Friday, March 20, 2015

Assalammualaikum..

Akhirnya tercapai jugak impian aku nak update blog nih. Bukan main busy lagi menjadi ibu mithali sampai nak sentuh laptop melagho pun tak sempat. (Sebenarnya sebab asyik melagho dengan telefon pintar saja, sebab tu malas nak on laptop).

Okay, niat hati nak sambung cerita saat melahirkan arjuna Muhammad Adam beta. Bukan apa, mana tahu tiba-tiba nanti alzheimer attack aku ke, so baiklah aku prepare kan. 

11.30 pm contraction aku start. Aku dah resah gundah gulana kat dalam tu sengsorang. Acaiboo dengan family aku semua tengah tunggu di waiting room. 

.............................

Tengok, disebabkan dah lama berlalu, aku dah terlupa sequence cerita. Feeling dissapointed. 

Tak apalah, aku skiplah ke part yang aku ingat. Ke aku nak shortened the story? 

Memandangkan kalau nak cerita from A to Z maybe akan mengambil masa selama berbulan-bulan, so I will just cut it short la kan. 

Okay, part yang paaaaaling aku tak boleh blah was when I had to face the contraction ALONE. Hospital ni boleh tak concern sikit perasaan ibu nak bersalin? Especially for a new mom macam aku ni ha. Husband tak bole masuk dalam ward teman wife. Aku duduk dalam bilik yang jaauuhhh ter-isolate kot dengan patients lain. Terkontang-kantingla aku menahan sakit yang Tuhan saja tau. Time tu tiba-tiba mulut aku ni tak berhenti sebut Allah. Ha, baru kau tauu..

Lepas tu bila tak tahan sakit panggil nurse, nurse suruh jalan pergi kaunter. Bila dah sampai kaunter, ingatkan diorang take action, tapi dibiarnya aku duduk atas kerusi mengadap diorang borak pasal shopping online, Dengan muka sakai aku menahan sakit menangis-nangis depan diorang, diorang bole buat derk ja kan. Sampailah ada sorang nurse veteran datang bawak aku masuk dalam bilik cek bukaan bagai, then masukkan ubat. Time tu bukaan rahim aku still 1cm. Ya Tuhan..

Dua kali peristiwa paragraph atas tu jadi kat aku. Could not describe the feelings, i was just keep on saying Allah. Nurse tu cakap ubat tu boleh buat aku mengantuk so that aku takkan rasa sakit contraction tu. 

Oh, come on! It was a contraction la wei. Sakit kedua yang paling sakit after dying. Kan? Bila contraction datang in every 5 minutes, tidurlah aku selama 5 minutes. Lepas tu bangun bila contraction attacked. Then tidur lagi 5 minutes. Kalau contraction in every 3 minutes, so 3 minutes jugaklah aku tidur. 

Lenakah tidur? Mestila tak okay. Sekadar berehat sebentar dari bertarung. Itu saja.

Sampailah bila bukaan dah 4cm, diorang tolak aku masuk labour room. Tapi aku dah tak ingat pukul berapa. Yang pastinya Adam keluar menjengah dunia pada 1.48pm. 15 hours. I was fighting for almost 15 hours. Sebab tu la syurga bawah tapak kaki ibu kan. Barulah sedar diri.

Sakitnya bila Adam dah betul-betul nak keluar tu, Ya Allah. Aku tak boleh nak cerita. Sakit yang amat sangat. Nasib baik Acaiboo ada kat sebelah aku. Please husbands out there, your support is the most important when your wife is fighting with death. Perasaan sangat perlukan support tu pun aku tak mampu nak ceritakan macam mana. 

Bila dah sampai masanya, nurse datang, pacakkan kaki aku dan suruh aku get ready. Alhamdulillah, aku tak perlu nak push banyak kali. Aku tak pasti berapa kali, tapi yang aku ingat sekejap sangat aku push, Adam dah keluar dengan selamat. Time push tu aku rasa muka aku ni dah terpenyek-penyek. Rasa macam kena lari pecut 100 meter tapi tengah-tengah jalan nak give up stop lari sebab penat yang teramat sangat.

Time aku nak give up tu,aku dengar suara Acaiboo. Dia cakap, "Jangan angkat punggung sayang." Walaupun yang itu saja yang sempat aku dengar, tapi bila dengar suara dia, aku tak jadi nak give up. See? Support from husband, is that important??

Akhirnya, bila Adam keluar, bila aku dengar dia menangis, and when I hold him, all the pain was gone. Tak henti-henti aku cakap Alhamdulillah. It was so beautiful. Priceless. 

Dan aku pengsan semasa proses menjahit luka.

Bersambung sebab aku dah malas nak menaip.