Sunday, April 5, 2015

NURSE TAK GUNA

Selalu kan dengar orang complaint pasal nurse. Nurse kurang ajar la, nurse tak buat kerja la, nurse itu la, nurse ini la. Well, selalunya aku malas nak ambil port benda-benda ni semua, sebab bagi aku semua jenis pekerjaaN ada yang best, ada yang tak best. Contohnya macam cikgula. Yang bukan cikgu sibuk nak jadi cikgu sebab boleh balik kerja awal. Padahal tak tahu apa SEBENARNYA kerja cikgu tu. Samala juga macam engineer. Berebut-rebut cakap cita-cita nak jadi engineer sebab bunyi macam style pastu gaji ribu riban. Betullah tu. Tapi, tau ke kerja engineer tu SEBENARNYA macam mana? (senang ambil contoh laki sendiri hahaha)

Tapi, bila kehanjengan beberapa orang nurse berlaku ke atas diriku ini, aku rasa macam nak reconsider balik pulak aku punya prinsip kat atas tu. Tapi, tak baik la kan buat macam tu. So, biarlah aku kecikkan sikit scope. NURSE WAD BERSALIN HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH SHIFT PAGI 26 APRIL 2014 MEMANGLAH MACAM TAIK KUCING LEMBIK. Ha, nampak tak bahasa aku semakin sopan sejak jadi ibu ni??

Korang bayangkanla kan, ni bagi yang pernah bersalin la kan. Sakit kot tempat jahit tu. Dengan penat yang belum habis tu, manalah mampu nak bergerak bebas. Pleasela, SAKIT GILA kot. Nak turun katil pun payah. Dahla katil tinggi memang sangat tak convenient untuk ibu baru lepas bersalin. 

Bila aku dah balik ke ward dengan Adam yang time tu belum lagi bernama Adam, Acaiboo pun before dia tinggalkan aku malam tu, dia siap-siapkanlah barang-barang semua untuk kemudahan aku. Kerusi dia tarik letakkan sebelah katil siap dengan makanan air semua atas tu so that aku tak perlulah nak turun naik katil kalau haus or lapar. 

Esok paginya (26 April 2014), nurse datangla bilik aku, buat kerja diorang la kan. Nak kemas katil bagai semua tu. Yang paling aku berapi hangin satu badan tapi tak mampu nak buat apa-apa adalah bila nurse yang sampai 3 4 orang tu cakap,

"Ni awat yang bersepah sangat ni? Mana boleh macam ni. Kita ni kenala buat macam rumah sendiri. Mana bole buat sepah macam ni. Awat teruk sangat ni. Kemasla sikit."

Boleh? Sambil kemas bilik sambil membebel kat aku yang baru bersalin ni. KAU NAK SURUH ORANG YANG PUKI TERKOYAK KENA JAHIT NI KEMAS BILIK? Bullshit gila kot. Aku memang sangat tak boleh terima, tapi apala yang mampu aku buat. Nak cakap pun tak mampu, takkanla nak nak gaduh pulak kat situ. Sangat tak berwawasan. Aku diam jela. Aku slow-slow turun katil bila diorang nak kemas katil. Belum sempat aku berdiri pun nurse celaka tu dah tarik-tarik cadar. Sakit la babi! 

Pergh, walaupun dah 5 bulan berlalu, tapi rupa-rupanya aku masih lagi hangin. Hmm.

One more thing, diorang tak mandikan Adam okay! Adam just mandi lepas dia keluar dari perut aku ja. And lepas tu nurse2 tu langsung tak mandikan Adam walaupun aku dengar dengan telinga aku sendiri doctor suruh mandikan Adam. Siap ada darah lagi dok melekat dekat kepala Adam. Depan-depan  aku doctor tunjuk darah tu dekat nurse. DUA KALI okay doctor pesan dekat nurse. Last sampai kitorang nak discharge memang harem diorang tak mandikan Adam.

Tak tau la pulak aku kot-kot mandikan baby bukan dalam scope kerja diorang, tapi doctor da pesan kot. Kalau tak ada darah melekat ke, boleh la jugak aku consider sikit. Arghh, tensen pulak aku bila sambil menaip ni kepala aku dok terbayang-bayang scene tu. Rasa macam nak jugak aku pergi start kereta shoot ke hospital cari nurse tu then pergi lumurkan darah atas kepala diorang. Huh!

BTW, kawan-kawan yang nurse tu janganlah terasa pulak. Bukan semua macam tu. Aku dah highlightkan nurse mana yang begitu, so, no offense la eh.

Bye.