Thursday, December 4, 2014

HAH!! NAK BERANAK DAH!!





24 October 2014
Jumaat

Memandangkan Friday is Acaiboo's off day, so kami pun meluangkan masa pergi mengecat rumah di Taman Emas. Planningnya lepas deliver baby habis pantang semua, nak pergi menetap semula di rumah tu. I was on my 38 weeks okay time tu. Lagi dua minggu dah due. Tapi tetap jugak terhegeh-hegeh nak pergi mengecat.

Dah petang, so kitorang stop kejap, balik rumah. Planning nak sambung lagi mengecat malam nanti. Gigih sangat. Lepas Maghrib camtu, aku tertido. Dengan Acaiboo sekali tdur. Konon untuk regain energy nak sambung kerja malam.

9 pm
Aku terbangun. Baju aku basah lencun. Sebedirinya aku, bedebushhh!! Air keluar. Campur macam darah sikit-sikit. Dalam kepala otak aku, takkan aku kencing kot. Banyak gila kalau aku kencing camni.

Aku dah gelabah. Acaiboo macam biasa blur. Aku suruh dia pergi panggil Mrs Mak, baru dia bergerak. Dan macam biasa Mrs Mak lagi kelam kabut walaupun dia suruh aku jangan gelabah. Mrs Mak pergi panggil makcik bidan. Makcik bidan datang cek. Sah, aku memang dah nak beranak hokay. 

Tak ready! Tak ready! Tak ready!

Lagi dua minggu baru aku nak ready planningnya.

Aku decide nak pergi Alor Star jugak apa nak jadi pun. Aku taknak deliver dekat hospital Kangar. Sumpah aku taknak.

Acaiboo pun siap-siapkan apa yang patut.

Tapi time tu aku tak lah gelabah sangat sebab aku risau nanti habis seat kereta aku basah sebab air tengah menderu-deru keluar. Sayang kereta dari perut nampak gayanya. Nasib baik adik aku, Kidah ada kat rumah. Dia lapikkan seat kereta aku dengan kain batik setebal alam. Konfom tak basah.

On the way ke Alor Star yang ambil masa kira-kira 45 minit tu, aku tak rasa lagi sakit yang dipanggil contraction tu. Aku cuma rasa macam tak percaya. Betul ke aku dah nak beranak ni? Ke acah-acah je ni. Camtula lebih kurang. Mrs Mak ikut sekali. Mana tau kot-kot aku terberanak dalam kereta, takkan Acaiboo yang nak jadi bidan kan. Silap-silap aku pulak yang bidankan dia nanti. Hahaha.

Tiba-tiba aku teringat dua hari lepas. Ada sorang nenek tu cakap aku dah nak beranak malam nanti. Perghh, meleset sikit ja tekaan nenek tu. Tersasar dua hari. 

Ok, dah sampai Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.

Bersambung..

Owh, kenapa aku taknak deliver di hospital Kangar?

Sebab kat situ tak ada Husband Friendly. Husband tak boleh ikut masuk ke labour room menyaksikan proses beranak. No way aku nak beranak sorang-sorang okay. No way. 

Bersambung..

1 comment: