Sunday, August 10, 2014

PERJALANAN MENUJU KE "JUNI, IBU MITHALI"

Fasa 1
Balik kerja, terasa penat yang melampau. Pergi training petang, berlari-lari dua tiga langkah, dah tercungap-cungap mintak nyawa. Pelik, tapi masa tu aku fikir, itu semua mungkin simptom-simptom orang baru lepas kahwin. So, abaikan.

Fasa 2
Oh, pregnant rupanya gua. Mula-mula pergi klinik bukan dengan niat nak cek aku ni pregnant or x. Sebabnya nak cek kaki aku yang bermasalah. Sembang punya borak dengan nurse kat situ, alih-alih disuruhnya aku cek air kencing. Maka, kencingla aku. Maka positifla air kencing aku itu. Maka tergamamla aku. Maka, maka, maka....

Fasa 3
Bermula episod The Miracle of Pregnancy aku. Tak ada benda yang boleh dimakan. Kalau makan, konfom keluar balik. Aku pun dah tak ingat benda apa yang aku makan. Selera makan jatuh merudum dum dum. Tenaga aku pun habis semua lari tinggalkan aku. 

Fasa 4
Finally, warded. Paras ketone menurut doctor was 4+. Siapa-siapa yang doctor tu retilah hapakejadahnya ketone itu. Maksudnya air dalam badan aku adalah di paras zero. Kira badan aku mengalami musim kemarau yang darurat. Ohoiii...

Fasa 5
Discharged. Pergi kerja dengan muka kalah zombie. Sampai students cakap muka aku pucat macam budak-budak sekolah juvana. What??Apa perkaitannya, aku pun tak pasti. Yang aku pasti, memang aku makan gaji buta. Pergi kerja cuma untuk tidur. Semoga halalla gaji aku.

Fasa 6
Muntah di siang hari berkurangan. Cuma aku terpaksa menahan derita muntah-muntah waktu malam. Siap melelh-leleh hingus sama itu air mata bila muntah. Kejang urat saraf baii..letih aku letih.

Fasa 7
Muntah-muntah berkurangan. Dua atau tiga kali sehari. Masalah lain yang datang, letih tanpa alasan. Letih memanjang. Bayangkan nak pakai baju pon aku boleh tercungap-cungap. Ya tuhann. 

Fasa 8
Seminggu sekali muntah. Letih. Tambah lagi satu masalah, masalah kecekangan perut yang melampau. Aku makan kuih raya 2 3 ketul tambah air sirap segelas pon, dah macam nak meletup gua punya perut bai. Habis, selama ni yang aku selalu dengar orang pregnant suka makan banyak sebab makan untuk dua orang salah la??? Salah la target aku untuk makan non stop tanpa rasa bersalah?? 

Sedar x sedar, dah nak masuk 27 minggu bersamaan 6 bulan 3 minggu aku menanggung keajaiban ni. Perit weyh perit. Semua orang pengalamannya tak sama. Jangan bandingkan sesama sendiri. Jangan cakap "alah, orang lain pun pegnant jugak." Dont judge. Lagi-lagi orang lelaki yang memang takkan pernah rasa keajaiban ini. JUST DONT JUDGE. 

Perempuan pun sama. Yang tak pernah pregnant, or yang dah pregnant berderet-deret anak pon, kalau dah tak ditakdirkan keajaiban anda tak se-extreme orang lain, janganla membabi buta membuat statement. Takdir dan jalan cerita yang dah Allah tetapkan tak sama. Semua orang tau bila pregnant, semuanya jadi tak stabil. So, janganla tambahkan lagi ketidaksetabilan itu dengan beban-beban bodoh sombong yang lain. TERIMA KASIH.

Fasa 9
Muntah (mungkin seminggu sekali) + keletihan melampau + kecekangan perot tahap orang zaman dulu kena paksa minum air sabun + sakit seluruh badan + kepayahan mau tidur + kadang-kadang terlalok + and currently batuk-batuk sampai terkencing + Mr Husband jauh di Kolumpo sana. Sob sob sob.



No comments:

Post a Comment