far, baby is as healthy as horse!

Owh, aku berharap nanti baby comey macam aku, tapi otak bijak macam Mr Husband. Sebab kalau otak macam aku...hmm..

2 comments:

  1. Insan terpilih utk bergelar Ibu..alhmdlh...adik aku ni mature mom in the making....hahaha

    ReplyDelete
  2. in the making..moga2 cptla maturenya..hahaha..

    ReplyDelete